Siang PdPR.. malam kelas tambahan !

by - Februari 16, 2021

Terangguk angguk aku membaca luahan di artikal Info Rakyat yang bertajuk " Sudahlah KPM , I'M done ! , luahan hati seorang ibu ". Itu pendapat dia. Apakah aku bersetuju dengan pendapat dia juga ? Hurm. Kata katanya memang ada kebenaran pun. Dari sebelah pihak ibu bapa la. Semua atau tidak , aku pun tak tau la. Tapi yang pasti aku sendiri pun pening ! Hahahaa.. 3 orang gak nak ajar ni. 

" Satu hari, 3 subjek. Anak saya 3 org, form 2, darjah 3 & darjah 4. Kelas kafa, lagi 3 subjek. Ha kira tengok berapa subjek nak hempuk atas kepala saya untuk mengajar anak2. Saya sudah sehabis baik sediakan kelengkapan belajar online di rumah. Laptop,PC sorang satu, buku2 latihan segala2. Setiap hari dari tahun lepas, saya komited untuk anak2 saya, saya tolak hampir semua tawaran kerja training semata2 nak spend masa untuk pelajaran anak2.

Bermula pukul 8 pagi, group whatsapp sekolah akan dapat link youtube, gambar2 dan kerja rumah. Lepas abis satu kelas, 1 kelas. Lepas tu perkara paling annoying, berdedai2 list kehadiran dalam group whatsapp, dan jugak hasil kerja sekolah suruh cikgu semak. Kadang2 whatsapp group sekolah jd medan pertandingan, anak sapa siap dulu, anak sapa paling rajin, anak sapa buat elok, mak2 sapa baguih, blh dok kelebet anak 24jam. "

Hahahaa.. Aku pun pening bila wife aku antar mesej kat aku. Kalau dia di WFH, ringan beban aku sikit. Kalau dia kena gi kerja , Qhaliff atau Zahra ada kelas pagi. Nasib baik kelas online pagi sekali je..Tu pun bukan hari hari. Cuma kerja rumah tu ada je la cikgu bagi. Bila ada kerja rumah , aku la kena ngajarnya. Dengan aku nak buat kerja lagi. Memang serabut dan kadang kadang , anak jadi mangsa keserabutan kita. Bukan salah dia tapi tu la.. Sian diorang. 

Malam , dia ada kelas tambahan. Aku amik subjek penting je seperti BM , Matematik , English dan Sains. Kelas ni , dua hala la.. Tak da la cikgu cakap sorang. Masing masing akan ditanya soalan. Nah,,, nak tak nak , semua kena kasi tumpauan ! 

Nasib baik Qhaliff tak amik KAFA. Kalau tak petangnya ada kelas lagi. Huhuh.. Kesannya ? 


Sian... tapi salah sendiri la ! Aku suruh tidur tengahari , tak nak. Hahaha. Petang tak leh tidur sebab nak kena ikut bersenam dengan aku. Takkan nak keras duduk rumah je. Seharian ! Tak bagus. Ngadap kerja rumah juga boleh bikin diorang tertekan. 

Apa yang aku harap dari KPM ialah , sukatan pelajaran tu kena ubah ! Kurangkan sedikit mengikut situasi sekarang. Macam sekarang ni, aku tengok cam Matematik dan Sains , laju benar perginya. Jika ada yang tak sempat nak paham ? Naya jer. Mak bapak nak ajar pun , kalau kena diorang sibuk cari rezeki.. camana ? Yelah , mau paham gak la.. Ada parents kehilangan pendapatan. Kena usaha belah lain. Kais pagi makan pagi ! Dan buat masa sekarang ni , bagi aku memadailah mereka fokus pada Membaca , Mengira , Menulis dan juga Agama.  Kalau asyik dengan kerja rumah jer , boleh memberontak diorang... 

Tapi ada gak parents dok bising.. " Takda kerja rumah ke ? Anak anak dok sibuk main gajet je ni ? " . Adoi la.. Gi la beli buku latihan tambahan atau cari je di internet ni. Ada banyak. Yang perlu ada ialah interaksi pembelajaran antara murid dan guru. 

KPM perlu lebih pantas buat solusi. Buka sekolah , bukanlah solusi terbaik ! 


You May Also Like

6 comments

  1. kesian parents, kesian anak anak.. kesian kpm juge.. huu

    BalasPadam
  2. Bertabahlah semua parents sekarang..sama lah memang penat rasa, sampai kita sekali join kelas belajar hehe

    BalasPadam
  3. Saya buat zoom class je dgn murid2. yang tak dapat join boleh tengok record. Bincang kerja rumah semua dlm tu 2 jam, mmg tak kacau parents. hehehe. Tu sekolah kami la...

    BalasPadam
  4. Hehee. Kebetulan sungguh.
    Baru tadi gak meluah rasa yang lebih kurang sama. Tak rasa Kementerian Pendidikan nak rombak silibus. So sad. So macam Nina terpaksa hantar anak kelas tuisyen online malam. Banyak benda terpaksa di korbankan untuk pendidikan anak-anak

    BalasPadam
  5. Kesian kat anka-anak dan ibu ayah..huhu..masing 2penat juga. Entahla tak tau macam mana nanti

    BalasPadam
  6. Kesian budak budak sekarang satu hari dok ngdap laptop and handphone, mesti penat.

    BalasPadam