Kesan jika ibu mengandung tidak mengambil asid folik ?

by - Jumaat, Februari 26, 2021





" Pulak tu bila terbayang yang baby nanti akan membesar dengan risiko kecacatan sampaikan mungkin nak berjalan pun kena pakai alat bantuan. Nak control kencing dan berak pun susah dan jadi problem besar.

Sebab tu mana yang plan nak hamil atau baru je disahkan hamil, tolonglah amalkan supplemen folic acid ye. Kadang tu ada je kami jumpa mak mak yang yang culas bila dinasihatkan untuk ambil supplemen ni. Katanya cukup dah makan sayur-sayuran.
 
Tapi yang sebetulnya, ambil supplemen folic acid ni jauh lebih berkesan untuk kita kurangkan risiko bayi cacat sebab vitamin folate dalam sayuran tu senang sangat termusnah bila dah dimasak. Bila makan pun tak dapat vitamin yang cukup.

Tolong share info ni dengan kawan-kawan yang lain ye. Sebolehnya kita nak elakkan anak kita yang lahir tu nanti dapat penyakit tulang belakang yang tak sempat tertutup masa dalam kandungan macam ni." 


Gitulah perkongsian dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari menerusi laman Twitternya. Sememangnya doktor ini banyak berkongsi mengenai bidang perubatan di Twitter mahupun Telegram.  Kenapa aku kongsikan Tweetnya ni ? Aku teringat saat wife melahirkan Aariz satu tika dulu. Aku ada disisinya ketika tu. Dia dimarahi doktor ! Terkejut gak aku ketika tu. Dia tanya ada tak makan ubat yang hospital bekalkan ? Ada beberapa jenis ubat termasuk asid folik. Wife makan tak ikut jadual ! Berlaku sedikit tumpah darah ketika tu. Memang aku tengok sendiri la masa tu. Tergamam jugak la ! 

Sebab tu , jangan memandai mandai la yer. Bila melibatkan nyawa ni , jangan la dok dengar cakap kawan kawan bagai. Ni aku baca komen , ada yang tanya.. kalau amik asid folik tu ,boleh buat badan gemuk.. ada tak ubat lain untuk ganti ? Hadoi laaa ! Dah doktor suruh amik , amik je la.. 

Nasib baik takda jadi apa apa pada wife. Dah la dia tu ada masalah dengan darah rendah. Makan ubat doktor kasi pun , tak ikut aturan. Rezeki doktor pakar yang uruskan dia masa tu. Alhamdulillah.. 

Meh aku kongsi sedikit info bagi mereka yang tak tau tu yer.. Moga selepas ni , boleh la fikirkan balik mengenai masa depan anda.. 

Apakah Itu Asid Folik?

Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia. Sel-sel pada tubuh badan kita berganti pada setiap hari seperti kuku, rambut dan kulit memerlukan vitamin ini untuk meneruskan proses tersebut.

Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semula jadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.

Mengapakah Anda Perlukan Asid Folik ?

Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.

Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala). Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.

Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :
  • Autism : Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi
  • Bibir dan lelangit rekah (cleft palate)
  • Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .
  • Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
  • Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
  • Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi
  • Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.

Apakah Simptom Kekurangan Asid Folik Dalam Badan ?
  • Gejala - gejala kekurangan asid folik pada wanita, atau orang dewasa adalah :
  • Cirit-birit
  • Pertumbuhan uban
  • Ulser mulut
  • Ulser perut
  • Perkembangan tumbesaran terencat
  • Lidah bengkak (glossitis)
  • Keletihan
  • Ulser di sekeliling mulut
  • Lemah daya ingatan dan daya kognitif
  • Mudah marah
  • Hilang selera makan
  • Kurang berat badan
Sumber : DoctorOnCall




You May Also Like

4 comments

  1. Asid folik memang bagus...yang plan nak preggy pun dah blh consume

    BalasPadam
  2. Folic acid mmg penting masa awal preggy... Tlg jgn skip...

    BalasPadam
  3. Saya setiap kali makan, muntah ������

    BalasPadam