Bila serangga masuk ke telinga isteri aku , nak kena buat apa ?

by - Februari 19, 2021



" Bang, bang.. cepat.. ada serangga masuk dalam telinga ni.. " jerit wife aku dari dapur. 

Serangga ni pun ! Time ni gak la nak masuk. Dok sedap layan drama Korea ni kot ! Cuba la masuk time gaduh ngan aku kee.. baru la best ! Nak tengok dia nak tegur aku ke tak ! Haaa.. Mesti turun ke tanah punya ego dia ketika tu.. kan kan ? Orang perempuan ni, time bergaduh, memang kita jadi tunggul kat rumah ha. Tiba tiba diorang macam ada super power. Semua benda boleh buat sendiri. Bila dah ok, nak angkat minyak masak pun tak larat.. tetiba ! Hahahaha.. 

Ok , sambung. Aku pun bergegas la ke dapur. Cuak gak la. Aku ni , bab panca indera jangan dibuat main. Benda sensitif. Mata , telinga , hidung , mulut.. haaa ! Jangan main main ha.. Kan ? Setuju ? Angguk skit. Macam borak ngan kayu je aku ni. Hahaha.. 

Nah.. tau apa aku buat ? Aku tanya la dulu. Serangga apa yang masuk ? Lipas ? Lalat ? Tenuk ? Dia pun tak tau.. Dok sedap memotong tiba tiba dengar ada benda terbang masuk. Aku pun pelik la ngan natang tu. Telinga bini aku lak jadi sasaran nak landing. 

Nak buat camana eh ? Aku berfikir sejenak ala ala Profesor Serba Tau. Haa.. ada idea ! Kita lemaskan dia. Aku ajak wife masuk bilik air. Jangan fikir bukan bukan yer.  Nak curah air masuk telinga ke ? Aku tengok dia masukkan air ke lubang telinga belah kanan. Aku pelik la.. 

" Dia masuk lubang mana ? Kiri ke kanan ? " tanya aku.

" Kiri.. " jawab dia sambil masukkan air lagi.

" Dah tu kenapa masukkan air kat lubang kanan ? " tanya aku sekali lagi. 

Dia pun cakap la.. kalau masuk air belah kanan , air akan menolak keluar serangga tu di lubang kiri ! Hurm... Betul ke ?? Aku mengimbas rajah telinga di dalam kepala aku. Tetiba dah macam Doktor Kim lak aku.. ala , doktor dalam drama Korea tu la. Korang apa tau.. Layan drama petang petang jer.. Lain level.. Hahaha.. Sentap la tu.. Hahaa.. gurauuu ! 


Tak mungkin betul cara dia.  " Sejak bila lubang telinga kita bercantum ? " tanya aku. Dia pandang aku semacam. Haish.. sungguh dia punya kelayakan akademik jauh tinggi dari aku  tapi dalam sesetangah bab , aku lagi bijak dari dia ! Hahahaha.. Realiti !! 

Aku suruh dia dekat dengan bekas simpanan air dalam bilik air tu. Aku suruh dia tahan nafas. Pastu masukkan kepala dia dalam tu ! Haaa, kasi rendam satu kepala terus ! Baru lemas serangga tu dah akan keluar dari lubang tu ! Baru padan muka dia.. 

Aku terbayang aksi aksi kelemasan serangga tu sambil ketawa ! Isteri aku pandang aku semacam. 

" Bang , hibah saya tak banyak pun. Tak berbaloi nak lemaskan saya. " kata dia. Dah pulak ??? Dah tu camana ??? Aku tanya lagi ada ke tak serangga dalam tu ? Aku amik gayung dan ceduk air. Suruh wife telengkan kepala dan masukkan sedikit air.. Kemudian keluarkan air tu semula.. 

" Ha.. macam takda dah je ni.. " kata dia sambil menarik nafas lega. 

Aku pandang dia.. " Betul takda ni ? " tanya aku. Dia angguk. Terus ke dapur dan sambung kerja. Sejak hari tu, aku senantiasa memandang dia.. lain macam sikit perangai dia selepas serangga tu masuk. Aku risau yang masuk tu bukan serangga tapi alien yang dah merasuk dia. Tingkah laku dia pun dah lain sejak dua menjak ni. Contoh ? Contohnya dia berpuasa direct seminggu dah ni. Biasanya mesti sehari dua. Seminggu direct ni , ajaib ! Huhh.. 


Ok.. Untuk makluman korang , terdapat beberapa cara yang boleh membantu mengatasi masalah serangga masuk ke dalam telinga ni... Mula-mula ;
  1. Jangan panik dan tetaplah berusaha untuk tenang
  2. Jangan menggunakan jari atau cotton bud untuk kedalam telinga.Kaedah ini hanya akan membuat serangga masuk lebih jauh lagi ke arah dalam telinga.
  3. Segera miringkan telinga ke arah yang berlawanan dan titiskan sedikit baby oil sehingga serangga dapat jatuh dengan sendirinya.
  4. Gunakan minyak zaitun yang sudah dihangatkan terlebih dahulu sebelum meneteskannya ke dalam telinga. Ini akan membuat serangga mati dan mudah untuk dikeluarkan.
  5. Jangan menggunakan air untuk memaksa serangga, cara ini akan membuat serangga panik dan menimbulkan luka di telinga anda.
Sekiranya anda tidak berjaya mengeluarkan serangga dari telinga anda, sebaiknya jangan dipaksakan. Jika anda mengalami simptom seperti merasakan sakit di dalam telinga, telinga meradang bahkan membengkak, atau bahkan mengalami kesulitan dari degi pendengaran, segeralah periksakan telinga anda ke doktor terdekat agar mendapatkan penanganan yang tepat.

Ada paham ? Ilmu asas ni kena tau juga kita. Jangan main buat jer. Aku risau kalau ada yang panik dan tak tau nak buat apa apa .. dia sambung tengok citer Korea jer. Esok je la gi klinik ! Hahahahaha..
 

You May Also Like

9 comments

  1. Time tu laa ek nak cakap Hibah kakakakakah...
    Lawak tau.. jap, masa tu anak ko semua buat apa? ..

    BalasPadam
  2. Ramadhan dah semakin dekat tu yang puasa full seminggu. Tapi bila ada benda asing masuk teling memang tak boleh buat main-main. Takut rosak gegendang telinga.

    BalasPadam
  3. Wah good solution dan ilmu bermanfaat.

    BalasPadam
  4. Baru tahu ni. Selalu guna air je

    BalasPadam
  5. tq sharing..teringat masa anak masuk sengkenit dlm telinga dulu. cian die sampai nangis2..last2 pukul 2 pagi bawa g klinik jugak

    BalasPadam
  6. Jadi kat Ai last month. Terus pergi hospital sebab cuak. Rupanya semut je. Last-last doktor cakap lain kali titiskan minyak je. Nanti serangga tu mati.

    BalasPadam
  7. Kalau binatang masuk dlm telinga memg cuakla.. Takut masuk dlm badan. Hahaha

    BalasPadam