Kenapa aku mengalirkan air mata ketika menonton drama Korea ?

by - Selasa, Februari 09, 2021

Satu babak di dalam drama Korea , 18 Again akhirnya membuatkan air mata aku mengalir. Babak mana eh  ? Hurm.... Babak ketika si ayah dan anak bermain bola keranjang. Aku teringat saat aku membesar dulu. Aku , seorang pemain bola sepak sekolah rendah dan juga menengah. Tapi setiap kali aku berada di dalam padang , ayah aku tak pernah sama sekali tengok. Ibu jer ada. Tapi aku memahami kenapa ayah aku takda. Sebab tu air mata aku berlinangan.. Bukan sebab sedih kerana dia tak da tapi sebab pengorbanan dia lakukan untuk aku supaya aku dapat berada di atas padang tu ! 

Drama 18 Again ni dikatakan salinan dari cerita 17 Again , cerita Hollywood. Tapi aku tak tonton lagi cerita tu. Namun aku percaya , 18 Again ni lebih menarik sebab citarasa Asia. Sebab tu setiap yang berlaku tu, aku memahami sangat keadaannya. Begitu juga dengan wife aku yang menonton sama. Dia sendiri pun mengalirkan air mata tapi dia nafikan. Perempuan.. Dan dan cari air mata aku. Eleh.. 



Apa yang aku perasan dalam setiap drama Korea, keadaanya sama seperti di Malaysia. Aku dok selalu baca kata Malaysia ni teruk.. tapi hakikatnya, setiap negara mempunyai masalah yang sama. Bezanya, mereka berjaya luahkan di dalam drama atau filem. Masalah korupsi , birokrasi , salah guna kuasa , kes jenayah.. buli.. sama jer ! Puashati tengok bagaimana mereka berjaya luahkan isi hati melalui hasil seni mereka. 

Dan kesan dari drama tu.. banyak ! Dari pelbagai perspektif. Pelbagai sudut. Dari kaca mata sang kekasih.. si suami ... sang isteri... seorang bapa... seorang ibu... anak .. kawan.. sahabat..pekerja .. Lengkap ! Memang cukup menyampaikan mesej ! Padat ! 

Sebab tu.. dalam perkahwinan kena jujur. Bukan soal isi hati jer tapi soal perasaan.. kehendak.. kemahuan.. dan juga pengorbanan ! 

18 Again berakhir bukan seperti yang dijangkakan.. Tapi menarik sekali untuk ditonton.. berulang kali.. bersama yang tersayang ! Moga dapat memberi impak dalam perhubungan mereka yang dah bertahun tahun berkawin.. lebih mengenali isi hati yang mana... telah ditenggelami dek kerana tanggungjawab sebab suami isteri.. ibu bapa tetapi tidak lagi sebagai pasangan kekasih.



You May Also Like

1 comments

  1. dalam kelakar2 tu, ada jugakla part takleh tahan nangis tengok drama ni lagi-lagi waktu episod 14-15

    BalasPadam