Kembali berfikir untuk membeli barangan berharga secara online !

by - Februari 13, 2021

Kita tau, beli barang mahal mahal secara online ni, risiko tanggung sendiri ! Aku tak tau sangat bab  TnC  belian melalui penghantaran seperti Pos Laju , Ninja, JnT dan sebagainya. Tapi yang aku tau , ada banyak kes telah berlaku kebelakangan ni.. contoh beli emas online , emasnya ghaib !

Nak salahkan sapa ? Sebelum ni takda masalah begini. Kenapa tiba tiba sekarang , boleh ada ? Siapa yang ambil ? Aku tak nak tuding jari. Cuma aku nak tau , apakah tindakan yang boleh dilakukan selain dari melaporkan kepada Polis. Apakah pihak courier bertanggungjawab ? Atau salah pembeli sendiri ? Ada yang kata mereka patut tau yang mana barang berharga tak boleh dibeli secara online.. eh ?

Hurm... terdesak sangat ke sampai ambil barangan orang ? Teringat aku punya spek Oakley.. kena rembat masa aku letak dalam beg ketika ke Langkawi. Di airport. Hurm.. Baru aku tau sejak tu. Malaysia ni bukan negara selamat ! Huhuhu.. 

Berbalik pada cerita ni.. Yang terbaru.. boleh baca di bawah..



Kes gelang emas beli online


Haa.. Awek ni tunggu barang kiriman dari kawan dia. Dan hurm... boleh pulak main campak gini je eh ? Nasib baik aku tak pernah alami kes campak campak ni ! Segalanya aku terima dengan baik. Samada letak atas tembok atau dalam rumah aku. Alhamdulillah.. Yang hantar tu mesti baik orangnya. 

Ok.. sambung..









Tu diaaa ! Diorang buat kerja sampai gitu sekali. Letak dalam parcel orang lain ! Haih.. Siannya la. Bayangkan yang menanti barangan dia tu , adalah orang orang yang memerlukan. Nak guna untuk menimba ilmu dan tak berduit. Beli hp hasil dari duit simpanan ! Kau tak rasa berdosa ke ? Ko tau tau betapa suweynya hidup ni bila amik hak orang ? Mungkin tak kena tangkap dengan polis tapi Allah tu wujud ! Tak tau ke dengan doa orang teraniaya ???? 

Haih la.. kalau terdesak sekali pun , berusahalah tambah pendapatan ! Bukan dengan cara ambil hak orang.


You May Also Like

2 comments

  1. Betul customer pun dh mula rasa x Selamat nak beli online klu syarikat penghantaran x ambil peduli Bab ni.

    BalasPadam
  2. Memang tak patutla buat gitu. Tak berkat kerja

    BalasPadam