Aariz dan Ferrarinya !

by - Rabu, Februari 17, 2021


Selepas mandi , dia akan cari baju Ferrarinya. Dia akan selang seli hari memakainya. Hari ni pakai, esok cuci, lusa pakai ! Adoilah.. kalau berterusan , reput cepat baju tu ! Huhhuh.. Dan tadi, Qhaliff  tolong bersihkan mulut dia selepas makan roti coklat. Comot ! Air terkena sedikit di lengan dia. Dia punya meraung macam kena belasah dengan samseng jalanan ! Hahahahah.. Mengelupur aku dan Qhaliff. Cepat cepat bukak baju dia.. dan jemur ! Nasib baik mentari terik di luar sana. Sekejap je kering. Tak sampai pun 5 minit ! 

Sian dia. Sayang sangat dia ngan 'Ferrari' dia tu ! Disebabkan hal tu , aku belikan dia 3 helai lagi baju Ferrari  pelbagai warna. Suka laaa dia sangat pun ! Dan dia mintak satu lag.. Headphone Ferrari ! Er... ada ke ??? 



Aku try cari di Lazada.. Takda headphone Ferrari. Di Google tu ada la. Tapi yang untuk racing tu haa.. Untuk headphone tu, tak da la pulak ! Mahal lak harganya tu. Dia nak gak tapi tak beria. Aku cakap la mahal. Dia faham. Dan berlalu. Sian.. Barulah aku memahami perasaan sian terhadap anak tu. Patutlah kita dulu cakap parents ni manjakan anak dia.  Bukan apa.. bila terbayang saat mereka kecil , kita menumpang kasih sayang denga dia.. bermanja dengan dia... tiba tiba besar , dah jadi lain ! 

Aku cuba Google cari headphone Ferrari tanpa pengetahuan dia. Ada kau ! Cun cun lak tu ! Tapi tak jual di Malaysia la. Huhuh.. Meraung mamat tu kalau nampak ! 



Tak pe la nak.. Kecik kecik tak payah nak pakai headphone lagi. Rosak gegendang tu ha. Nikmati bunyi bunyi yang ada buat masa ni. Nanti dah besar , belilah sendiri.. Huhuhu.. Dapat beli kereta sekali , lagi bagus ! Hahaha.. Tapi pastikan beli dengan duit berkat.. Bukan duit rakyat atau duit haram ! 

You May Also Like

0 comments