Buat mereka yang tak tau , semalam aku ada buat video bersama MARIA ELENA .. Korang leh rujuk entri aku semalam (link).. hehe..
Makin aku bersama 1TUBE.MY , makin aku sedar betapa ramainya blogger blogger yang amat berbakat tetapi hanya berada dalam benua sendiri .. aku pon sama gak la... hahaha.. dalam benua kecil aku..
Maria Elena ... terkenal di Youtube dan juga di Facebook .. Kali kedua aku bertemu dengannya .. Kali pertama di segmen video bersama CHEF HANIELIZA di Setiawangsa , Isnin lepas ..
Apa pendapat aku mengenai dia .. Pada mulanya aku tengok dia , dia nampak amat sempoi.. Aku tak berborak langsung la kali pertama tu.. saja nak tengok bagaimana orangnya ...
Kali kedua , semalam .. dan aku tegur dia buat kali pertama ... Dan .. dari 10 bintang , aku bagi dia 9 bintang .. Peramah , mesra , gila gila ,kreatif , hati kering dan sangat sangat berbakat .. Rasanya kalau dia jadi pengacara rancangan , confirm malatops...
Aku bukan puji sbb dia cantik ke apa .. aku bicara tentang blog dan juga apa yang dia buat semalam .. secara langsung depan mata aku dan juga cara dia berkomunikasi dengan orang orang yang baru kali pertama dia jumpa .. tiada langsung berlagak atau riak ..
Macam aku kata dulu la.. untuk apa berlagak atau riak ? Apa la sangat dunia blog ini .. Kita sebenarnya dok syok sendiri perasan yang kita ni diva sampai satu dunia kononnya kenal kita !
Maria yang punya peminat tersendiri di FACEBOOK dan juga blog , senantiasa bersikap merendah diri .. Aku harap , dia akan terus begitu sampai bila bila ..
Maria Elena , terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersantai bersama BEN ASHAARI semalam .. Sampai berjumpa lagi.. Grrrr... aku kena main dengan dia semalam dalam video tu .. ARghhhh..