“ Oh , tidak !! Abiss laaa !! Arghhhh.. Camana nak landing ni ??? “.
Dan tiba-tiba ..
Ultraman telah menyelamatkan keadaan ! Nasib baik.. Maka , Qhaliff sambung bermain dengan Ultraman manakala AirBus 380 , dapat cuti rehat ! Legaaa…
“ Oh , tidak !! Abiss laaa !! Arghhhh.. Camana nak landing ni ??? “.
Dan tiba-tiba ..
Ultraman telah menyelamatkan keadaan ! Nasib baik.. Maka , Qhaliff sambung bermain dengan Ultraman manakala AirBus 380 , dapat cuti rehat ! Legaaa…
Qhaliff bersungguh nak tolak stroller Zahra ! Pandai pulak dia elak dari langgar tiang atau orang .. hahahaha .. Tapi paling best ialah part Zahra sakat abang dia ! ADeh.. Ketawa besar tengok gelagat diorang !
Tengok gaya dia camana ! Qhaliff berenti dan betulkan kaki dia..Dua dua kaki dia betulkan.. Bila dia tolak balik , Zahra buat semula begitu ! Pastu Qhaliff berenti dan betulkan.. Dia buat semula ! Hahahaha.. Giler nakal tu Zahra ni ! Adehhh ..
Bukti ? Ada video dia.. Nanti aku upload di Facebook aku ehhhh !
Sepatutnya malam ni , aku sekeluarga tidur di Thistle Hotel , Johor Bahru.. Er , betul ke eja tu ? Sat google .. Ok , betul ! Heheheh .. Tapi aku batalkan saat akhir atas beberapa faktor tapi yang pasti bukan faktor kekalahan Vietnam yer .. hehehe ..
Namun , projek utama aku .. diteruskan juga ! Dan antara yang gembira dan tak sabar nak pergi ialah .. Pakai smart smart dan sarung je mana sempat ! Kasut mak dia !
Dalam kereta ? Perghh.. nak gak bergaya ! Dah pandai dahhhh ! Baju dan seluar pun dia dah pandai pilih sendiri .. mana nak pakai !
Tapi nampaknya , dia sudah lebih dari ‘boss ‘ ! Grrrr …
Destinasi ??? Umah Mat Gebu ! Lama dah plan nak gi sana .. sejak balik dari Paris aritu .. Paris kauuu ! Hahahaha .. Nak kasi souvenir kat dia sendiri .. Heee..
Dan seperti biasa , jamuan khas untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah, 3 kali aku bertambah..Hehehe.. Sedap woooo ! Nak tambah lagi tapi segan .. heee.. Bawak bawak mengucap Ben oiiii !
Dan hadiah untuk aku.. Huhuh.. Terharu aiii , okeh !
Seharian perjalanan.. Penat sangat ! Esok inshaAllah .. Unifi mai pasang umah aku ! Lega rasanya.. Tak larat nak topup internet , sehari RM30 !! Mati gueee !!
Dan Zahra pun dapat hadiah gak.. Hehe.. Terima kasih Mat …
Aku pon tak tau sebenarnya tapi .. rupa rupanya , ada haa !!
Terkedu gak aku bila rambut Qhaliff tersenarai di kalangan rambut kanak kanak yang cute .. hahahaha .. Bukan apa , ada yang kata rambut dia cam pakai kopiah , pakai helmet la bagai.. Tapi sebenarnya kalau diletak minyak dan sisir elok elok , Brad Pitt pon mai mintak tandatangan ! Haaa .. Kacak gitu ! Aku sendiri nak rambut cam ni !!! Hahahaha ..
Gunting ? Hurm.. gunting la kalau boleh ? Hahahah.. Baru pegang gunting , dia dah guling guling atas lantai ! Sebelum tu dia berusaha dengan menahan tangan aku ni !! Adeh..
Zahra ?? Hahahahhaaa… Tak tau laaaa aku.. Pening tengok rambut diorang !
Diam diam dia amik handphone aku pastu gi ruang tamu.. Dia bukak youtube ! Cepat cepat dia klik sana sini sebelum aku sampai ! Bila aku depan dia , dia nak lari sambil ketawa ! Dia tau perbuatan dia tu salah tapi saja nak sakat aku !
