Sedih. Baru plan nak review restoran ni. Nampak dari luar , tak menarik perhatian aku. Wife yang tertarik. Katanya macam best sebab nama dia cam gempak gitu. Ada hastag ! Awalnya aku nak makan di restoran nasi arab kegemaran aku. Di situ , mesra kanak kanak. Satu 'kemenangan' buat restoran tu ! Kau tackle kanak kanak , mak bapak akan selalu datang. Mudah kan ?
Aku parking kereta di satu tempat. Tujuan aku , nak ke kedai gajet di situ. Nak beli kabel charger. Pastu dalam perjalanan kembali ke kereta , aku pandang restoran tu. Wife dah bersuara berminat. Kesian lak kalau aku tolak ajakan dia.
Aku gi ke kereta dan ajak semua turun. Wife tampak gembira. Dan berjalanlah ke restoran tu. Di luar aku perhatikan menu menu yang ada di dalam resotan tu. Western. Hurm... Boleh la.. Anak anak mesti nak layan makanan gitu di kala malam hari gini. Dan aku.. kelihatan burger begitu menyelerakan.
Pintu ditarik. Cari tempat kosong. Agak ramai pelanggan. Ada satu meja panjang di bahagian dalam. Rasanya sesuai untuk aku sekeluarga. 5 orang Kenapa nak meja panjang ? Sebab sah sorang sorang satu menu ! Masing masing kelaparan selepas menonton Jumanji di Alamanda.
Duduk dan tak lama kemudian , diberi menu. Aku belek satu persatu. Semua kelihatan menarik. Dan aku jumpa apa aku nak. Harganya ? Fuh.... memang leh garu kepala gitu...Tapi tak kisah la. Aku niat nak support bisnes baru baru ni. Lagi pun dari gambar tu dah tau menu bukan sebarangan..
Aku keluarkan phone dan amik gambar satu satu. Mesti rakan rakan di Facebook dan Instagram berminat nak mencuba gak lepas tengok gambar dan menu menu yang ada ni. Tiba tiba datang seorang staff situ..
"Berapa orang ye?"
Wife aku jawab.
"5 orang."
Dia kata meja tu utk 8 orang.
Kami diminta tukar ke meja lain. Alasannya kenapa kami diminta tukar meja ialah jika datang pelanggan utk 8 orang, mereka takda meja. Bukan ke kitorang dah datang dulu ? Dan lagi pun dah nak tutup pun ! Jam dah tunjuk 930 malam. Tutup jam 11 malam.
Aku nak tukar meja tapi wife tengok muka aku. Aku faham apa maksud dia. Anak anak dah tunjuk nak makan apa.. Zahra dah tertarik dah dengan satu menu tu ! Sian dia.
Nak kena paham.. Budak budak dah selesa duduk. Jika ubah tempat, sah sah si kecik akan nangis nak duduk tempat asal yang lebih luas dan selesa berbanding meja yang dicadangkan. Agak duduk berhimpit dan kecil sedikit.
Terus aku bangun.. Wife pun. Aku dukung Aariz dan keluar dari situ. Mati nafsu nak makan situ. Zahra dah menangis. Aku tau dia bukan nak makan sangat tapi kepenatan.. Aku sendiri kepenatan dan kelaparan. Dah duduk,, set kepala otak nak order.. Kena ubah tempat semata mata nak kasi tempat tu pada pelanggan yang datang lebih ramai dari kami yang mana belum tentu datang pon Bukan ada tulis RESERVE kat atas tu. Haih..

Kali pertama dan terakhir aku masuk situ! Sayang.. Menu dah nampak menarik..
Terus ke Ayer @ 8 . Cuba restoran baru di situ. Dan Alhamdulillah... berbaloi ! Dan jimat banyak sangat ! InshaAllah ni kedai yang aku cari jika ke area sini selain restoran Ore Kampung di sebelah siang hari.
Dan restoran tadi tu, aku rasa layak untuk mereka yang bukan biasyer biasyer jer !