Perbaiki teknik larian supaya dapat berlari dengan lebih baik !

by - Isnin, Februari 15, 2021

Aku tak suka berlari ! Tapi aku kena juga berlari. Bukan untuk turunkan berat badan tapi untuk pastikan aku kekalkan kecergasan. Walaupun aku sering ke gym untuk bersenam, berlari outdoor ni juga sangat penting. Terasa perbezaan bila berlari outdoor ni berbanding workout dalam gym jer. Ini aku lakukan berselang seli selepas ke gym. Maksudnya , jika Isnin workout di gym, Selasa tu aku akan berjogging di luar. Er , sejujurnya , tak la jogging pun.. lebih pada jalan kaki tapi menaiki jalan yang tinggi la.. Jalanraya berbukit ! Dan sesekali bila berlari tu, terasa la ada angin sebab dah redah naik bukit kan ? Hahaha.. 

Ok..bila sebut bab berlari ni , bila aku di taman tu.. ramai je orang berlari. Ada yang menarik minat aku cam.. Larian dia penuh 'berilmu' dan tenang. Ada yang cam bersantai dan huru hara ! Hahahaha.. Larian huru hara ni , cam aku la. Takda ilmu. Balik rumah.. kaki sakit ! Sebab ? Haaa... Banyak sebab sebenarnya bila kaki atau tapak kaki kita sakit.. Keting , peha juga boleh sakit. Paling bahaya , bila melibatkan lutut.

Maka aku pun merajinkan diri mencari maklumat atas tujuan untuk kegunaan diri sendiri dan juga mereka yang suka berlari , melarikan juga dilarikan. Kalau korang rajin cari info di Instagram pun ada banyak jer. Aku tak nak tulis mengenainya sangat sebab aku takda ilmu mengenainya. Memadailah rujuk pada gambar untuk pemahaman. Korang boleh cari sendiri di Internet atau boleh bertanya pada mereka yang lebih pakar. 

Yang penting korang perlu tahu ialah pastikan streching atau buat regangan badan sebelum dan selepas berlari. Punca kepada kecederaan pada otot kita tu selain salah pemakaian kasut dan corak larian. Nak berlari pun kena ada ilmu. Heeee.. salah lari . boleh jammed kaki tu ! 










Teknik Falling ni aku rasa untuk larian laju atau pecut sesuai. Tapi untuk larian biasa biasa , tak perlu sangat kot?  Tapi ini aku baru tahu la. Kalau kita berlari menegak jer. boleh cepat penat atau sakit pinggang. Kena ubah cara larian tu dan permulaan sebelum berlari juga penting untuk tentukan form larian kita tu. Kan ? Kalau korang ada info lagi , boleh share di ruangan komen. 




Satu lagi, berlari atas treadmill. Ni pun perlukan cara yang betul. Salah larian, memang akan cepat penat dan juga cepat pancit ! Sebab tu ramai je mudah bosan bila berlari atas treadmill ni. 5 minit je dah berhenti. Ok, itu aku la ! Hahaha.. Bila tengok video di bawah ni , baru faham kenapa orang boleh layan sehingga sejam berlari berbanding aku ! Hahahaha.. 

Perhatikan bahagian tangan.. kedudukan bahu , kaki ketika berlari. Badan pun tak tegak cam biasa aku buat. Hahaha.. Walaupun kita dah bertahun bersenam , belum tentu form kita tu betul ! Banyak kena baiki dan semakin dibaiki , semakin seronok menjaga kesihatan.. kan ? 


Untu info lebih lanjut , korang boleh baca di blog INI mengenai cara cara larian yang boleh dipraktikan. 

Selepas berlari , pastikan cukup rehat, recovery bab epngambilan pemakanan yang berkhasiat seperti whey protein dan sebagainya. Elakkan makan makanan yang berkalori tinggi seperti nasi kandar , roti canai dan sebagainya. Bukan apa.. sia sia je bersenam bakar kalori pastu tambah dengan banyaknya.. kemudian tidur ! Adoilah.. Kalau nak makan , amik la waktu tengahari.. sebelum nak bersenam ! 

Perbaiki teknik larian dan guna kasut yang sesuai ! Semoga bermanfaat. 

 

You May Also Like

2 comments

  1. This week mula buat pagi, but then, dia punya letih effect tghari. Dah tak boleh bangun nak buat kerja lain, jadi letih. And hari ini tukar schedule, nak buat ptg, letih2 pun mlm boleh rehat.

    BalasPadam