Tapi kalau aku biarkan , confirm dia terus layan youtube dan kesannya , 1GB kuota internet yang baru aku beli , dah kena topup semula !! Adoiyaii.. Bankrupt macam ni weh !!
Aku dah pon daftar UNIFI .. Ikutkan Jumaat ni diorang nak pasang tapi aku lak nak gi Johor. Terpaksa postpone pada Isnin depan.. Dan buat sementara itu , sehari aku kena bayar RM15 atau RM30 untuk internet !!!
Aku pelik camana laaa ada telco boleh offer 1GB untuk sebulan guna ! Takkan layan whatsapp dan facebook sikit sikit ??? Ingat banyak ke 1GB pada mereka yang sememangnya bergantung rezeki pada internet ni ????
Nak masak apa ari ni ? Wife nak singgah pasar beli ikan .. Tapi aku tak nak makan ikan ! Nak menu simple je ! Masak apa yang ada di dalam peti ais dalam tempoh beberapa minit !
Wife setuju jer.. Dalam kepala aku , ada lagi dua pes dari Tok Mommy’s Kitchen untuk dimasak. Aku nak makan asam pedas dulu.. Maka aku mintak wife kreatifkan diri.. Tak nak ikan ! Tukarkan ke telur .. heheheh ..
Dan tak sampai setengah jam pon , segalanya terhidang. Nasi , asam pedas telur serta ikan masin.. Siap untuk dijamah saja !
Sedap ke ? Hurmm.. Nampak macam pedas je ? Kan ? Aku tauu.. mesti itu yang ada dalam kepala korang dan satu lagi persoalan , mana nak dapat pes Tok Mommy’s Kitchen ni .. kan kan ?
Tak pedas sangat.. Ala kadar je rasanya tapi sedap ! Kalau korang kreatif lagi , inshaAllah mmg abis satu periuk nasi tu .. Aku mintak wife simpelak jer sebab aku sakit kepala.. Nak makan yang simple simple jer .. Tak larat nak tunggu lama lama..
Alhamdulillah.. semua kenyang dan asam pedas ni habis sewaktu masuk pusingan kedua kalah mati ! Hahahaha .. aku tambah jugak nasi..
Berapa harga pes ni ? Sebelum tu , boleh tengok dulu hasil masakan dari pes pes yang telah dimasak oleh wife … hehe.. Mee Bandung Muar Tok Mommy's Kitchen ! dan Mudahnya dengan Tok Mommy's Kitchen !
Ok.. dah ? Berapa harga ? Camana nak beli ? Alahai.. cam biasa laaa kan ? Gi tengok sendiri di Fan Page Tok Mommy’s Kitchen. Segala jawapan leh dapat di sana ..
Ditulis oleh : Penulis Kidal
Kalau berdasarkan tajuk sudah pasti ia boleh mencerita serba sedikit tentang apa yang saya nak tulis ni. Ini adalah cerita sebenar berdasarkan pengalaman saya sendiri, memang Nampak macam drama drama di tv, tapi ini adalah hakikatnya yang terjadi kepada saya sendiri.
Ceritanya begini:
Lebih kurang dalam awal pertengahan tahun 2009, saya telah berjaya menyambung pelajaran saya di salah sebuah IPTA ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, dalam pada masa itu batch saya adalah pioneer di kampus baru tersebut, banyak kemudahan tak ada lagi. So saya lebih selesa abiskan masa saya di hadapan laptop. Saya kerap melayari internet dan laman sosial. Di situ sy ada kenal dengan seorang perempuan ni, ok la… just give a try sbb saya rasa dah tiba masa saya untuk bercinta.. So ok la perkenalan kami, dalam diam tak diam dari tahun 2009 sampai 2011 saya kenal dengan perempuan tu.
Dalam awal tahun 2010, saya ada kenal dengan sorang budak laki ni, dia dari kelas sebelah… tp ada sebab tertentu dia kena ambik beberapa subjek kat kelas saya. Dah kenal budak ni since masuk situ lagi, tapi kami bukan sekelas takde la lepak sama sangat. Bila dia dah sekelas, baru la lepak sama-sama most of the time. Time tu kenalkan la dia ngan geng2 gila saya.
