Kenapa kes COVID 19 melebihi 5 ribu sehari sekarang ni ?

by - Februari 01, 2021

 




Kes tinggi lagi hari ni ????? Jom pakat pakat lari masuk gua.  Aku tau.. ramai kecut perut bila tengok kes makin meninggi tapi sektor ekonomi dibuka semula sedikit demi sedikit.. Kan kan ? Aku pun sebahagian dari yang cuak tu sebab aku tinggal di Selangor ! Apa dah jadi ?? 

Ok.. seorang doktor di Twitter memberikan penjelasan dan pendapatnya. Dr. Arvinder Singh HS membuat thread agar mereka yang rajin membaca , memahami situasi yang sebenar sedang berlaku , buat masa ini. 


1. Kenaikan kes dari tahap 3000an ke 5000an mencetuskan kebimbangan di semua peringkat

2. Tetapi kenapa ini berlaku? Untuk memahami situasi, kita kena faham situasi pelaporan COVID19 di Malaysia

3. Apabila sampel seseorang dihantar ke makmal utk membuat ujian COVID19- makmal itu perlu melaporkan insiden itu melalui pautan SIMKA (setiap ujian sama ada positif atau negatif). Jika seorang itu positif, keputusan itu akan diberitahu kepada doktor dan doktor itu akan memaklumkan perkara itu kepada Pej Kesihatan Daerah (PKD) yg berdekatan. PKD kemudianya akan memastikan laporan itu sahih dan tepat dgn definasi kes COVID19 sebelum dilaporkan ke CPRC Kebangsaan (pusat pengawalan data kebangsaan utk COVID )

4. Walaupun carta aliran ini senang difahami- ia lebih rumit daripada yg kita boleh bayangkan- cuba fikir jika ujian yg dibuat adalah dalam kadar ribuan dan doktor yang melaporkan kes kepada PKD dalam ratusan. Ini tidak mengambil kira tugas org PKD yg lain seperti contact tracing dan sbgnya.

5. Walaupun laporan ini telah dibuat/dihantar ke PKD, kerana dgn tugasan yg begitu banyak termasuk sistem manual yg perlu dibuat utk contact tracing (hampir beratus sehari yg perlu dibuat seorang), backlog atau tunggakan kerja melapor kepada CPRC akan berlaku. Dengan adanya banyak kes sehari (terutamanya di negeri besar/padat dgn penduduk seperti Selangor), tunggakan ini akan menjai lebih banyak setiap hari.

6. Oleh kerana begitu, laporan kes sehari tidak mengikut waktu sebenar (real time) kerana kes yang dilaporkan ke CPRC mengikut tunggakkan kerja. Ini berbeza dengan setiap PKD- ada yang mungkin tertunggak beberapa hari&yg lebih sibuk beberapa minggu/bulan. Ini menyebabkan data negara mengikut negeri kita tidak seragam.

7. Oleh itu, selepas tunggakan ini sudah mencapai paras yang sangat tinggi, laporan kini menyatakan dgn adanya pertolongan sementara di PKD, kemasukan data yang lama ini telah ditingkatkan-dan ini dirakam sebagai kes baru harian di CPRC walaupun adalah daripada angka yg lepas. Ini telah mnyebabkan bilangan kes setiap hari dalam 3 hari yang lepas meningkat dgn mendadak

8. Walaupun kita sudah ada penerangan dari KKM semalam melalui media, ini adalah satu petanda  bahawa sistem kami memerlukan bantuan dari segi teknologi dan kecerdasan buatan atau  artificial intelligence untuk membantu laporan ke pihak PKD /contact tracing. Sistem juga memerlukan bantuan dari segi tenaga pekerja yang lebih terutamanya di peringkat PKD dan kesihatan awam. Kerajaan perlu meningkatkan tenaga pekerja ini dgn kadar segera. Kita sudah mengenalpasti masalah yang melanda sistem ini dan kita sekarang kena alihkan focus kita untuk menangani masalah ini supaya tidak berlaku pada masa kelak.

9. Rakyat kena faham bahawa salah satu sebab utama kes meningkat adalah kerana tunggakan kes ini.Namun, rakyat masih perlu patuh kepada SOP & kaedah pencegahan seperti masker, cuci tangan dan jejak fizikal kerana ini yang akan membantu negara kita memberhentikan penularan dan mengelakkan dari peningkatan kes yang mendadak.

10. Kepatuhan SOP penting dan saya menyeru rakyat Malaysia untuk teruskan patuh kepada kaedah pencegahan. Kami belum menang dan kami perlukan sokongan semua pihak utk berhentikan penularan ini- ini termasuk untuk mengambil pilihan utk divaksinasi apabila vaksin sudah ada kelak nanti.



Begitulah bebenangnya. Ada paham ? Rileks rileks.. Tenang tenang.. Teruskan ikut SOP dan amalkan penjarakan sosial. Untuk berapa lama ? Entah la.. Sebaiknya kita ikut je la buat masa ni. Bukan apa.. kang risau , kerajaan buat lak swab test cara terbaru cam di China tu. Nayaa weh.. nayaa ! 



You May Also Like

0 comments