Aku ingatkan aku dah bermasalah dengan penglihatan dekat tapi rupanya..

by - Februari 02, 2021

Abis terburai isi perut bantai kepala aku dek anak anak dok main pukul pukul sesama mereka. Aku mintak wife bagi aku benang dan jarum. Aku nak jahit. Wife tengok aku semacam.. seolah olah mampukah aku menjahit ? Hahahaha.. 

Sejujurnya.. sebenarnya aku suka bertukang tapi aku malas nak mengemas ! Contoh macam nak cat rumah ke... nak bertukang kayu dan sebagainya. Aku boleh jer tapi aku tak nak. Malas mengemas satu hal.. kedua , aku ni mudah cedera ! Mudah leka dan khayal ! Hahahah.. Dalam dok buat kerja tu , kepala aku dah ke mana arah dah ! Hahaha.. Pastu mula jari jemari terluka. Huhu.. Maka aku serahkan aja pada yang pakar untuk lakukan. 

Ok ok.. Aku pun amik jarum dan benang. Gulp.. Risau dah aku part nak masukkan jarum ke dalam benang.. Eh , salah.. masukkan benang ke dalam lubang jarum tu ! Huhuh.. Sekali mata aku nampak pulak lubang jarum tu. Sebelum ni , aku bermasalah kalau nak tengok dekat dekat ! Tengok skrin handphone pun kena jarakkan dari muka aku untuk kasi nampak jelas ! 

Yer.. aku pelik ! Kenapa tiba tiba aku dah boleh kembali jelas tengok dekat dekat ni ? Siap aku pun dah buat spek baru woo.. rabun jauh dekat ! Boleh baca kat entri Akhirnya aku kena guna spek rabun jauh dekat ni..







Aku panggil Zahra. Ajar dia menjahit. Hehehehe.. Walaupun sekarang ni dah ada mesin jahit yang comel , aku rasa aku nak ajar anak anak menjahit. Orang menjahit ni kena sabar dan punya kelembutan gitu.. Bila menulis , lembut la skit jari jari tu.. kan kan ? Orang kata la.. Orang mana yang kata tu , aku pun tak ingat. Hahaha.. 

Zahra suka. Dia beria nak tolong aku. Yer... alasan untuk dia mengelat dari buat kerja sekolah ! Tapi tak pe la.. aku nak asah skill dia. Mana la tau kan ? Heehe.. kot kot dia leh mengait lak pasni. Boleh buat baju sejuk untuk aku. Hahaha.. 

Ok ok.. teringat mengenai rabun dekat ni.. aku pun google. Ada satu penyakit melibatkan rabun dekat ni. Ianya dipanggil Akomodasi . Dan jika anda berumur sebelum 40 tahun tapi dah ada rabun dekat , maka inilah penyakit anda ! 

Apakah Akomodasi

Akomodasi adalah kebolehan mata untuk mengekalkan fokus yang jelas apabila jarak pandangan berubah. Kanta mata akan menebal apabila melihat objek dekat dan akan menipis apabila melihat objek yang jauh. Fungsi akomodasi adalah untuk meletakkan imej objek yang dilihat tepat pada retina, supaya objek yang dilihat sentiasa jelas.


Apakah Penyebab Masalah Akomodasi?

Umumnya keupayaan mata untuk berakomodasi menjadi semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia. Kabur penglihatan dekat pada usia 40 tahun keatas adalah perubahan normal pada mata akibat proses penuaan dan dikenali sebagai presbyopia. Walaubagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak sekolah, remaja dan dewasa dibawah usia 40 tahun yang mengalami masalah akomodasi iaitu menghadapi masalah penglihatan kabur apabila membaca. Antara puncanya adalah akibat melakukan kerja dekat untuk tempoh yang sangat lama. Kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang masih di alam persekolahan lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku dan melakukan ulangkaji pelajaran. Selain itu, mereka juga turut terdedah dengan penggunaan ‘gadget’ elektronik seperti bermain permainan komputer dan telefon bimbit. Keadaan ini boleh memberikan tekanan pada otot siliari mata dan seterusnya menyebabkan ia mengalami kekejangan. Akibatnya, mata akan berakomodasi lebih daripada yang sepatutnya untuk memfokus. Selain itu, terdapat juga ubat-ubatan yang boleh melemahkan akomodasi.

