Pada awalnya , aku agak was was jugak nak ke Songkrun 2016 , memandangkan lutut aku baru nak pulih. Takut nanti akan kembali bengkak atau sebagainya..
Tapi disebabkan rakan rakan lain dah bersemangat nak turun ke SIC , aku tak boleh nak patahkan semangat mereka.. Aku kena turun gak ! Baru gilang gemilang ! Hehehehe.. kan ?
Awal pagi.. Bangun bangun jer ,terasa leher sakit ! Arghhhh.. Salah tidur ! Camana ni ?? Aduhhh… Nak g ke tak ni ? Seluar baru.. stokin baru ! Haaa.. Gi je laaa..
Dari rumah aku ke Sepang SIC cuma mengambil masa 15 minit jer. Dekat je pon… Aku gerak dari rumah , 7.20 dan sampai sebelum jam 8 pagi.. Kawan kawan lain , sampai dah..
Dalam jam 10 pagi.. semua dah mula kebasahan ! Hahahaha.. Dibasahkan dengan dek air dari kereta bomba menghangatkan lagi suasana di tapak perlumbaan.
Selepas dibasahkan.. semua peserta menunggu masa untuk dilepaskan..
Dan akhirnya , semua dilepaskan.. Hehehe.. Aku berjalan kaki jer.. Malas nak berlari. Nak menikmati permandangan sambil bermain air.. dan panas ! Hahaha.. Lupa pulak aku pakai BB Cream Cosmoderm ! Huhhh.. Abis laa terbakar kulit..
5km dalam kepanasan ! Nasib baik di pit stop kami semua disembur dengan air dan dibekalkan air mineral ! Legaaaa giler ! Baru tau camana rasanya berada dalam kepanasan ! Hormati mereka yang sanggup berkorban diri demi orang lain yakni mereka yang bekerja di dalam kepanasan untuk memberi kita keselesaan.. contoh pekerja bina jalan raya dan bangunan.
Memang syok la .. terutama bersama rakan rakan blogger yang sekepala !
Aku mampu habiskan 5km sebab dah turun kembali ke gym cuma panas tu je aku tak tahan.. hahaha .. Namun , aku berjaya juga selesaikan ! Tak sangka sama sekali !
Dan medal pertama aku dalam bidang ini.. Hahahaha ..
Alhamdulillah.. semua berjaya habiskan larian dengan selamatnya.. Hehehehe.. Tahun depan , aku confirm lagi best ! Nak join lagi laaa !
Yang pasti , sampai je rumah.. mandi bersih bersih ! Hahahaa.. Tak tahan bau air dia.. Dan peluh yang menitis luar dan dalam perlu dibersihkan dengan guna pencuci yang betull.. Cam Hehehe.. Hero Men Wash by NanafaBeauty ni..
Murah je.. RM40 jer !