Pastu dia ada la ngadu yang budak2 rumah dia tak sukakan dia & pulaukan dia. Jenis saya tak nak ambil tahu sangat pasal krisis-krisis begini memang bukan cara saya. So dalam dia dok bercerita pasal macam-macam masalah dia, saya pun adalah membantu dia. Saya ajak dia duduk ngan saya since rumah saya tu ada bilik kosong. Kami jadi cam rapat jugak la. Barang saya barang dia, barang dia barang saya (tapi saya tak pernah pun pinjam barang dia)
Saya pun dengan bangang kenalkan dia dengan budak perempuan yang saya kenal tu. Just in case, apa-apa tak boleh contact saya, boleh la contact housemate saya. Saya tak tahu kenapa la tindakan saya begitu bodoh. Dan awal tahun 2011 saya telah menjalani latihan industri di kota raya. Saya terpaksa menyewa di area yang dekat dengan ofis saya. Yelah, duduk jauh, banyak benda nak setelkan thesis, rumah & macam2 lagi.
Tup..tup.. tup.. ada satu malam tu saya dapat sms dari perempuan tu cakap, “I nak break dengan U…” saya macam krikkk… krikk.. krikkk.. kenapa? Dengan kepala otak serabut saya dengan masalah sendiri, saya terus reply “ ok”… Esoknya saya berfikir lagi pasal tu… takpelah takde jodoh nak buat macam mana kan. Malas nak pening-peningkan kepala.
Masa di office saya sampai awal, saya terniat nak bukak laman sosial saya dan update kawan yang saya tolong tu naik di timeline saya dan ada tag nama perempuan tu, saya terus bukak profile dia dengan perempuan tu tengok post-post yang lama, rupa-rupanya diorang memang dah start berjiwang-jiwang sebelum ni. Pastu day to day saya keep on stalk page diorang, banyak la status-status jiwang diorang update & tag nama each other. So saya dapat la jawapannya, saya tak perlu tanya lagi.
Time tu punya la nak marah.. tapi saya tahan je.. Yelah, kawan baik kot tu, boleh buat camtu. Saya pun bercerita dengan kawan serumah saya which is kami belajar tempat yang sama. Itu pun lepas dia tegur, kenapa lately ni saya nampak macam serabut. Saya cerita segala-galanya. Rupa-rupanya kawan serumah saya dah tahu awal lagi , cuma takut nak cerita dengan saya.
Saya pernah call budak tu utk penjelasan dari dia, dia mula-mula buat macam tak bersalah, saya terus cakap straight to the point and tahu tak apa dia cakap " ko memang seorang kawan yang baik, tapi ko bukan a good lover" satu jawapan yang saya tak boleh terima.
Sampai sekarang saya masih tak boleh terima apa yang kawan yang saya penah tolong tu buat kat saya. Saya tak kisah putus dengan perempuan tu, tapi yang saya sedih kawan baik sendiri menjadi punca perpisahan itu.
Anyway, sampai sekarang budak tu malu sendiri dengan saya. Tak berani nak berdepan dengan saya.
BEN ASHAARI : Pernah kena gak gitu tapi bersyukur sangat ! Setiap apa yang berlaku , ada hikmahnya ! Nasib baik belum jadi isteri , kan ? Kalau tak ? Bukan kawan makan kawan , tapi kawan tu kena telan terus !
Bagi yang berminat nak menjadi penulis jemputan di blog ini , sila email kepada saya.. Pastikan cerita anda benar , tidak menyalahi undang undang mahupun fitnah semata mata ..
Email : benashaari@yahoo.com
Tiba-tiba ada kawan di group Whatsapp berkongsi gambar.. Aku download dan baca .. Rugi 120kb ! 10kb , 10 sen ok !! Haaa .. Keratan gambar dari entri GURU WANITA TERIMA MESEJ LUCAH..
Dasat isunya.. tapi isu ni berpuluh kali dah aku dok bercerita dalam blog. Tapi sayangnya , tiada tindakan pon dari pihak berwajib.. Seolah berpakaian gini adalah ‘penyeri’ di dalam pejabat.. kan ?
