Siapa pengusaha produk kosmetik yang cium mulut kanak kanak lalu post di Tik Tok ?

by - Februari 17, 2021

Tertonton video ni di Twitter. Tergamam aku tengok. Aku cam ? What ??? Aku baca di komen situ katanya dah biasa buat di kalangan keluarga dia ! Tapi budak tu bukan adik dia pun. Anak angkat keluarganya. Adoi laa.. 

Geram pulak aku tengok. Aku ada 3 orang anak pun takda la nak ajar buat gitu. Geram geram pun , masa dorang tidur tu aku cium pipi atau dahi. Rasa sayang pada mereka. Sayu.. sedih.. macam macam perasaan ada bila tengok mereka tidur ! 

Tapi cium mulut ? Huhhhh.. Ni bukan Amerika ! Kena lak kau dok berpakaian gitu siap bertasbih. Apa jadah contoh kau nak tunjukkan tu ? Pelbagai komen dilemparkan. Tak bersetuju dengan perbuatan tu. Ada netizen.. netizen gak !! Buat report polis katanya. Hari ni , polis dah buat tangkapan ! Terbaik !!

Video dia di Tik Tok pon banyak memaparkan adegan.. Hurm.. Bengong la. Dan khabarnya Tik Tok dah padamkan video video tu.  Info dari pembacaan aku melalui komen komen di Twitter. Dan ada juga gambar dia sebagai founder produk.  Huhuh.. 

Produk apa ?  Antaranya adalah produk untuk lelaki la.. 





Dan kita sebagai ibu bapa di zaman ni , kena waspada ! Waspada pada semua orang tak kira dekat atau jauh.. lindungi anak anak kita yang kecil itu. Mereka tak tau apa apa. Sehinggalah mereka dah bijak berfikir mana baik dan buruk.. barulah boleh lepaskan mata kita tu. Selagi tu, jangan sesekali lepaskan !

Kat bawah ni ada beberapa tips untuk kita kenali mengenai Sexual Grooming ! Ini penting yer.. Atau bahasa dulu , diorang sebut ' Bela Baik Baik.. ".  Gitulah.. 

Ditulis oleh : Dr. Rozanizam Zakaria.

Sexual Grooming atau antunan seksual bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan sesorang (mangsa) contohnya kanak-kanak dengan bagi membina hubungan emosi dengan TUJUAN mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.

Is mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa. 

Ada 6 peringkat sexual grooming 
  1. Mendapatkan sasaran (cari mangsa yang fragile) 
  2. Dapatkan kepercayaan (tunjuk reputasi pemangsa) 
  3. Mengisi keperluan mangsa (beri apa yang mangsa tak ada)
  4. Mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan)
  5. Perilaku seksual 
  6. Kekalkan penguasaan keatas mangsa (ugutan, suapan). 

Ia adalah proses, tak berlaku dalam sehari dua. Sexual grooming adalah kesalahan di bawah Akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Tangungjawab ibubapa 

  1. Pencegahan adalah kunci utama 
  2. Bina hubungan emosi dengan anak-anak supaya anak-anak tidak mencari orang lain. 
  3. Ajar anak berkongsi masalah dengan ibubapa, bina kepercayaan 
  4. Berkomunikasi dengan anak-anak secara telus
  5. Monitor penggunaan media 
  6. Tegas dengan peraturan berkait dengan hubungan sosial luar keluarga 
  7. Lapor kepada polis jika berlaku. #psikologisikecil


Jaga jagalah anak kita. Pemangsa di luar sana , sedang memerhati ! 



You May Also Like

1 comments