BEN ASHAARI



Dok pikir.. beras memang aku beli. Barang dapur pun ! 

Aku buka aplikasi F&N Life kat handphone Samsung Note 20 Ultra 5G aku.  Pergh.. lengkap aku kasi tau nama henpon aku tu ha. Hahahaha... Jangan marah aaa.. Tapi syok la bukak  app F&N Life kat handphone skrin besar. Puas memilih gitu. Heeheheee... Tak pun boleh je bukak kat laptop. Lagi besar dan lebih puas untuk memilih barang.. Kan kan ?

Ok.. tujuan aku bukak aplikasi tu adalah untuk mencari barang barang keperluan berbuka puasa dan raya nanti. Yang mana boleh beli online , aku beli online jer. Yang takda, baru gi cari kat kedai terdekat. Kes Covid 19 naik semula. Aku nak kurangkan risiko pada diri sendiri dan keluarga. Maka inilah antara yang boleh aku buat..ketika ni. 

Lagi pun, banyak diskaun yang diberi. Ingat yer.. Kita cari diskaun...bukan kompaun yer ! Yang kompaun tu mintak dijauhkan.. yang diskaun tu, kita dekat dekatkan ! Cenggituuu.. 


Pek Kasih Ramadan aku pilih. Ada macam macam dalam pek bundle ni. Haaa ! Berbaloi. Dah jimat banyak woiiii ! Lagi pun aku beli ni untuk persediaan. Tak la urgent lagi. Boleh tunggu la dua tiga hari gitu.. 

Jumlah harga asal dalam RM66.80 tapi dek kerana dia kata SALE.. harga jadi RM44.40. Tu dia penjimatan yang aku dapat. Alang alang membeli.. aku terus order sekali untuk Syawal. Dapat sampul raya juga.  Lama betul tak layan air sirap ketika berbuka. Huhuh... Jika diletakkan susu sejat tu, dah jadi air bandung. Perghh.. Memori tul la F&N ni. Teringat zaman kanak kanak dulu.. huhuhu..




Masak Masak Raya Bundle pon ada potongan harga gak. Boleh dikatakan pek pek bundle yang ada sekarang di F&N Life tu ada potongan harga kaw kaw punya. Mana yang boleh kita jimat , kita jimat. Duit tu boleh simpan dalam tabung. Mana boleh guna untuk bayar roadtax kereta ke... duit makan malam ulangtahun perkahwinan ke.. kan ? Skit skit , lama lama banyak la. Hasil dari penjimatan kita berbelanja. 

Dalam Masak Masak Raya Bundle ni ada 9 jenis items. Dengan harga begitu dapat banyak barang. Perghh... Berbaloi gitu.





Ok.. dah order. Tunggu sampai depan rumah 3-4 hari nanti. Senang je bila dah register dengan aplikasi ni. Pilih dan bayar. Tunggu dan makan jer pastu ! Hahahha.. Tak payah nak pening kepala beratur panjang di kedai atau pasaraya. 

Baca juga : Guna Aplikasi  F&N Life untuk permudahkan hidup kita.

Maklumat lanjut :  Facebook : F&N | Instagram : F&N 
 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Tengah pikir... 

Wahh... hangat betul penangan Hajah Neelofa ni yer. Ingatkan selepas kes langgar SOP tu, dah boleh reda dan netizen boleh rileks dari mengumpat bagai tapi tidak.. Heheee.. Gara gara sekeping gambar burger yang dikatakan diambil di Google, dimuat naik olehnya di Insta Story.. telah membuatkan Neelofa sekali lagi jadi perhatian netizen di media sosial. 

Ikutkan aku malas nak follow tapi cam menarik pulak isu panas kali ni. Katanya dia nak tolong settlekan kompaun RM50 ribu yang dikenakan pada peniaga burger , baru baru ni. Penjelasan ada selepas tu melalui Insta Story tapi netizen tidak mahu percayakannya lagi.. berdasarkan reputasinya yang lepas. Namun masih ramai bersangka baik dan menerima penjelasannya. 