Bayangkan .. Bayangkan jika ada pekerja berpakaian begini , macam Kak Nina Cybercake ke pejabat ..
Mesti ramai akan kata tak selesa ! Tak tau dengan siapa dia berkomunikasi , kan ? Kot kot orang lain yang datang pejabat.. dan macam macam alasan !
Atau paling tidak pon berpakaian cam Heliza Helmi la .. Kan lebih comel dari berbungkus sendat sampai nak jalan pon payah.. Ini kan pulak sampai nampak bekas seluar dalam lagi haa ! Tu belum part jalan cam itik pulang petang .. Haaa..
Mesti akan ada yang kata .. “ Eh , suka hati aku laaa.. Laki aku pun tak kisah , ko apahal nak kisah ? “.
Er , aku nak jawab apa ? Ok.. aku jawab gini je la.. “ Ikutkan aku malas nak kisah.. Aku lagi suka nak cuci mata tengok bentuk badan kamu tu.. Freee woiii ! Tapi masalahnya nanti , di akhirat .. Allah tanya apa yang aku buat dengan blog aku ? Takkan tulis cerita kosong je kan ? Aha.. aku nak jawab apa ? Sekurangnya , aku ada la jugak selitkan nasihat di sini .. “.
Kawan kawan sekalian .. Kalau rasa berpakaian sendat tu hak kita , ok la.. Tapi jangan la lupa , kita tu ada saudara mara lelaki.. Ayah kita.. adik kita .. abang kita ! Apakah mereka ini tidak punya nafsu ? Hari hari tengok persembahan percuma gini , otak boleh rosak tau ! Berapa lama sangat mampu pandang lantai ? Iman pon tak setebal kulit bawang .. Akhirnya ?? Dapat la whatsapp seperti dalam gambar pertama !
Salah sapa ? Lelaki jugak salah sebab tak pandai kawal nafsu ! Yang berpakaian gitu , bukan sebab nafsu gak ke ? Suruh berpakaian elok elok , menutup aurat pon dah sukar .. apatah lagi lelaki yang disuruh kawal nafsu bila tengok wanita ! Seolah bila berpakaian gitu , anda memberi lampu hijau pada lelaki .. “ Sila la ngorat saya . Memang saya berpakaian gini untuk meminta dingorat ! “. Kalau berpakaian untuk melindungi diri , berpakaialah seperti pakai baju perisai yakni menutup aurat yang sebenarnya !
Kawan .. bayangkan murid tu , anak lelaki kita ! Wajarkan kita belasah anak kita ??
Kalau perempuan tak tolong perempuan , takkan lelaki nak tolong lak kan ? Tolong lelebih , jatuh cinta lak.. Dah tak pasal bermadu.. Auww…
Pikir la yer.. Berpakaian dengan lebih selesa .. Anda selamat , orang yang melihat anda pon selamat .. InshaAllah ..
Aku sakit kepala sejak semalam. Tak cukup rehat. Zahra pon kurang sihat. Selsema. Qhaliff dan ibunya je sihat tapi ibunya pulak , tak cukup rehat macam aku sebab 2 hari kebelakangan ni , banyak travel aku dan dia sebab aku kena kerja luar ..
Camana aku nak jaga dua permata kami ni sedangkan aku dalam keadaan kurang sihat ? Emosi kurang stabil serta kerja yang menimbun ??
Malam tadi , Zahra payah tidur ! Maka dia tidur lewat .. wife , dah tak larat .. maka dia tidur dulu.. Nasib Qhaliff tak buat perangai.. pon tidur awal ! Tinggal aku dengan Zahra jer.. Rasanya dekat kul 1 lebih baru dia tidur ! Aku jugak terkapai kapai pastu.. Huhuh..
Kesannya.. tak cukup rehat lagi ! Ikutkan hati , aku nak suruh wife cuti hari ni tapi esok nak cuti lagi.. Dan Jumaat pun ! Dia banyak kerja katanya .. Nak tak nak , izinkan je dia pergi keja.
