Cara ikat kain pelikat dan batik yang betul.

by - Februari 13, 2021

Jujur aku katakan... aku tak gemar pakai kain pelikat masa tidur atau ketika di rumah. Atau memang tak suka la. Bukan sebab apa.. aku ada kenangan lampau dengan kain pelikat ni ! Hahaha.. nak tau ? Aku rasa ramai je pernah lalui insiden ni.. Bangun tidur ,  kain hilang ! Hahahaha.. 

Sejak dah beranak pinak ni, aku gemar pakai. Barulah aku tau kenapa best pakai kain pelikat ni. Hehehe.. Sejuk dan menyegarkan ! Hahaha.. kan kan ? Dan sebenarnya ada sejarah mengenai kain pelikat ni yang turut dikenali sebagai kain sarung  atau sarung pelikat ! Haaa.. Begitu juga dengan kain batik. Nak pakai , ada caranya tersendiri. Jika tidak.. buruk je rupa. Dan kain batik lak , nak pakai kena tau mesej yang nak disampaikan.

Kalau korang rajin search mengenai sejarah kain pelikat ni, korang akan jumpa la ceritanya yang menarik. Tapi yang menarik hati aku ialah.. cara nak pakai supaya nampak kemas dan padat ! Aku pakai kain pelikat.. gulp ! Tunggu masa nak terburai jer ! Hahahaha.. 





Fuh... pasni aku boleh praktikan cara pakai kain pelikat yang betul. Yang kain batik tu , er.. aku rasa pening nak buat weh ! Hahaha.. Dan aku tak rasa dah anak dara zaman ni minat nak pakai kain batik di rumah... gitu gak akak akak.. yang berumur 40 tahun ke bawah. Dah atas 50 , baru pakai kot ? Huhuh..  Dan tak mungkin nak pakai keluar rumah.. macam orang dulu dulu.. 

Apa pun.. ini satu infomasi yang bagus untuk diketahui kita. 

You May Also Like

2 comments

  1. info budaya. tapi sekarang semua dok pakai palazo pelikat & palazo batik. haha senang

    BalasPadam
  2. Samalah kita, pakai wkatu tertentu je..hahahaa...tengok diapakai senang je..

    BalasPadam