Kelas tambahan Tahun 1 dan 2 untuk Zahra , sebelah malam !

by - Februari 03, 2021

Mula dah kelas Tahun 1 dan 2. Bergabung sekali. Tujuan kelas malam begini adalah untuk pastikan murid bersedia hadapi pelbagai soalan dalam ujian dan pada masa yang sama , memahami setiap tajuk yang bakal dipelajari di sekolah , secara online. 

Sejujurnya , bukan mudah nak belajar online ni. Dan paling 'menakutkan' ialah , silibus budak budak sekarang ni lebih 'kehadapan'. Nak tak nak , mak pak kena duduk sama. Cam semalam , wife pun cam terkejut gak la tengok apa yang Zahra kena belajar. Bermakna Zahra , kena cepat atau akan ketingalan. 

Begitu jugak dengan Qhaliff.. semalam belajar Matematik untuk Tahun 3. Aku yang memang tak suka Matematik ni, nak tak nak kena duduk dan fahamkan apa yang cikgu FlyHigh Training Centre terangkan. Pastu kena buat latihan tubi. Pergh... memang kena pantas dan cepat ! Kalau tak.. hurm.. Dan cikgu yang mengajar pula senantiasa dedahkan pelajar dengan soalan soalan UPSR supaya mereka biasa hadapi soalan soalan yang sukar.

Malam ni ada lagi kelas. Zahra dengan ibunya.. aku kena tengokkan Qhaliff. Adeh... Nak tak nak, kena biasakan keadaan begini sebab kita tak tau lagi sampai bila pandemik ni dan apakah kita akan teruskan cara begini dek kerana Norma Baru ?




Kelas bermula dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5 serta UPKK. Kelas Hafazan serta kelas Mengaji pun ada. Boleh tengok di  page FlyHigh Training Centre .


You May Also Like

2 comments

  1. Bagus usaha Ben untuk pastikan anak-anak tak ketinggalan dek kerana pandemik

    BalasPadam
  2. Tahun depan back to normal , yakin gitu

    BalasPadam