Kad kredit korang dalam bahaya ?

by - Februari 25, 2021


Semalam , ada sorang kawan aku tag aku di Facebook. Kemudian pagi ni dia mesej aku. Bagitau kawan dia , baru saja kena scam ! Jumlahnya RM40 ribu. Banyak tuuu ! Dia kesian kat kawannya tu. Dah buat laporan pada pihak bank tapi katanya pihak bank tak boleh buat apa apa. Adoiyai.. Naya tu. Begitu juga dengan pihak polis. 

Aku terus pesan kat wife mintak check penyata kad kredit dia. Risau kot kot ada yang terlepas pandang. Camana kita nak ke arah cashless kalau kes begini , tak dapat ditangani ?  Kita pun sedia maklum akan kelemahan keselamatan data peribadi kita. Apakah peranan pihak terbabit dalam memastikan data peribadi kita itu selamat ? Atau sebenarnya , kecuaian kita itulah lubang pada segala masalah penipuan kad kredit ni ? Paling mudah ,  suruh rujuk ke Bank Negara.


Kecurian Identiti ! Ini yang perlu juga kita jaga dan ambi tahu ! 

Kecurian identiti dan penipuan identiti adalah dua istilah yang digunakan untuk merujuk kepada semua jenis jenayah di mana seseorang memperolehi maklumat orang lain dan menyalahgunakannya. Data peribadi yang kerap dicuri termasuk nombor kad kredit dan debit serta maklumat mengenai akaun bank, polisi insurans dan rekod perubatan.

Pencuri sering menggunakan maklumat kad kredit atau debit yang dicuri untuk membuat pembelian, terutamanya secara online. Mereka boleh menghubungi pihak bank dan berpura-pura menjadi pemilik kad kredit – kemudian membatalkan kad kredit mangsa dengan menggunakan pelbagai alasan, serta meminta kad baru dihantar ke alamat baru yang boleh diakses oleh pencuri. Seterusnya, pencuri membeli-belah dengan menggunakan kad yang baru. Dalam kes yang lebih serius, kecurian identiti boleh memudahkan atau membiayai jenayah lain termasuk keganasan, imigrasi haram dan emel maklumat palsu (‘phishing’). Dengan mencuri maklumat yang mencukupi, pencuri boleh mendapatkan pulangan cukai, berpura-pura menjadi orang lain jika ditangkap, atau menggunakan habis perlindungan insurans perubatan mangsa (kecurian identiti perubatan).

Berikut adalah 8 cara untuk mencegah kecurian identiti:
  1. Dapatkan laporan kredit anda secara berkala dan semaknya untuk memastikan ia tidak mengandungi maklumat yang mencurigakan seperti akaun yang tidak anda buka, atau sebarang maklumat seperti prosedur litigasi.
  2. Semak penyata bank dan kad kredit anda dengan teliti untuk pembelian yang anda tidak lakukan.
  3. Awas terhadap ‘pelayar bahu’. Pastikan papan kekunci tidak kelihatan semasa menaip kata laluan anda di komputer dan di mesin ATM.
  4. Berhati-hati apabila menyimpan kata laluan tertulis, terutama sekali dalam dompet, dalam kereta atau di pejabat anda. Cuba hafal kata laluan anda. Sekiranya anda perlu menuliskannya, gunakan kod khas yang hanya anda seorang boleh fahami.
  5. Jangan membalas permintaan mencurigakan untuk maklumat peribadi (nama anda, tarikh lahir, maklumat keluarga atau nombor akaun bank) melalui telefon, mel, atau atas talian.
  6. Musnahkan atau lupuskan resit-resit anda, tawaran kredit, penyata akaun dan kad yang telah luput.
  7. Jangan meninggalkan dokumen peribadi dan data peribadi penting di tempat terbuka; ini memberi kesempatan kepada orang lain untuk mencuri maklumat anda dengan mudah.
  8. Jangan sekali-kali mengabaikan surat misteri atau tanda-tanda yang mencurigakan, terutamanya jika anda menyedari pola yang berulang. Ini boleh menjadi tanda bahawa orang lain telah menggunakan maklumat anda, atau jenayah telah dilakukan menggunakan nama anda. Teliti semua dokumen undang-undang dan mahkamah, dan ambil langkah segera untuk membetulkan keadaan. 

Boleh baca lanjut di web Ctos .


Kalau korang sering guna kad kredit , rasanya boleh buat perlindungan kad kredit korang tu ! 




You May Also Like

1 comments