Keberanian anggota bomba ditonjolkan dalam filem THE BRAVEST !

by - Khamis, Februari 25, 2021

 

Semalam tonton di Netflix bersama keluarga tercinta. Selama ni tak tergerak hati pon nak tengok tapi entah camana... aku terklik. Kalau nak tengok cerita di Netflix ni kena hati hati.. terutama bila nak tengok dengan anak anak.. 

Alhamdulillah.. The Bravest ni sesuai tengok dengan mereka. Secara tidak langsung , mereka sendiri akan kagum dengan keberanian anggota bomba dalam menghadapi kebakaran. Zahra siap cakap ' bukak cite lain plss'' ' dek kerana takut tengok anggota bomba lawan api ! Dia ni memang hati bunga skit. Macam mak dia. Cerita cerita begini tak leh layan. Berlainan dengan Qhaliff. 

Cerita ni takda seram apa pun tak cuma adegan memadamkan kebakaran tu yang bikin gempak jer. Kesan jika kebakaran gagal dikawal , akan memusnahkan bandaraya ! Sebab apa ? Sebab ada loji gas gas bersebelahan dengan loji minyak yang terbakar tu. Itu yang mengerunkan. Apakah langkah boleh diambil sekiranya kebakaran sebegitu rupa jika berlaku di tempat aku.. huhu.. Takut tengok kesannya ! 

Filem jer ? Tu yang baru baru ni berlaku tu ? Di Beirut tu. Tengok kesannya. Lebih 100 orang mati ! Maka aku cadang sangatlah korang layan cerita ni. Memang best . Sangat mendebarkan. Hero pon mati. Sebagai hero. Baru syok.  Dan bagaimana penduduk tempatan menangani kebakaran ni. Pergh... Gerun. 

Barisah hadapan... anggota bomba sememangnya wajar dihormati ! Dan kerajaan wajar senantiasa memodenkan peralatan dan kelengkapan anggota bomba kita. Kita pun sedia maklum kan ? Kerajaan ni,  bila dah terjadi bencana baru sibuk nak buat. Huh !

You May Also Like

0 comments