Di rumah , aku dan dua anak aku ni memasing menduga kesabaran aku. Bermula dengan Qhaliff .. diikuti dengan Zahra. Normal kanak kanak. Aku tak marah pon.. menduga kesabaran..
Akhirnya , aku tak tahan.. mintak wife balik waktu lunch. Bantu aku.. Aku perlu makan ubat dan tidur sebentar .. Harapan aku , Zahra tidur juga ..
Namun harapan aku berkecai.. Dia tak tidur walaupun mengantuk ! Selsema.. tak selesa dia nak tidur.. Hurmmm.. Qhaliff ? Dah ready nak ikut ibu dia keluar.. Keluar nak gi kedai je..
Jam dah menunjukkan hampir kul 2 petang ! Adeh.. Aku dah makan ubat tapi lom lagi reda sakit kepala.. Zahra dah mula menyanyi lagi dandut dia .. Qhaliff dah keluar ngan mak dia .. Tangisan Zahra membingitkan telinga aku..
Harapan aku sekali lagi.. Kang wife balik hantar Qhaliff , dia dapat tidurkan Zahra. Aku , dah give up ! Tak leh nak dukung atau bergerak sangat .. sakit kepala !
Dan , wife balik.. Dia dukung Zahra lalu duduk atas bola gym. Buat style aku selalu buat .. tak sampai 5 minit , lena terus .. Masukkan dalam buaian.. Qhaliff ? Tunggu masa terlena ..
Aku ? Dua dua tidur .. apakah aku akan turut tidur ? Hurm… aku kena update blog.. Cari duit untuk bayar hutang piutang .. Borang GST baru dapat ! Kena isi gak.. Hurm… Suri rumah pon kena GST eh ? Hahaha.. Asal ada pendaptan , kena cukai ! Walhal , barang dapur , kena cukai dah .. Makan kat luar …kena cukai dah ! Cukai untuk membangunkan negara ? Sebelum ni tak membangun ke ? Huhuh.. Malas bising ! Lantak laa.. Akhirat jawab..
Wife gi kerja .. aku sambung kerja … Mengeluh ? Ini semua tanggungjawab …
Tidur dalam jam 2-3 pagi. Bangun tidur , jam 6-6.30 pagi. Pastu sambung kerja ! Rutin setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat. Kalau Sabtu Ahad tu , baru leh dapat sambung rehat , selepas solat Subuh.
Kalau korang yang bekerja di pejabat , ada kerusi meja yang sesuai untuk buat kerja ! Tapi aku , sofa yang dah berusia hampir 7 tahun inilah tempat aku duduk dan buat kerja sambil mengadap anak !
Kesannya ? Sakit belakang woooo ! Tiap kali aku duduk di sofa ni , confirm aku akan sakit belakang termasuklah bila tidur di atas tilam yang dibeli dengan harga murah ! Syok ada orang urut bila dah birat birat badan tu.. Cuma mampu suruh Qhaliff naik belakang aku dan pijak pijak jer ..
Beli sofa dan tilam baru ? Hurmmm.. Bukanlah tak nak tapi banyak menda lain nak kena dahulukan. Contohnya, simpanan anak anak .. bayar hutang itu ini. Kos kehidupan semakin meningkat di kala ekonomi semakin menurun , kata pakar ekonomi tapi dinafikan oleh pihak tertentu. Wallahu’alam. Nak tak nak , kita kena terus bersaing untuk teruskan kehidupan ini.
Teringin kerusi urut setiap kali di Alamanda ! Lalu di satu kedai tu , mata menjeling ke dalam …
“ Nak beli ke tak eh ? Hurmm.. Berbaloi ke tak ? Kang tak sesuai lak ! Hurmm .. “.
Wife nak belikan untuk aku memandangkan di kerusi itulah aku sering abiskan masa dan dia sendiri nampak ‘penderitaan’ aku tu.. hehehe.. Sakit woo !! Tapi aku menolaknya dengan baik.. Belum masanya..
Korang yg bekerja di pejabat tu , bawak bawak bersyukur. Orang lain yang bekerja mencari rezeki , berpanas berhujan untuk mendapatkan sesuap nasi utk diri sendiri dan juga keluarga ..
