Mati selepas makan ubat kurus ?

by - Februari 27, 2021

Aku terbaca satu status di Facebook. Menurutnya , ada pekerjanya baru meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang. Menurutnya lagi, pekerja dia tu ada amik ubat kurus untuk menurunkan berat badannya. Memang kurus tapi memberi kesan pada buah pinggangnya. 

Hurm... 

Aku bukanlah pakar dalam bab ni cuma nasihat aku ialah kalau nak turunkan berat badan tu, bukan susah pun. Kawal je pemakanan dan rajinkan diri tu bersenam. Kalau ada ubat kurus tu pun , sebenarnya kena tau bagaimana dia berfungsi membantu menghilangkan lemak dalam badan tu ! Kena tanya bahan bahan yang digunakan. Dan paling penting , kena tahu tahap kesihatan diri kita tu. Kalau ada penyakit seperti darah tinggi.. jangan sesekali la cuba yer ! Sebaiknya , tanya doktor peribadi korang tu. 

Dan kalau takda penyakit pun, bila berjaya kurus.. percayalah , bila korang gagal kawal disiplin pemakanan.. badan korang akan naik berkali ganda dari sebelumnya ! 

Boroi ? Punca dari kegagalan mengawal pemakanan jer. 

Masalah buah pinggang

 Korang ada tanda tanda begini ? 

  • Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
  • Darah keluar bersama-sama air kencing.
  • Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
  • Sakit belakang.
  • Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
  • Bengkak pada pergelangan kaki.
  • Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Kalau ada semua tanda di atas ,  biasanya  orang tu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Ianya bukan biasa biasa yer ! Kena gi buat pemeriksaan doktor terus. Ini untuk elakkan buah pinggang menjadi rosak teruk seterusnya bergantung pada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Sebenarnya , semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang. 

5 Makanan Harian Ini Boleh Merosakkan Buah Pinggang  Sekiranya Diambil Berlebihan !

Ini menarik minat aku. Tak pernah tahu pun yang makanan yang kita rasakan bagus , rupa rupanya juga bahaya pada tubuh badan kita  ! Bukan tak boleh cuma kena sederhana dalam pengambilan makan yang dikatakan tu. 

Apakah 5 makanan harian tu ? Pertama sekali pisang diikuti oleh produk tenusu , daging atau protein haiwan dan buah oren.  Terkejut ? Heheheh.. Aku pun terkejut sebenarnya. Tapi betullah pun kata pakar.. apa jua pengambilan pemakanan kita ni , perlulah seimbang. Jangan berlebihan. Maklumlah , ada organ kena berkerja keras nanti nak proses ! Kalau nak tau kenapa 5 makanan tu dikatakan mampu merosakkan buah pinggang , korang boleh baca rujukan entri aku ni di bawah sekali, nanti.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
  1. Pemakanan seimbang.
  2. Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  3. Berhenti merokok.
  4. Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  5. Kekalkan berat badan seimbang.
  6. Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
Maka fikirlah yer.. Korang nak turunkan berat badan tapi badan tak sihat ? Hurm.. Yang penting ialah kesihatan. Biarlah sihat dan pada masa sama , jaga makan. Barulah badan tu lebih kelihatan fit dan muda. Ni ada yang kurus tapi muka dah cam berumur sangat ! Kenapa ? Haa.. dia tak jaga pemakanan dia. Takda makanan seimbang dan sihat diambil. Dia cuma tahu nak kurus jer.. tapi bab pengambilan makanan sihat lagi seimbang.. ke laut dalam ! 





You May Also Like

1 comments

  1. I have read your writings and I have read articles on this topic in several articles from other sources. I got a lot of information from your writing, is there any other suggestions you can convey regarding the theme of your writing? so that I can get more and more complete information.

    I certainly thank you for writing this article well, hopefully it will become a reference in journals or other scientific writings and can help many people. thanks.

    Best Regards Syafakila

    BalasPadam