Perkongsian dari doktor ini mengenai 3 ayat magic yang perlu diucapkan pada anak kita!

by - Februari 16, 2021

" Cakap apa , Aariz ?  tanya aku selepas berikan roti pada dia.

" Thank you , daddy. " jawab dia. 

Begitu juga Zahra dan Qhaliff. Jika aku sendiri terlupa atau sengaja buat buat lupa , diorang akan buat seperti mana aku buat.. Alhamdulillah. 3 perkara ni lama dah aku praktikan pada anak anak aku. Bukan apa.. jangan tunggu besar baru nak suruh buat. Liat wooo ! Kita sendiri pun kalau liat nak ucap 3 perkataan magic ni , camana anak anak nak ikut ?

Minta Tolong... Hurm.. ada parents yang suka beri arahan. Kononnya jangan manjakan anak anak atau kasi muka. Biar dari kecil , mereka dah kena 'paksa'. Bukan tak boleh.. boleh je nak paksa diorang. Tapi diorang ni tak macam kita dulu. Dulu aku belajar pecahan Tahun 4. Sekarang Tahun 2 dah belajar Pecahan ! Bermakna , otak mereka sekarang ni mampu menyerap apa saja Faktor pemakanan sewaktu kecil juga memainkan peranan.


Perkongsian dari Dr.Luqman melalui Twitternya. 

#1 - Sentiasa ucapkan “Minta Tolong” tiap kali kita nak minta si kecil tu tolong kita buat sesuatu. #2 - Rendahkan diri kita untuk sebut “Minta Maaf’ sekiranya kita tersilap lakukan sesuatu yang tak betul walaupun mungkin perkara tu tak disengajakan pun.

#2 - Rendahkan diri kita untuk sebut “Minta Maaf’ sekiranya kita tersilap lakukan sesuatu yang tak betul walaupun mungkin perkara tu tak disengajakan pun.

#3 - Bila si kecil tu datang bantu kita siapkan kerja rumah atau dia puji masakan kita ni sedap, cepat-cepat kita ucap, “Terima kasih sayang sebab tolong ibu.”


Camana ? Apa pendapat korang ? Apakah korang amalkan 3 perkataan ajaib atau magic ni ? Tak susah pun. Jangan dengan anak anak.. malah kalalu amalkan di tempat kerja atau ketika bersama kawan kawan , mereka pun suka mendengarnya dan akan baik dengan kita. InshaAllah.

 

You May Also Like

4 comments

  1. Setuju sangat! Anak copy paste kita jugak. Tak rugi atau hilang maruah dengan ayat maafkan saya dan terima kasih

    BalasPadam
  2. Inspirasi. Ijin share article nya

    BalasPadam
  3. Yup, samapi sekrg anak selalu cakap mintak tolong sebab kita pun biasakan perkataan tolong tu

    BalasPadam
  4. Betul we have to treat the children with respect kalau buat salah minta maaf je la, then they will follow kita punya style.

    BalasPadam