Apakah benar dia nak tolong selesaikan masalah abang burger tu ? Bukan apa.. selepas kes abang burger tu, ada satu lagi peniaga turut dikompaun RM50 ribu dan peniaga tu rela dipenjara katanya. Takda duit kot nak bayar. Huhuh. Kalau aku pun , tak mampu nak bayar. Lagi pun masuk penjara, takda rekod jenayah pun. Heee..

Harapnya Neelofa pun sudi bantu la peniaga colek ni dan juga peniaga peniaga lain jika mereka turut dikompaun. Murah rezeki Neelofa. Alhamdulillah.. Bukan senang nak dapat selebriti yang bagus begini di Malaysia. Sejak berubah ni, lain macam aura dia. Kan kan ? Baguslah.. Ditambah lagi dapat suami yang baik. 

Rasanya Neelofa dah boleh buat satu  lagi pertubuhan NGO untuk membantu insan insan yang memerlukan terutamanya di Kelantan memandangkan dia menjadi ikon di negeri tu. Idea bagus ni.. kan kan ? Moga jadi kenyataan.. 


Selain Neelofa , ada juga insan lain sudi nak membantu abang burger ni seperti Caprice yang buka tabung bantuan. Huhu.. 

Ps : Nak letak no acc bank tak ? Maksud aku untuk bantu mereka ni la.. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Malam tadi, lepas wife solat Maghrib.. dia terus terlena. Dia kepenatan dek kerana seharian bermesyuarat di pejabat. Sebelah siang sebelum tu, dia bangun awal untuk sediakan sahur dan makan pagi untuk anak-anak. Huhu... kesian dia.  Maka aku biarkan je la dia lena. Nanti dia dah segar, dia bangunlah.

Sahur.. dia bangun. Aku pun bangun. Tengok jam , kul 530 pagi. Wife tanya nak makan apa. Aku kata aku nak amik Demi Cho Cereal dan Demitox. Dua produk baru yang aku baru terima untuk buat review. Apakah benar berkesan untuk aku ? Aku berani nak buat sebab kandungannya yang cukup menarik perhatian aku. 

Dan sahur aku pagi ni.. cuma dua produk menarik ini saja. Mula mula aku amik Demi Cho Cereal dan kemudiannya Demitox. Sepatutnya amik Demitox ni sebelah malam tapi teruja punya pasal , aku amik terus je. Heee.. Senang je rupanya nak bancuh. Aku ada shaker. Gunting dan masukkan dalam shaker tu. Goncangkan beberapa kali. Dah larut. Pastu minumlah tanpa belas kasihan. Heeeee... Sedap. 

Rasa dia camana ? Yang Demi Cho Cereal tu, rasa dia cam minuman berkoko lah.. hahaha.. dah ada koko cuma dia ada oat dalam tu lagi. Manakala Demitox , rasa lemon. Yer , sebab ada ditambahkan perasa lemon gitu. Kalau Ubi Bit Merah dan Gam Arab saja , aku rasa ramai tak nak minum punya. Hee..kan kan ?




Demi Choc- Chereal : Adunan Oat dengan Serbuk Koko

Yang ni ambil sebelum sarapan pagi.  Campurkan 1 sachet Cho-Cereal ke dalam 100ml air kemudian kacau atau goncang dalam botol. Dah larut , minum la ye. Jangan tengok je lak. Heeee.. Kalau aku, malam pun mungkin aku akan ambil terutamanya lepas workout. Elakkan kelaparan dan kepenatan. Boleh recover tenaga yang hilang tu kan ? Lagi pun kalori dia tak tinggi pun. Cukup cukup untuk buat aku lena jer.. 

Kandungan : Krimer bukan tenusu, serbuk koko, Polidekstora, serbuk Barli, Fiber Sitrus , Partially Hydrolyzed Guar Guam (PHGG) , serbuk Beras Perang ,ekstrak Asam Gelugor , Gram Himalaya dan Badam Sukralosa. 

Komen aku : Aku suka rasa dia. Kenyang lepas ambil ? Sejujurnya perut lebih selesa selepas bersahur. Awalnya dan ambil Demi pastu baru makan telur setengah masak 2 bijik.. Alhamdulillah, dah kenyang.  Ada protein dan juga lemak baik untuk badan aku. 

