Sedap ke Tapai Dara ni ? Camana nak tempah ?

by - Februari 07, 2021

Aku pengemar tapai. Bila ditanya berminat tak nak review Tapai Dara ni, mestilah aku nak ! Hahaha.. teringat zaman aku membesar. Mak aku suka beli tapai dan letak dalam peti ais. Dia tau , aku hantu tapai. Boleh duduk berkhemah depan peti ais kalau ada wooo ! Memang padu tapai ni. Kalau tak pandai buat , memang rasa dia.. hurm.. pastu nasi dia pun keras. Kan kan ?

Aku on jer.. nak gak tau apa kelebihan Tapai Dara ni. Sebab bila aku nampak dia letak dalam kertas , aku rasa cam..." Biar betul kertas ???? ". Biasanya beralaskan daun jer. Barulah rasa dia , kan ? Biasanya gitulah pemikiran amatur cam aku ni. Malah bila aku post kat IG  pun ada yang komen kata Tapai Daun Pisang sedap ! 

Dan.. aku terima tempahan Tapai Dara aku. Aku tengok bungkusan dia. Kemas jer. Jika nak buat sebagai buah tangan , cenderamulut ke , sesuai la.. Kalau cenderamata , buat tatapan je kan ? Cenderahati , buat kenangan.. Ni cenderamulut.. buat bedalan laa ! Hahaha.. 




Dan rasanya.. WOW ! Sebijik rasa tapai yang biasa mak aku beli dulu. Nasi dia pun lembut. Takda yang keras. Cantik jer. Rasa masam dia.. secukup rasa ! Memang takkan cukup makan sekali la. 3-4 kali, baru rasa puas. Hahahaa.. Berbaloi.

Kenapa dalam kertas ? Rasa nak dibuat nampak lebih unik. Asyik daun je kan ? Tapi rasanya tetap sama seperti yang dialas dengan daun ! Nah...  memang syok dimakan santai bersama keluarga sambil layan drama Korea. Heheeee.. Sedap ! Aku kasi 4.5 bintang.


Whatsapp : 013-4427224




 

You May Also Like

3 comments

  1. tak minat tapai..tp makan je kalau ada tapi tak banyak la

    BalasPadam
  2. Tapai ni nampak mennggoda walaupun dalam bekas yang tertutup

    BalasPadam
  3. Menarik ! Mcm nie senang nk bawak kemana2

    BalasPadam