Sudah daftar untuk vaksinkan diri korang ?

by - Rabu, Februari 24, 2021

Alhamdulillah.. semalam , update MySejahtera. Dah ada butang  untuk daftar penerima vaksin Covid 19 selepas tu. Belum tentu bila kena suntik sebab keutamaan buat mereka yang berkepentingan pada negara. Aku ni , sekadar suri rumah jer. Hehehe... Mungkin fasa ke 2 atau ke 3. Tapi aku tetap kena buat gak sebab komitmen kerja.

Aku malas nak cerita bab mereka yang nak menolak vaksin ni. Bukan apa.. aku dari kecil lagi dah disuntik dengan vaksin Syukur pada Allah.. panjang umur aku. Dan pada masa yang sama , aku juga mengamalkan pengambilan makanan sunnah. Saja amik berkat gitu. HabbatusSauda, madu , kurma , minyak zaitun antaranya.

Dan hari ni, dalam sejarah. Perdana Menteri adalah orang pertama di Malaysia yang divaksinkan untuk memutuskan rantaian Covid 19 ni. Samada nak percaya atau tidak , kita takda pilihan. Nak memekak lebih lebih pun tak guna.. kan ?

Kesan sampingan ? Rasanya dari dulu suntikan vaksin ada kesan sampingan seperti demam , lemah otot, gatal di tempat suntik dan sebagainya.  Suntikan imuninasi maksud aku. Aku tau , ada ibubapa yang tak benarkan. Apa nak buat kan ? Mereka lebih arif dan bersedia untuk bertanggungjawab ke atas anak mereka. 




Hurm.. kalau tak nak kena suntik , cuba doa yang baik baik pada mereka yang disuntik. Masing masing disuntik bukanlah sebab takut mati tapi sebab nak putuskan rantaian. Tak nak percaya , terpulanglah. Pegangan masing masing. Cuma sebagai orang yang beadab , fikir baik baik saja. 

Ni aku tengok.. ada yang komen sampai.. haih.. macam tak berilmu dan berotak je ! Kalau dah rasa betul sangat , apa kata gi bantu frontliner tu. Mereka pun dah penat. Aku pun dah penat 2 bulan takda gaji ! 

Semoga Allah lindungi Malaysia. 

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah. Allah izin. Moga ini menjadi solusi terbaik. Kalau mahu terima vaksin silakan. kalau tidak itu hak masing-masing cuma setiap kita kena jaga lisan. Hormati keputusan masing-masing.

    BalasPadam
  2. done register penerima vaksin dekat MySejahtera. .

    BalasPadam