Senaman untuk hilangkan lemak di pinggang atau Love Handles !

by - Khamis, Februari 25, 2021

Tertekan bila bukak baju jer nampak lemak lemak di perut terutama kat tepi tu kan ? Aku pun. Hahahaha.. Camana nak hilangkan ? Hurm... pertama sekali , bukan senaman ! Tapi makanan. Makanan yang berminyak , berlemak , masin, manis adalah penyumbang utama kepada meriahnya lemak di bahagian perut tu. 

Elakkan makan makanan begitu, buat seketika. Nak makan tu , boleh... tapi sesekali la. Dalam seminggu ! Bukan sesekali dalam sehari. Huhhh ! Pastu kalau korang tu muda lagi , takda masalah dengan metabolisma yang mana diperlukan untuk membantu pembakaran lemak. Jika dah berusia, kena cari makanan untuk tingkatkan metabolisma. Ni korang kena rajin membaca yer. Jangan amik fat burner yer. Kenapa ? Hurm.. kalau badan dah kurus , korang stop amik.. maka badan akan naik dengan lebih meriahnya. Nak tak nak ,kena bergantung pada menda alah tu ! Sebaiknya gunakan makanan yang boleh membantu menaikkan semula metabolisma seperti kopi , teh hijau dan sebagainya. 

Kemudian, bersenam. Nak kena tau gak senaman apa yang boleh fokus pada bahagian kita nak tu. Tapi mulakan dengan senama seluruh badan untuk membakar lemak terlebih dahulu. Boleh buat HIIT FAT BURNING WORKOUT.  Lepas tu baru boleh ikut yang bawah ni. 

Ingat yer.. bukan buat begini boleh terus keluar otot di perut ! Nak keluar otot kat perut tu , kena amik makanan berprotein lak. Huhuh.. Fokus skang , hilangkan lemak dulu yer.. 




 

You May Also Like

0 comments