Ok..aku , dah lama amalkan bab pemakanan sihat ni. Bukan apa.. dalam usia aku sekarang ni, aku kena jaga pemakanan aku. Apa yang aku makan , akan beri impak pada tubuh badan aku seterusnya , aktiviti harian aku. Penyakit zaman sekarang ni tak kenal usia dah. Segalanya berpunca dari pemakanan dan aktiviti harian kita. Sebab tu kena ambil berat bab bab ni. Harga kesihatan amatlah mahal di zaman ni.
Makanan superfood yang terkini telah dimasukkan ke dalam senarai pengambilan makanan harian aku ialah ELAIESE. Pernah dengar tak minyak kelapa sawit Merah ? Nah... ELAIESE ni adalah MINYAK sawit merah terhasil daripada pemprosesan minyak secara dari mesokap buah sawit (Elaeis guineensis). Ia mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol.
Melalui infomasi yang aku dapat di internet ni , minyak sawit merah kaya vitamin E iaitu 30 peratus tokoferol dan 70 peratus tokotrienol. Dikatakan ianya amat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti badan, mengawal tahap kolesterol, pengaliran darah serta mengurangkan tekanan darah.
Pengambilan minyak ini juga mampu membantu melindungi daripada serangan angin ahmar dan membantu mengawal sel kanser daripada merebak terutama sel kanser payudara. Selain itu juga, kelebihan vitamin E juga membantu melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) bagi mengelakkan kanser kulit dan penyakit kulit lain.
Dikatakan juga harga minyak sawit merah lebih mahal berbanding minyak sawit kuning. Minyak sawit merah dilaporkan mengandungi 500-1,500 ppm karotena melebihi 15 kali lobak merah, 300 kali melebihi tomato dan 44 kali melebihi sayuran hijau.
Ada kajian telah dibuat terhadap minyak sawit merah dan mendapati ianya dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam dan kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut. Dan menariknya , kandungan nutrisi minyak kelapa sawit merah lebih tinggi berbanding minyak zaitun dan minyak kelapa !
Wife aku dah cuba guna pada masakan seperti Keow Teow Goreng dan sebagainya. Seperti yang korang nampak di atas tu la ! Ternyata rasanya berbeza sama sekali selepas dicampurkan atau digunakan pada masakan. Sebelum ni , bila nampak minyak pada masakan , aku amat takut sekali nak makan ! Hahaha.. Serius woo ! Tapi dengan adanya ELAIESE digunakan pada setiap masakan sang isteri , aku akan makan tanpa rasa was was sama sekali.
Nah.. kat bawah ni ada beberapa contoh resepi yang boleh digunakan jika korang berminat nak berdiet dengan cara sihat. Memang sangat berbaloi la ! Kalau tak nak campur dalam masakan pun tak pe.. Amik sesudu sehari pon ok dah ! Aaha... hirup gitu jer ! Heee...
Ok.. Ada yang campurkan sedikit pada face mask dan juga hair mask mereka. Ambil khasiat yang ada pada ELAIESE ni. Tak memudaratkan sama sekali !
Ahaa.. amacam ? Nak cuba ? Ok.. Kalau korang berminat , ELAIESE sedang menawarkan kit ELAISE Healthful Adventurer secara percuma dan jika terpilih , korang boleh turut serta sesi memasak Zoom Coockout bersama Chef Selebriti , Chef Adu pada 6hb Mac 2021 nanti. Kita akan masak bersama sama yer ! Hehehehe..
Jika berminat untuk dapatkan kit tersebut , boleh klik SINI. Jangan risau.. PERCUMA !
Facebook account: https://www.facebook.com/ELAIESE
Instagram account: @elaiese_official
#HealthfulAdventureswithElaiese
#SpoonfulofRedElaies