Seronok rupanya ! Berjalan dengan daddy atau ibunya , setiap petang.. Sebelum ni , berdukung jer.. Sejak dua menjak duduk dengan tuk nenek dia di Cheras , dia dah semakin banyak belajar .. Dan semalam dia tarik tangan aku dan suruh bukak peti ais ..
“ Nak coklat .. “. Qhaliff bersuara.
Terkejut aku jap.. Hahaha.. Dah pandai cakap ‘coklat’ . Sebelum ni , hanya tau tunjuk je.. Berat dia nak cakap ! Bukan tak reti tapi berat.. Hahahaha ..
Gaya seorang abang pon semakin terserlah. Bila Zahra menangis , cepat dia panggil mak dia.. Huhuhuh..
Bagi kawan kawan yang ada anak tunggal , buat masa ni .. sebaiknya dedahkan mereka sesekali dengan rakan sebaya atau yang lebih tua darinya untuk mereka pelajari mengenai kehidupan ini .. terutama , alam kanak kanak .. Jangan ‘peram’ dalam rumah jer.. Kesian mereka . Nanti tak reti bergaul.
Lama dah aku ternanti nanti telefon pintar mampu milik seperti yang dikeluarkan oleh BENQ ni.. Kenapa aku ternanti lak ? Jawapannya mudah jer.. Yang mahal ni , kita takut nak lasak dengannya.. Apatah lagi aku ni ada anak lelaki yang sedang melasak ! Asyik mintak telefon untuk layan Youtube atau main game education. Mata asyik menjeling jer .. kot kot terjatuh ke .. kan ?
Dengan adanya telefon pintar macam ni , segala masalah aku selesai ! Bukannya berkualiti rendah pon ! Setanding dengan telefon pintar yang mahal yer malah ada kelebihan tersendiri !
Paling utama ialah , dilengkapi dengan Cip 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat4) yang mana pengguna boleh menikmati muat turun berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps dan lindungan dari pancaran cahaya biru yang mana penting untuk mengelakkan mata si Qhaliff dan juga aku dari rosak kerana terlalu lama memandang skrin telefon !
Telefon pintar yang menggunakan Android 4.4 Kitkat dari BenQ ni ada dua jenis.. F5 yang berharga RM699 dan T3 , berharga RM499 . Antara perbezaan kedua ini ialah kamera mod Ultra Sensitiviti 4x dengan kamera belakang 13 ( F5 ) dan 8 megapiksel (T3 ) dan size serta paparan skrin. Untuk melihat lebih lanjut spesifikasi kedua telefon pintar ini , boleh rujuk di http://smartphone.benq.com.my/ .
Bagi aku , telefon pintar ini sesuai digunakan pada mereka yang masih belajar dan juga mereka yang tidak beberapa berkemampuan nak memiliki telefon pintar. Walaupun murah tetapi hampir sama ‘power’ dengan yang mahal ! Takde la nak pening kepala kalau hilang pon kan ? Beli je yang baru .. hehehe .. Mampu dimiliki oleh sesiapa pun !
Menarik , kan ? Ok.. sebelum korang beransur , apa kata join dulu pertandingan paling mudah tapi menarik ni ! Pertandingan gambar kreatif ! Untung untung boleh menang BenQ F5 atau T3 ni ! Tak susah pon… Nak tau camana nak join ? Jom baca syarat pertandingan di https://www.facebook.com/BenQMalaysia ni..
Semoga berjaya ! Jangan lupa bagitau kawan kawan ..
“ Hai.. tak kerja ke ari ni ? “ .
Aku disapa seorang kenalan ayah. Aku jawab dengan senyuman..
“ Tak.. Lama dah berenti.. “.
Tergamam jap dia.. Mesti terfikir camana aku besarkan anak 2 orang andai aku dah berenti kerja. Takkan makan duit isteri kan ? Sejarah lepas membuktikan aku telah menganggur bertahun lamanya gara gara ekonomi meleset dan dijangka akan kembali lagi pada tahun depan ! Dan aku tiada pekerjaan ???
“ Abis tu , kamu buat apa skang ni ? “.