Alergen : Mengandugi gluten dan kacang

Ada pengesahan dari MeSTI , Sijil Halal dan GMP Certified ! Buatan Malaysia.






Demitox : Ekstrak Ubi Bit Merah dan Gam Arab

Cara pengambilan sama macam Demi. Boleh dibancuh dengan air sejuk jer. Kacau atau goncang dalam botol. Guna 1 sachet dah. Tak perlu banyak banyak walaupun sedap. Heee..  Kebaikan Demitox banyak. Dikatakan mampu mengawal kolestrol , mengurangkan berat badan ,merawat  masalah batu karang, merawat muka berjerawat serta bermasalah, dapat merawat masalah perut seperti gastrik ,sembelit , buasir , dapat mengawal tekanan darah dan mengalakkan kesihaan mata.

Kandungan : 

Serbuk lemon , Ekstrak Epal, Avokado , Gam Arab, Ubi Bit , Ekstrak Asam Gelugor , Sukralosa, Inulin, Senna , Maltodekstrin Psyllium Husk. 

Komen aku : Aku memang pengemar ubi bit merah , asam gelugor , lemon. Setiap minggu memang akan buat buat jus atau air untuk diminum.  Khasiatnya memang tak perlu dipertikaikan lagi. Memang bagus untuk aku yang mengutamakan kesihatan ni. 

Ada pengesahan dari MeSTI , Sijil Halal dan GMP Certified ! Buatan Malaysia.






Bagi yang ada penyakit kronik, boleh rujuk pada doktor anda sebelum mengambilnya yer. Untuk infomasi lanjut atau pertanyaan , korang boleh rujuk terus di Facebook atau Instagram mereka di : 

Instagram : Demi Healthcare
Facebook : Hero Idaman Malaya
 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments



Termenung. Nak jawab camana eh ? Wife tanya. Ada kes Covid 19 di sekolah Qhaliff. Walaupun satu kes tapi bagi aku tak leh pandang remeh ! Pihak sekolah dah ambik tindakan. Cuma yang merisaukan aku ialah.. anak anak aku terutama Zahra. 

Kenapa dengan Zahra ?? 

Dia penah dimasukkan ke wad. Jangkitan kuman di paru paru. Jangan main main yer. Baru ni , aku terbaca di Instagram.. ada kenalan meninggal dunia kerana kes tu. Cerita lanjut , aku tak tau tapi yang aku tau.. sebab jangkitan kuman di paru paru. 

Sebab tu aku berbelah bagi. Wife apatah lagi. 


Pagi ni.. terbaca di grup Telegram sekolah Qhaliff. Ada kes Covid 19 di sebuah sekolah agama. Yang jadi isunya, murid murid tu. ramai bersekolah kebangsaan di sebelah pagi dan petang. Maka sekolah tu diarahkan 'bercuti' dua hari. Sekolah Qhaliff, takda cerita lagi. Tapi untuk kes lepas , katanya pelajar pelajar kelas tu dah gi swab test dan negatif. 

Nekad... terpaksa cutikan mereka untuk minggu ni. Duduk diam diam di rumah buat masa ini. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments



Hilang kepercayaan kepada kerajaan serta mana mana agensi penguatkuasaan kerajaan dek kerana tindakan double standard..gitu ! Itulah yang aku nampak yang sedang berlaku di media sosial sekarang ni terutama di kalangan generasi muda. Ditambah lagi dengan viralnya kes kes kompaun dan saman terhadap peniaga dan rakyat yang dikatakan melanggar SOP tetapi bila melibatkan orang orang kenamaan... krik krik bunyinya.. 

Gitulah.. 

Seperti kelmarin.. kes peniaga di Kelantan disaman sehingga RM50K. Aku cuba beri penerangan di Twitter dan juga Facebook mengapa saman dikeluarkan tapi cam sia sia je aku nak pertahankan tindakan agensi kerajaan tu. Ini kerana selagi mana kes kes melibatkan VIP dan selebriti terkenal cam.. hurm... aku pun malas nak cakap la. Korang pun tau la. 