Jenis-jenis Masalah Akomodasi Adalah:
  1. Akomodasi lemah - Keupayaan mata untuk berakomodasi kurang daripada nilai normal berdasarkan umur.
  2. Akomodasi berlebihan - Keupayaan akomodasi yang lebih tinggi daripada nilai normal berdasarkan umur akibat kekejangan otot siliari mata yang berkontraksi secara berterusan.
  3. Akomodasi infasiliti - Kegagalan mata untuk mengekalkan fokus yang jelas apabila jarak pandangan berubah dari jauh ke dekat dan juga sebaliknya. 
  4. Kelumpuhan akomodasi - Kegagalan mata untuk berakomodasi akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu atau trauma.
Apakah Tanda-Tanda Masalah Akomodasi?
  • Penglihatan dekat yang kabur.
  • Mata cepat letih apabila membaca atau melakukan kerja dekat.
  • Sakit kepala.
  • Mengantuk dan mudah hilang tumpuan apabila membaca.
  • Membaca pada jarak yang sangat dekat.
  • Kabur penglihatan jauh selepas membaca untuk tempoh yang agak lama ataupun kabur pandangan dekat selepas melihat jauh.
Bolehkah Masalah Akomodasi Dirawat? 

Masalah akomodasi boleh dirawat dengan: 
  1. Cermin mata (kanta cembung)
  2. Terapi visual
Fungsi terapi visual adalah:
  1. Untuk membantu menguatkan otot siliari mata untuk berakomodasi dan mengekalkan fokus yang jelas apabila membuat kerja dekat.
  2. Membantu merehatkan otot siliari yang mengalami kekejangan daripada terus berkontraksi.
Bolehkah Masalah Akomodasi Ini Dicegah? 

Masalah akomodasi ini boleh dicegah dengan mengamalkan ‘visual hygiene’ seperti berikut:
  1. Amalkan melakukan kerja dekat selama 20 minit dan ambil masa untuk merehatkan mata selama 20 saat sambil memandang ke jarak jauh (20 kaki / 6 meter).
  2. Elakkan membaca terlalu dekat.
  3. Amalkan Membaca di tempat yang terang.
  4. Elakkan membaca semasa berbaring.
  5. Elakkan membaca di dalam kenderaan yang bergerak.
Sekiranya anda menghadapi masalah akomodasi, sila berjumpa dengan optometris bertauliah untuk mendapatkan pemeriksaan komprehensif dan rawatan yang bersesuaian.. Sayangilah dan peliharalah mata anda. Mata adalah pancaindera kurniaan Allah yang sangat berharga. Mencegah adalah lebih mudah daripada merawat.

Sumber - MyHealth


Hurm.. aku pun baru tahu sebenarnya. Dan aku masih tercari cari apakah punca kepada pulihnya rabun dekat aku ni. Aku memang ada amik beberapa jenis makanan tambahan seperti fish oil , ginger dan amalkan minum protein bersama kurma setiap hari.. Dalam erti kata lain , pemakanan sihat. Oh ya , satu lagi ialah aku minum air asam keping, 2 kali seminggu. Maka tak tau la mana satu punca. Tapi paling utama ialah... rehat yang cukup !  

Alhamdulillah.. kena rajin jaga pemakanan dan kesihatan !

You May Also Like

7 comments

  1. Samalah dengan incik suamiku, gemar jahit sendiri (dan diriku jugak akan memandangnya dengan pandangan menikam kalau gitu... Hehehehe)... Kami pun dah start ajar anak menjahit sikit-sikit... Mata memang jenuh jugak la difokuskan time nak masukkan benang tu... #meningkatusia

    BalasPadam
  2. Bagusnya Zahra dah belajar menjahit 😊

    BalasPadam
  3. makan banyak buah dan vitamin semoga tubuh badan dan anggota tubuh sihat. insyaallah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, mata helok lagi. Hehe

    BalasPadam
  5. Ben, faktor usia i pun dah start ada rabun dekat dah, now tengah gigih makan vitamins tapi itu lah masih kena pakai spek juga

    BalasPadam