Cipta 'Magic Moments' bersama anak anak !

by - Februari 14, 2021

Allah beri kita peluang sebenarnya , jika kita fikirkan betul betul. Sebelum kehadiran Covid 19 ni, kita dok asyik dengan mencari 'rezeki'.. tanpa kira masa ! Siang malam bekerja atas alasan untuk membesarkan anak supaya mereka menjadi anak anak yang hebat. Dan peluang tu hadir , kita dapat membesar bersama sama anak. Menghabiskan sisa sisa masa bersama mereka. 

Kalau tak sibuk dengan kerja, kita sibuk dengan aktiviti harian kita. Anak anak ? Mereka kan ada rumah pengasuh.. tadika.. petang atau malam baru bersua muka. Duduk sekejap , dah tiba untuk tidur ! Tau tau, anak anak dah besar. Dah petah berkata kata. Eh , kejapnya mereka membesar..

Cuba kita duduk kembali bersama mereka.. Apakah yang sering mereka ceritakan pada kita.. memori atau kenangan yang mampu buat mereka senyum dan ketawa ? Sehari berapa kali mereka tersenyum pada kita ? Berapa kali mereka bercerita pada kita mengenai apa yang mereka telah berjaya buat. Apa respon kita ? 

Aku sendiri yang jaga anak anak dari kecil ni pun terasa cam.. hurm... Dalam kepala asyik dok pikir masa depan mereka ! Pelajaran mereka. Camana nak tambah pendapatan. Segalanya untuk mereka tapi dalam tu, aku terlupa beberapa kali part ' Magic Moments' tu. Bukanlah takda.. ada jer ! Tapi yang mana mereka kerap kembali ceritakan pada kita.. dan bayangkanlah , itu yang bakal mereka ceritakan pada anak anak mereka nanti... dan bakal ulang lakukan bersama anak mereka pula ! 

Sesi bergambar. 

Jogging.. sering dia ulang cerita betapa seronoknya dapat jogging dengan ayahnya.

Tak perlu taman tema. Memadai je dapat bersama sama adik beradiknya.

Berbasikal setiap petang. Dan ada kalanya mereka tinggalkan basikal dan berjalan bersama sama aku.
" Nak jalan ngan daddy.. " kemudian berlari kegembiraan.


Setiap kali lalu sini, Qhaliff akan ulangi apa yang aku tunjuk pada dia. Mengenali daun semalu. Dia dah tau tapi saja dia ulangi lagi dan lagi.. Setiap kali bila berada di sini. Kenapa? Dia suka dengan apa yang dia lalui. 


Semalam.. kita cuba ingat kembali perjalanan hari kita. Mana lebih banyak ? Memuji mereka ? Memarahi mereka ? Hurm... Bila kali terakhir mereka ketawa bersama kita ? Bila kali terakhir mereka tersenyum pada kita ? Bila kali terakhir mereka berbual dengan kita ? 

Perlu tanya semua itu sebelum kita 'kehilangan' mereka... dan kita duduk termenung mengingati kembali saat indah kita bersama mereka. Yang dalam memori kita, saat mereka di pangkuan kita buat pertama kali.. Selain dari itu ?

Ikuti perkongsian dari Dr. Redza Zainol ni lak..












Kita ubah sementara mampu lakukan perubahan itu ! Bukanlah untuk manjakan mereka tapi supaya mereka menjadi insan insan yang penuh dengan kasih sayang dan menjadi manusia yang terhebat..di kalangan mereka ! 

Takkan nak tunggu Ustaz Ebit Liew datang bagitau kat kita gak baru nak sedar ?
 

You May Also Like

5 comments

  1. Kan Ben.. aku lama dah sejak Covid ni semua anak-anak ada di rumah, makan, bermain, keluar, solat pun kadang dapat berjemaah sama.. dan Suami pun sering balik awal.. tapi bila tiba anak kata terpaksa kena balik Shah Alam nak sambung balik Master dia, yang sorang nak balik Poli nanti sambung balik study tu.. terus rasa macam BLUR kejap.. tu anak dah besar tu, kalau anak kecik? sebab dah biasa semua anak-anak ada... tapi nak buat macam mana.. tang masa depan mereka kita kena redha aje laa..

    Tapi tang ko anak-anak masih kecil, penuhilah masa bersama.. zaman aku besarkan anak jauh beza dengan sekarang, so ibu bapa kena pandailah curi masa luangkan masa dengan anak-anak selagi ada masa.. takut nanti bila covid dah takde, semua dah mula bizi, terus takde masa semua.. kan..

    BalasPadam
  2. Setuju. Moment ni sekali je..dan setiap yang berlaku it pastu da hikmahnya

    BalasPadam
  3. sesuai pada musim PKP ni kan :)

    BalasPadam
  4. Setuju sangat. Kena buat sorang² kat rumah ni..sama rata tapi kadang tu tercipta gak black magic moments. Akan terjadi bila tak siap homework ..haaa pi buat kat luar sampai siap..huhuhu

    BalasPadam
  5. Kan, semua tu ene buat. kang dh besar diaorang buat hal sendiri..Steiap hari buat moments denagn mereka

    BalasPadam