Inilah yang aku nampak.. rakyat semakin marah. Pelbagai hastag dah trending di Twitter amnya.. Nasib baik rakyat Malaysia ni sayangkan negara mereka. Hanya mampu meluahkan rasa ketika PRU nanti. Persoalannya.. bila ? 

Sabarlah kawan.. Kita berdoa pada Allah. Ini semua ujian buat kita. Harapnya selepas ini nanti , kita pilih mereka yang benar benar layak saja untuk pimpin negara kita ini. Moga Malaysia bangkit kembali. Buat masa ini, kita fokus pada memutuskan rantaian Covid 19 yang mana mampu beri ancaman pada mereka yang ketahanan badan yang rendah.. Yer, setiap hari aku baca di Facebook.. ada saja kawan kawan yang sakit teruk. 

Semoga Allah lindungi mereka dan kita juga. Buat mereka yang kurang sihat, semoga cepat sembuh. Buat mereka yang bertugas demi negara, semoga Allah berkati tugas dan amanah anda. Buatlah yang terbaik demi negara... Terima kasih saya ucapkan atas pengorbanan anda. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Teringat pertama kali aku ke Butik Sellection sebulan yang lepas. Ketika di sana, aku yang tak biasa masuk butik barangan berjenama begini agak kekok. Dulu biasa la ke Star Hill atau KLCC tu untuk cuci mata tengok barangan berjenama ni. Tapi mampu tengok dari luar je la. Segan nak masuk. Hahahaa.. 

Tapi selepas tu baru faham bagaimana Sellection ini mampu memikat pelanggan pelanggan samada melalui online atau pun offline. Malah ramai saja yang menjadi pelanggan tetapnya. Walaupun ketika Perintah Kawalan Pengerakkan (PKP) , mereka masih berjaya membuat jualan malah semakin meningkat lagi secara online menerusi Facebook, Instagram dan juga web Sellection.

Bagusnya, pelanggannya terdiri dari pelbagai lapisan. Malah selebriti terkenal, VIP, orang kebanyakan tak putus putus keluar masuk butik Sellection ini. Mereka berpuashati dan ada yang kembali samada melalui online atau pun offline ! 

Apakah rahsia kejayaan Butik Sellection ini ?

Kerjasama sepasukan dan juga suntikan semangat yang senantiasa dari pemilik butik Sellection ! Nah.. ini yang jarang nak aku dengar. Teamwork sangat penting. Jika pemimpin itu sekadar memberi perintah sebagai boss , memang out la bisnis ! 

Tapi jika sebaliknya... pemimpin turun padang dan turut bersama staff yang lain, insyaAllah... mereka pasti berjaya ! Itulah yang dilakukan oleh mereka. Sama sama dalam memperjuangkan perniagaan jualan barangan yang asli dan berkualiti dari luar negara ini.

Kejayaan datang bukan sekelip mata ! 

Menyingkap rahsia kejayaan Puan Rafidah yang membina legasi Sellection, beliau sudah pun melalui pelbagai fasa sebelum berada di peringkat yang selesa namun perjuangan belum lagi selesai ! Katanya ini baru permulaan. Masih punya misi malah jauh lagi dari KEJAYAAN ! pada 1 Mei 2021 nanti , genaplah 3 tahun pembukaan Butik Sellection di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Tu dia aihhh ! Semangat macam ni patut ada dalam diri tak kira dalam apa jua bidang sekali pun. Jangan cepat berpuashati dan mendabik dada ! 

Keratan tajuk artikal dari MSTAR yang menceritakan penghijrahan Rafidah dari Motreal, Canada  sejak 2014 telah membuka peluang kepadanya untuk memajukan perniagaanya sebagai personal shopper


Pengalaman hidupnya di Canada banyak mendidik beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin yang baik. Senantiasa ceria walaupun dalam kekalutan. Beliau pernah melakukan empat kerja dalam satu masa termasuk menjadi pembantu hotel , tukang kemas serta pembantu dapur dengn pendapatan CAD$10 sehari sebelum mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Motreal. Walaupun dah ada kerja tetap, dia masih melakukan kerja kerja sampingan bagi mencari pendapatan tambahan Sebab tu aku tak hairan , orang sepertinya boleh berjaya malah boleh pergi lebih jauh lagi... sedikit masa nanti ! 

