Best ke drama Korea , 18 Again ?

by - Ahad, Februari 07, 2021


Semalam tengok episod pertama 18 Again. Hari sebelum tu , aku dah cuba tengok. Tapi wife aku tidur lak ketika cerita baru berjalan. Faktor ngantuk tu.. faktor utama , hero tak menepati kehenseman dia nakkan. Tak seperti Crash Landin On You. Dia la kata.. Aku ok jer. Aku suka drama tu berkisarkan apa.. Tu yang penting. 

Ok.. 30 minit pertama... serius aku nak tukar ke cerita lain. Tapi tak pe.. aku terus berikan peluang ! Hahaha.. Dan nak segalanya bermula selepas dia 'tiba-tiba' kembali ke usia 18 tahun ! Nah... bayangkan dia yang dah berkeluarga tu , yang bermasalah dengan isterinya. kena buat ?! Haaaa.. Kat sini bestnya cerita tu bermula. 

Bagi aku.. ni cerita kekeluargaan. Kenapa lelaki tu kembali ke usia 18 tahun ? Haaa.. kalau korang tonton, tau la kenapa. Dan sedikit sebanyak membuat minda kita la.. Kita sebagai ibu bapa , ingatkan dah berikan yang terbaik tapi rupa rupanya banyak yang tercicir ! 

Aku baru tonton 4 episod. Aku tak dibenarkan tonton sorang sorang ! Hahaha.. Drama Korea ni , masalah dia ialah hati meroyan nak tau apa kesudahannya walaupun dah boleh jangka. Boleh gitu ? Hahahaha.. Plot twist biasanya kalau cerita politik. Kalau cerita gini , plot twist tu leh suka sangat pada kesinambungan dia. Biasala.. drama kan ? Hahaha.. 

Selain jalan cerita.. pengarah pandai la menghadirkan rasa romantik dalam cerita ni. Dengan sakuranya.. dengan hujannya. Aduh.. bikin hati meroyan nak gi melancong ke Korea semula.. dan Jepun.. Aku jangkakan jika sempadan negara di buka , dua negara ni pasti akan menerima ramai pelancong ! 



Best layan sambil minum susu segar ! 


You May Also Like

1 comments

  1. Hahahaa engko pun nengok ekkk.. aku baru sampai episod 3..
    Cite Korea kalau dah tersampukkk.. makan pun depan tv jahahahahaha

    BalasPadam