“ Kerja melalui internet jer .. “. Jawab aku ringkas. Senyum lagi..
“ Macamana tu ? Boleh dapat duit ke ? “ .
Hurm… camana aku nak terangkan eh..
“ Tulis blog.. “ Jawab aku.
“ Oooo… Kamu la yang yang tulis. Ingatkan adik kamu.. “.
Adeh.. dah bila pulak adik aku minat menda menda gini ! Sememangnya dari dulu dalam keluarga aku , aku je yang dok giler layan internet dan abiskan masa berjam jam jam lamanya depan komputer hingga bil internet mencecah beribu ribu ringgit !! Huhuh..
Aku senyum je la.. Pastu , aku pon bukak story satu persatu . Tergamam !
Sesungguhnya , inilah kerja paling puas aku pernah buat .. Sendiri bos , sendiri kuli.. sendiri tulis , sendiri edit ! Sendiri tanggung dosa pahala !
Nasihat aku buat kawan kawan yang akan atau sedang belajar di IPT .. Jangan tunggu abis belajar baru nak cari kerja ! Mulakan dari sekarang ! Jangan kata assignment saja dah berlambak .. camana nak uruskan ? Kalau assignment berlambak , kamu banyak masa melepak ? Keluar dating sana sini ? Keluar tengok wayang ? Layan Facebook ? Bukankah semua itu masa ? Sebaiknya belajar uruskan masa dari sekarang ! Nanti bila dah abis belajar , kamu kena uruskan masa antara diri sendiri dan juga untuk orang lain terutama keluarga tercinta !
Biar susah sekarang .. Jangan susah di kemudian hari ! Jangan biarkan orang anggap kamu LOSER . Mungkin kamu tak kisah tapi kamu ada mak ayah .Kasihanilah mereka ..
Sekurang-kurangnya , buatlah mereka tersenyum dan damaikanlah hati mereka ..
Jumpa jugak artikal ni.. heheheh … Terima kasih Harian Metro. Cuma ada beberapa fakta kena betulkan .. part 20K tu .. hehehe .. Bagi yang tak sempat baca , boleh la baca kat sini yer ..
“ Seawal jam lima pagi, penulis blog terkenal Ben Ashaari, 38, memulakan rutin hariannya sebagai suri rumah. Dia memandikan dua anaknya, Muhammad Qhalish Iman dan Zahra Nuriman, memakaikan lampin dan pakaian seterusnya menyediakan susu kepada mereka.
Selepas menidurkan si kecil, dia menyambung kembali tugas harian seperti menyapu sampah, mengemas ruang tamu, dapur dan bilik tidur serta menyidai pakaian. Sejak melepaskan jawatan sebagai penolong pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan dua tahun lalu, beginilah rutin hariannya setiap hari.
Namun dia mempunyai masa yang banyak untuk menulis di blog, berbeza ketika bekerja dulu kerana terikat dengan masa. Penceritaannya pula semakin berbeza. Jika dulu dia banyak menulis mengenai isu semasa tetapi kini cerita lebih kepada keluarga dan penjagaan dua anaknya.
"Sebagai bapa saya menjadi lebih berpengalaman kerana banyak isu mengenai kanak-kanak yang saya pelajari. Jika dulu saya langsung tidak tahu aspek penjagaan jika anak demam atau sakit, makanan yang disukai anak tetapi kini sejak menjadi suri rumah saya banyak belajar mengenainya," katanya.
Ditanya mengenai pandangan masyarakat terhadap suami yang menjadi suri rumah, jelasnya, pada mulanya isterinya Norazila Md Zin agak keberatan apabila Ben meluahkan hasrat menjadi suri rumah dan penulis blog sepenuh masa.
"Tetapi saya yakinkan isteri yang menjadi suri rumah jalan terbaik. Selain dapat menulis sepenuh masa, saya dapat memberikan perhatian kepada anak sepenuhnya. Lagipun jika dengar cakap orang memang tiada yang positif lebih baik memikirkan mengenai masa depan keluarga," katanya.
Ben memberitahu, di luar negara ramai penulis blog berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini. Namun di Malaysia, perkara ini masih baru.
