Amalkan gaya hidup yang sihat. Elakkan anak anda dari alami obesiti !

by - Februari 02, 2021

Kes kematian disebabkan Covid 19 , setiap hari tinggi. Dan bila aku baca latar belakang dan usia si mati , di kalangan muda semakin ramai ! Sebelum ni , yang dirisaukan adalah golongan tua tapi rupanya yang muda muda pun dah jadi mangsa ! 

Punca ? Yang paling ketara aku nampak ialah OBESITI ! Selain tu , darah tinggi , kencing manis dan jantung. 







Punca kepada obesiti ada beberapa seperti keturunan dan gaya hidup. Yang aku nak tekankan kat sini ialah gaya hidup ! Pemakanan dan kemalasan untuk bersenam. Suka benar menangguhkan part bersenam tu ! Esok la.. esok la.. Hari ni , enjoy makan dulu ! Bila makan , tu diaaaa ! Makanan dia.. penuh dengan 'racun' ! 

Perhatikan semula pemakanan kita bermula dari sarapan pagi ! Apa yang dihidangkan atas meja makan buat anak anak kita ? Untuk kita.. lantak laa ! Tapi untuk anak anak tu penting. Kenapa penting ? Sebab mereka tu amanah dari Allah ! Jangan sampai bila mereka dah pandai berfikir dan berkata kata... mereka akan kata.. 

" Kenapa ibu dan ayah kasi kami makan makanan ni walaupun dah tau ianya bahaya dan tak bagus untuk kami ? "

Nak jawab gini ke ? 

" Kami suka tengok korang makan. Rasa sungguh puashati la tengok korang makan dengan penuh selera ! "

Yang dikasinya , penuh dengan manis.. lemak.. minyak.. masin ! Itu makanan yang dihidangkan untuk anak anak kita ??  Bila tengok anak membesar dengan 'sihat' .. kita suka ! Comelnyaaa.. Suka tengok dia tembam.. gendut gendut gitu ! Apakah mereka tak da rasa segan dan malu bila bersama sama dengan rakan sebaya mereka ? Diperli.. dipermainkan ? Pastu dapat nama jolokan... dibawa hingga ke besar ! 

Tolonglah... kesiankan anak anak kita tu ! Kita kena didik diri kita sendiri. Bila makan , makan makanan yang sihat.. kuantiti yang betul. Jangan berpegang pada prinsip ' Nanti besar , diet la ! ' atau nanti petang ' kita bersenamlah' ! 



Diet pemakanan perlu seimbang. Kemudian , bersenam. Ajak anak anak tu bersenam bersama. Tak kira la nak ada set bersenam di rumah , atau di luar rumah. Kalau dengan keadaan sekarang ni..jika berkemampuan , beli set senaman atau buat je senaman dengan menggunakan berat badan sendiri. Ada banyak cara ditunjukkan di internet ni. Paling malas pun , lari setempat dan lompat bintang jer.. Sehari 30 minit , ok dah ! 

Tak kesian ke tengok anak anak kita tu ? Diorang tak reti nak luah je.. 


 

Makan memang menyeronokkan.. Tapi semua tu sekadar nafsu jer ! Badan kita ni , hanya perlukan kalori untuk bergerak. Bukan makanan yang sedap sedap. Sesekali makan yang sedap , ok la.. Hadiah untuk diri sendiri. Tapi hari hari mau makan yang sedap.. hurm.. sendiri mau pikirlah ! 

Harga sebuah kesihatan , sangat tinggi nilainya ! Hargai sebelum kehilangannya.. 

You May Also Like

7 comments

  1. Alhamdulilah... aku sedang cut sugar ni Ben.. berat pun dah turun 5kg sejak awal tahun tak minum manis dan juga makan manisan huhuhu.. takpe laa janji kesihatan di utamakn, makan tu bila-bila je laaa :(

    BalasPadam
  2. Memnag elakkan dari obeisiti.. Seram..

    BalasPadam
  3. Huhu, selalu terbabas bab makan ni asyik ikut sedap mulut je

    BalasPadam
  4. aduh risau pula.. saya pun dalam golongan obesiti

    BalasPadam
  5. Seram tengok budak2 obesiti..

    BalasPadam
  6. BETUL TU ..MAKAN NI MMG SEDAP. UN MASAK KECIK HUHUU MMG CHUBBY.. lama2 benda tu masuk dlm unconcius mind, kata badan tak boleh kurus.. effect pada emosi juga

    BalasPadam
  7. Betul, parents need to show good examples and lead a healthy lifestyle for the children to follow.

    BalasPadam