Kacau kehidupan sungguh bila dah layan drama Korea ni !

by - Februari 04, 2021

 

Siap abis dah ! Insaf tak nak tengok dah cerita Korea. Kenapa ?  Hurm... Banyak masalah betul kalau tengok cerita Korea ni. Apakah antaranya ? Hurm... paling ketara ialah part makan ! Bila diorang makan mee atau apa je makanan tu ,terasa cam.. Ya Allah, sedapnya ! Bukan aku je cakap... Qhaliff yang bukan kaki makan tu pun boleh kata cam tu ! Dia sendiri terliur tengok. Hahahaha.. Rosak rosak.. 

Yang kedua.. Permandangan yang cantik ! Alahai.. Rindu betul nak travel ! Terutama nak ke Jepun dan Korea tu. Ya la... dah penah gi kan. Maka tau la camana bestnya negara negara tu. Huhuh.. Tak perlu nak risau dengan kes jenayah. Tak macam negara negara barat sebagai contohnya. Risau jer.. 

Ketiga... hero dan heroin yang alahai.. cute ! Bukan hensem tau. Hahaha.. Babak cute diorang tu memang menjadi la. Kalau pelakon Malaysia ni yang boleh buat watak cute , berapa kerat jer. Yang lain, buat leh senak perut tengok. Hahaha.. Bukan tak leh buat cute tapi jadi mengada ngada ! 

Yang ke empat... Bila nak abis je episod tu.. ada je adegan yang suruh .. Ha, kena tengok lakk episod seterusnya ! Memang tak jadi kerja laa jawabnya ! 5 minit terakhir tu , babak cinematografi jer. Kamera dok main pelbagai sudut untuk naikkan emosi kita !  Hahahaha.. Adoi la... best tu best la.. tapi lama kot.

Kesimpulan.. Jauhkan diri dari cerita Korea atau kehidupan anda dalam minggu itu akan kucar kacir !

You May Also Like

1 comments

  1. Setuju tu memang kucar-kacir kehidupan seharian bila dah layan KDrama hahahhaaa...
    Tapi tulah masalahnya Mrs. A masih lagi melayan ni sekarang terjebak dengan True Beauty dan Mr. Queen adehhh! help!

    BalasPadam