Dapatkan badan impian dengan berpuasa !

by - Isnin, Februari 22, 2021

Aku kena tukar gaya hidup ! Sebelum ni, boleh dikatakan setiap hari aku gi gym untuk membakar lemak lemak di badan ! Hahaha.. Nak bakar lemak ni, kena faham cara sebenarnya.  Kalau sekadar bersenam jer tapi gaya hidup tak tukar.. memang tak jadi apa apa la nak oiii ! 

Apa gaya hidup yang aku maksudkan tu ??

Pertama sekali , pemakanan ! Kau nak makan apa sekali pun , makanlah ! Tapi perlu ambil dalam kuantiti yang memadai. Sebelum nak makan tu, korang kena tau berapa kandungan kalorinya ! Nah.. ini penting , sebab kau kena guna semula kalori yang diambil tu.. pada hari itu ! 

Aku tak nak kata, jangan makan nasi.. jangan amik gula.. jangan makan makanan berlemak dan berminyak ! Dan sebagainya. Korang kena rajin membaca apakah makanan makanan yang sesuai diambil kalau nak turunkan berat badan dan juga boleh membantu meningkat metabolisma. Bagi yang dah berumur lebih 30 tahun , metabolisma perlu ditingkatkan jika nak membakar lemak di dalam badan. Ni secara umum punya cerita la. Kalau korang rajin search . lagi bagus ! Lagi banyak info korang tau. 

Aku , tukar plan.. Isnin sampai Jumaat , aku nak cuba berpuasa. Petangnya nak cuba bakar kalori dengan brisk walk naik turun bukit. Buat sekurang-kurangnya sejam. Memang aku nampak kesannya. Banyak kalori digunakan sebab malam harinya, penat dia lain macam. Kalau aku tak cukup cover dengan makanan tambahan , memang malam tu.. aku tak dapat tidur !

Kedua , rehat secukupnya. Ini ramai gagal ketika PKP ni. Tidur lewat.. layan movie atau game bagai. Tak pun dok bersosial media gitu.  Tidur awal tu penting. Bila tidur awal , kita akan elakkan makan di malam hari. Dan ketika kita rehat tu juga pembakaran lemak boleh berlaku. Cukupkan 6-8 jam waktu tidur. Malam yer. Kalau siang tu , tak kira dah. 



Ketiga , bersenam. Kalau takda sasaran untuk masuk pertandingan , maka tak perlulah gi hari hari ke gym. Selang selikan je dengan bersenam di luar rumah. Buat kardio seperti berjogging , berbasikal dan sebagainya. Berenang lagi bagus. Banyak bakar kalori. Gi gym untuk dapatkan otot otot yang mantap gitu ! 

Kat bawah ni, cara Fat Burning Workout yang boleh korang gunakan. 




Pelan perubahan aku ni , bukanlah sebab Ramadan dah hampiri. Tapi aku ada terbaca la mengenai berpuasa lebih baik dari lakukan diet diet tertentu. Lagi mudah berpuasa cuma ketika berbuka tu, kena jaga la apa yang nak dimakan tu.  Aku dah cuba seminggu ari tu. Ternyata impak pada badan tu ada sangat. 

Belajar kira kalori pemakanan. Kena tau berapa kalori digunakan ketika bersenam. Dari situ akan nampak impaknya. Aku tak suka timbang berat badan. Aku lebih suka nampak pada  bentuk badan. Cari sehelai baju yang korang dah tak berapa muat nak pakai ( elakkan baju anak kita ) . Kemudian cuba pakai. Ketat ? Cuba beri 1 minggu untuk pakai baju tu.. Nah, inilah cabaran yang best untuk kita. 

You May Also Like

2 comments

  1. memang terbukti bila puasa dapat jadi kurus. itu yang saya tengah buat sekarang - nak diet dan kurus dan diet tu dengan cara berpuasa

    BalasPadam