Berkesankan PdPR untuk anak anak kita ? Guru-guru tertekan ?

by - Februari 05, 2021

Sapa sangka , kan ? Memang benar kita sekarang dah berubah cara hidup ! Wawasan 2020 dah jadi kenyataan. Tiada kereta terbang ? Itu cuma imaginasi kita.. Fantasi kita tapi kita dah mula bekerja dari rumah , kan ? Kita dah mula belajar dari rumah , kan ? Haaa.. Banyak lagi norma baru yang kita amalkan dan tinggalkan yang lama ! Kita sedang menuju ke alaf baru ! Sedar ?

Bab pendidikan.. Belajar dari rumah. Bukan mudah. Serius , bukan mudah ! Tapi ada banyak kebaikannya. Antaranya ? Tiada kesesakkan lalu lintas di pagi hari , kan ? Bumi selamat. Tiada makanan tidak berkhasiat untuk anak anak kita lagi.. kan ? Jimat ! Mak ayah , kena dah join sama belajar.. tiap kali ada kelas online ! Kalau mak ayah bekerja ? Hehehe.. Carilah solusi.. Aku boleh ? Tak perlu nak fahamkan aku.. Kita sama sama kena cari jalan penyelesaian. Jalan keluar sebab inilah yang realiti sedang kita hadapi. Bukan mimpi ! Kena tukar dah. Tak sama cam dulu. ! Ampang Park pun dah tak da ! Penjara Pudu pun dah takda ! Zaman berubah ! Takkan kita masih nak di tahap yang sama ?

Stress ? Yer.. aku pun ! Kementerian Pendidikan kena kemaskini semula. Anak anak kita tak dapat nak  belajar di sekolah , untuk jangka masa yang lama. Tak tau untuk berapa lama. Aku percaya , vaksin masih belum mampu buatkan kita semua kembali ke kehidupan yang sama. Mungkin KPM boleh buat , seminggu sekali ke sekolah... Jadual khas seperti hari Isnin untuk Tahun 1 saja ? Selasa , Tahun 2... begitulah sehingga abang Jamel mampus sampai hari Jumaat. Macam bekerja dari rumah gak la.. kan ? 

Pembelajaran Online

Kelas Tambahan

Memantau

Peralatan

Cikgu-cikgu camana lak ? Mereka pun ada anak anak ? Mereka boleh je bawa anak anak ke sekolah. Kan ada kelas banyak. Mereka boleh je online dari kelas tu.. bersama anak anak cikgu yang lain ! Bukan hari hari pun kan ? Buat giliran gitu.. Cadangan je.. 

Cuma kita kena cari penyelesaian untuk kawasan pendalaman. Internet dan peralatan. Yang ni wakil rakyat kena mainkan peranan ! SPRM kena pantau. Faham faham je la kan ? Yang penting.. buat masa ni , silibus tu kena turunkan skit. Kena fokuskan kemahiran MEMBACA , MENULIS dan MENGIRA. Subjek AGAMA dan MORAL perlu ada juga. 


Kelas Percuma Matematik yang dibuat oleh Cikgu Hakim. Tahniah !


Macam sekarang ni.. aku tengok anak aku tu.. baru Tahun 3 dan belajar serupa Tahun 5 punya tajuk.. Matematik ! Cikgu yang ajar pun , bagi satu dua contoh .. dah masuk ke latihan dan  kemudian tajuk baru ! Uihh... jangan kata murid , ibu bapa yang tengok pun terkedu ! Boleh krem otak woii ! Biar lambat tapi mereka dapat dan faham ! 

Pendapat aku je la.. Guru guru tertekan untuk sediakan bahan dan pada masa sama , nak urus anak anak mereka juga. Mereka juga ada anak.  Yang ibu bapa pula , stress memikirkan peralatan pembelajaran untuk anak anak.. Dan anak anak , tertekan dengan lambakan latihan ! Hari hari tegang urat suruh anak anak siapkan latihan ! 

Aku rasa boleh dah lupuskan jawatan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang tak berfungsi. Duit tu, boleh salurkan untuk ke arah pendidikan negara.. di alaf baru ini ! 

Ini cumalah pandangan aku dan cadangan aku. Kekurangan memanglah ada tapi pihak terbabit boleh baiki. Kita dah kena ubah cara hidup kita.. ke arah lebih baik ! Contoh ketara kita boleh lihat ialah.. tak perlu lepak kedai mamak dah sekarang ! Tapau dan balik rumah jer.. Mungkin boleh la nak lepak tapi ada had ? 15 minit mungkin ? Kebersihan lebih terjamin kan ? 

Sekarang .. masa untuk SURVIVAL ! Teruskan kehidupan... 




You May Also Like

9 comments

  1. Pembelajaran sangat mencabar tapi ibu happy sebab dapat bantu anak². Banyak kenangan tercipta dengan anak² sepanjang pdpr. Biar letih tp ada kemanisan

    BalasPadam
  2. Betoi..tiap hari jd mak ko ijo suh si kembaq ni fokus belajaq online & siapkan kerja. Kdg tgk kelas Google Meet jd kesian gak kat cikgu penat dok seru nama anak murid tp tak berjawab pun ada. Log in pastu tatau pi mana huhu.

    BalasPadam
  3. Betul mencabar bila pdpr sekarang. Apatah lagi bila ada anak-anak bersekolah yang nak guna dua tiga gadget dalam satu masa

    BalasPadam
  4. Ya setuju Sekarang .. masa untuk SURVIVAL ! Teruskan kehidupan...
    Yang mampu bertahan dan terus berjuang jer akan kekal terus ke depan. Sama macam covid19, yang sihat jer kuat imun badan akan terus bertahan. Nina buat jer semampunya.

    BalasPadam
  5. dah tiba masanya KPM menggubal dasar pendidikan atas talian dah. Tak kan nak tunggu 3 tahun lagi baru nak gubal dengan harapan akhir tahun ni covid19 dah lupus.. kan? Sekarang dalam norma baru ni, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing,termasuklah wakil rakyat dan YB2 sekalian. YB, tolong sediakan kemudahan untuk belajar online ni di kawasan masing-masing terutama di kawasan pedalaman. kesianlah kat anak-anak kampung YB tercicir dalam pembelajaran, tak dapat nak belajar betul-betul

    BalasPadam
  6. Masing2 ade cabaran dia sekrg bila pdpr ni. So kita sendiri kene ade solutionnya, cara macam mana kita nak bagi anak dapat pembeljrn.

    BalasPadam
  7. Adoiiii betullla penat semua org. Mak penat anak pun penat

    BalasPadam
  8. Mmg rasa struggle sgt dgn pdpr tmbh2 yg bekerja . Time management tu sgt perlu dia atur dgn baik.

    BalasPadam