Wife tawar aku , wife lagi ! Nak jawab apa ?

by - Februari 04, 2021

Ambil kat Twitter 

Aku post ni kat group Whatsapp yang mana wife aku pun ada dalam tu. Hahahaha.. Adoi la ! Sebelum tu , aku post di Facebook. Yeargh.. ramai je ketawa. Terutama sang isteri isteri. Hahahaha.. Gelak yer ? Hahah.. Kita gurau gurau je kan. Cukuplah kita tertekan dengan keadaan sekarang ni.  Kena gurau gurau la juga kan. Kang muka ketat lak ! Kan kan ?

Tiba-tiba terdengar suara memanggil aku dari dalam bilik.. Aku angkat kepala yang sebelum tu dok sibuk kat handphone. Aku ni kan blogger.. Kena cari idea idea untuk update. Kalau tak keluar rumah ni, memang payah la weh nak dapat idea. Kena rajin geledeh media sosial untuk dapatkan cerita yang rakna rakan suka baca. Huhuhu.. Kalau dapat cerita kontroversi , lagi syok ! Baru ramai share. Huhuh..

Ok ok... wife aku bersuara.. 

" Abang nak lagi ke ? " tanya dia.

Aku tergaru garu kepala.

" Nak apa ? " tanya aku semula..

" Tuuu.. yang dalam grup tu.. Nak wife lagi ke ? Kata untunglah.. untunglah.. " tanya dia.

Aku pandang dia. Hurm.. Nak jawab apa eh ? Jawab NAK , memang perang dunia la. Letih nak perang perang time Covid 19 ni. Dah la tak berdunia dengan orang luar. Yang tinggal untuk berbual mesra, bini sorang tu je la.. Hahaha.. 

Nak jawab TAK NAK, nampak sangat tipunya ! Hahahaha... Kang dia jawab gitu la.. " Eleehhh.. lelaki... " . Dah tu nak jawab apa ? 

" Tak la.. abang GAY ! Taknak perempuan dah ! " cenggitu ??? Hahahaha.. Nak mampus jawap gitu ? Hahahaha.. Mintak simpang malaikat 44 laaaa weh ! Baik mengaku je nak kawin lagi dari kata gay. Mau 12 bulan murung bini aku tu haaa.. Hahahha.. 

Apa pun jawapan.. lebih baik jangan jawap sama sekali ! Ini bukan waktu yang sesuai untuk berjenaka terutama sekali , dia baru abis 'bendera merah' ! Mood masih terumbang ambing. 

" Dah dah.. gi solat tu... tak yah nak tanya soalan bukan bukan. Nanti sendiri sakit hati. " jawap aku dengan nada keras sedikit. 

Aku yakin.. dalam keadaan pandemik begini, jika ada suami nak kawin lagi.. tu memang carik pasal la. Lain la dia dapat calon bini sebelah rumah ! Hahahaha.. Senang la nak bergilir gilir.. Hahahaha.. Kena guna Tips 10 Cara Nak Menikah Lagi.. Hahahaha.. Tunggu aku buat cerita tu dengan Ah Wieeeee ! Hahahaha.. 
 

You May Also Like

2 comments

  1. Rasanya kalau bab beristeri lebih ni buka masa isteri period je mood terumbang ambing, akan sentiasa terumbang ambing ribut taufan semua ada.

    BalasPadam
  2. padu jawapan tu. paling selamat tu bro. "nanti sendiri sakit hati" eh.. betul jgk jawapan mcm tu. sakit hati kejap lepas tu cool dah..

    BalasPadam