Dia memulakan penulisan di blog sekitar 2009 menerusi www.benashaari.com. Tidak disangka penulisan yang hanya berkisar kepada diri sendiri dan isu semasa mula mendapat perhatian pembaca sehingga berjaya mengumpul 27,000 pengikut dan dilayari 4,000 pembaca sehari. Kewujudan media sosial Facebook menyebabkan dia terpaksa mewujudkan halaman peminat disebabkan pengikut yang ramai.
Elak cetus konflik
"Mungkin kerana penulisan saya santai dan dekat di hati pembaca, ia menjadi ikutan. Lagipun saya mengelak untuk menulis mengenai isu berkaitan politik atau perkara yang boleh mencetuskan konflik. Saya hanya mengulas sesuatu isu dengan menjadikan akhbar sebagai rujukan utama," katanya.
Kini penulisan blog menjadi sumber pendapatannya, malah wang yang diperoleh menerusi blog melebihi gaji ketika bekerja dulu. Pada satu-satu masa, Ben memperoleh pendapatan daripada pengiklan yang membeli ruang iklan di laman blognya selain ulasan produk seperti gajet, kereta dan barangan rumah. Lebih menyeronokkan dia turut menerima gajet terkini setiap kali membuat ulasan produk sambil menunjukkan telefon bimbit yang diperoleh hasil menulis iklan, juga set home theater bernilai RM20,000 juga diperoleh hasil menulis ulasan produk.
"Saya sudah membuktikan menjadi penulis blog sepenuh masa mampu menjana pendapatan sendiri. Selain itu, saya juga boleh menyelesaikan tugasan seharian dengan baik di samping dapat membantu isteri melakukan kerja rumah. Banyak masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak di rumah," katanya yang pernah menerima pendapatan tertinggi RM20,000 sebulan hasil menulis iklan.
Jelasnya, menjadi penulis blog sepenuh menyebabkan dia boleh bercuti pada bila-bila masa. Dia juga tidak perlu melalui kesesakan jalan raya setiap hari berbanding ketika bekerja pada waktu pejabat. Walaupun pendapatan yang diperoleh tidak tetap, ia cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Malah Ben tidak mengambil kesempatan dengan gaji isteri kerana dia sendiri mempunyai pendapatan hasil menulis blog.
"Saya bekerja dari rumah, oleh itu segala perbelanjaan seperti sewa rumah, kereta dan perbelanjaan dapur saya yang membayarnya. Tidak timbul isu suami yang menjadi suri rumah hanya mengharapkan duit isteri. Dalam banyak perkara kami berbincang mengenai apa yang perlu diselesaikan," katanya.
Mempunyai perancangan masa depan dalam bidang penulisan blog, Ben bersyukur kerana dapat merealisasikan Kelab Blogger Ben Ashaari, yang kini mempunyai 23,000 pengikut daripada kalangan penulis blog yang sudah terkenal mahupun yang baru bertapak.
Tujuannya untuk menyatukan semua penulis blog di Malaysia serta mempromosikan blog menerusi media sosial Facebook. Secara tidak langsung, ia dapat menjana pendapatan penulis blog menerusi ulasan iklan.
"Setakat ini banyak aktiviti diadakan antaranya pertandingan paintball, beriadah bersama keluarga dan perjumpaan seminggu sekali. Pertemuan ini dapat mengeratkan perhubungan selain bertukar pendapat mengenai isu semasa," katanya yang berharap dapat mewujudkan syarikat sendiri suatu hari nanti. “
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 di http://www.hmetro.com.my/node/12347.
Vietnamese Beef Noodle !
vs
Laksa Singapore !
Mana lagi sedap ? Ok.. Kalau korang gi Secret Recipe , aku syorkan korang amik .. Er , amik … Mana yang sedap antara dua ni ? Ok… Nak aku terus terang ke ?? Hehehehe…
Vietnamese Beef Noodle sedap ! Confirm akan habiskan kuahnya ! Silap silap tak nak berkongsi dengan orang lain ! Hahahaha ..
Pastu layan air bawah ni lak ! Hehehhe.. Confirm mata layu jer.. hahaha … Macam aku la.. hehee…