Antara cabaran beliau di Montreal ialah menjual mufin pisang yang mana resepi mufin pisang itu direkanya sendiri dengan menggunakan tepung bebas gluten. Bukan mudah untuk menjual mufin pisang di sana ditambah pula beliau bertudung , ada yang memandang pelik dan skeptikal terhadapnya. Namun itulah guru baginya. Mereka yang melalui pengalaman begini saja mampu melawan segala ujian untuk berjaya !

Hasil dari jualan mufin pisang itulah beliau melabur ke barangan berjenama. Dari situ timbul idea untuk menjadi personal shopper  apatah lagi video demo  mengenai pelbagai beg tangan di kongsikan di laman sosial mendapat sambutan dan berjaya mengumpulkan sejumlah pengikut. Ditambah lagi dengan perkongsian artikal mengenai dunia fesyen di blognya , menaikkan lagi namanya seterusnya mewujudkan Sellection ! 

Pada 1hb Mei 2018, secara rasminya Butik Sellection dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Butik pertama milik Puan Nor Rafidah Khairuddin ini terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Pelbagai barangan berjenama  dari USA, Kanada , Eropah dijual dengan harga mampu milik malah boleh dibeli dengan bayaran ansuran !

" Saya menjual barangan ini kerana saya ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Saya juga mahu memberikan pengalaman istimewa kepada pembeli seolah membeli terus dari butik dan outlet. Walaupun saya seorang penjual, saya juga adalah rakan alam maya anda. 😊 Saya sentiasa menambah koleksi barangan dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik agar dapat merealisasikan impian pembeli semua. Saya memiliki ramai pelanggan tetap. Alhamdulillah. " - Rafidah Khairuddin, pengasas Sellection.


Begitulah sedikit sebanyak mengenai Sellection dan  latar belakang kejayaan pengasasnya , Puan Nor Rafidah. Ianya mampu memberi inspirasi kepada mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan. Tidak mengunakan marketing yang mengarut sama sekali ! Segalanya diusahakan atas pengalaman kehidupan yang jarang orang nak perolehi. Sangat mencabar ! 

Tidak lupa pada suaminya , Encik Abdul Hadi Wisman yang menjadi tulang belakang kepada beliau dalam perjuangan perniagaannya ini. Bermula di Montreal seterusnya di Kuala Lumpur. suaminya itu sering memberikan semangat kepadanya. Terbaik ! 







Untuk pengetahuan , Butik Sellection mengadakan live di Facebook dan Instagram setiap hari. Kena rajin masuk la kalau nak tengok barangan terkini dan juga tips tips menarik dari Puan Rafidah sendiri dan juga teamnya. Bagi aku berbaloi la kalau korang kaki handbag ni ! Hahaha.. Aku suka je tengok tapi adakalanya menjauhkan diri sebab tak tahan tergoda tengok beg beg untuk lelaki terutamanya Heheeee..

Sekali lagi.. tahniah buat Butik Sellection atas pencapaian dan ulangtahun ke 3 ! Buat Puan Rafidah dan suami , teruskan perjuangan sehingga SELLECTION mempunyai jenama sendiri dalam dunia fesyen. Aku bangga dapat sendiri duduk berbual dan mendengar sendiri pengalaman mereka dalam dunia perniagaan ini. Aku yakin, jika mereka di puncak satu ketika nanti.. mereka tetap seperti ini kerana mereka bermula dari bawah....bawah sekali dan tau, jika angkuh dan ego di dalam diri.. bakal membuatkan mereka jatuh ke bawah.. 

Facebook : https://web.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah
Instagram : https://www.instagram.com/sellectioncom/
Web : https://sellection.com/

Tahniah, Puan Rafidah ! 


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes