Maaf la .. lama tak tengok berita dan baca suratkhabar .. Lama tu tak la sampai bertahun.. cuma dalam minggu lepas dan minggu ni .. Dan aku dapat mesej dari rakan rakan agar menyertai mereka dalam berkempen menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir ..
Aku percaya kerajaan negara kita sedaya upaya membantu mereka di sana .. Pelbagai sumber pastinya mereka mencuba untuk mengeluarkan mereka terutama pelajar..
Bukan negara kita saja sedang berusaha malah Jepun pon dah menghantar pesawat untuk mengeluarkan rakyat mereka ( link ) ..Bagaimana pula dengan rakyat kita ? Berdasarkan dari sumber ini ( link ) , rakyat kita di sana akan di bantu melalui tiga buah negara jiran .. InsyaAllah ..
Kita sama sama doakan agar mereka semua di sana dalam dilindungi Allah selalu .. hurm.. Sebuah lagi negara Islam kucar kacir ... Astagfirullah al a'zim .. Bersyukur kita negara kita masih aman ...
Manakala di Berita Harian hari ini , seorang ibu memberitahu bahawa anaknya hanya ada bekalan cukup untuk 3 hari ... Amat sukar mendapatkan bekalan makanan kerana ketiadaan stok ( link ) ..
Hurm... harap kita , kerajaan kita segerakan bantuan pada mereka di sana ... InsyaAllah.. sama sama kita berdoa kepada Allah ...