Saman tak pakai Face Mask walaupun di depan rumah !

by - Februari 07, 2021


 Hurm... aku tak tertarik dengan pengantin yang kena saman tu. Memang padanlah ! Dah kata jangan berkumpul beramai ramai... Lepas akad nikah , balik jer. Nah.. kan dah mendapat. Aku malas nak ulas lebih. Al maklumlah , aku takda sana. Kalau ulas lebih pun. bukan dapat diskaun. Heee...

Yang menarik perhatian aku ialah.. tuuu.. yang komen tu ! Katanya dia kena saman disebabkan tak pakai face mask walaupun di depan rumah. Aku tak tau la rumah dia tu , rumah camana.. Tapi aku beranggapan macam rumah aku je la. Rumah atas tanah. Dan berada 30 meter dari rumah dia sambil buat kerja.. 

Buat kerja...

Depan rumah.. 30 meter..

Ada 2 orang jer... 

Kena saman ? 

Wajar ke tak wajar ? Ke nombor bercampur ?

Eh... Hahahaa.. ok.. Ini pandangan aku la. Asalnya aku cam terkejut gak la. Sebab petang petang , aku bermain badminton dengan anak anak dan sesekali keluar lepak santai depan rumah amik angin..tanpa pakai face mask. Maklumlah , sorang sorang !

Tapi jika kau berkebun.. basuh kereta.. apa saja aktiviti yang bukan bersenam , kena hati hati ! Apatah lagi jika ada kehadiran orang lain selain ahli keluarga sendiri. Nah... ini cukup mengundang duit terbang dengan jayanya !

Untuk menyelamatkan diri , bab pakai Face mask ni , ikut je la.. Nak lawan cakap masa tu pun tak guna.. diorang suruh gi bayar saman tu dan buat rayuan masa bayar saman tu nanti. 

Berikut 4 tempat yang korang tak perlu pakai Face Mask.. 
  1. Ketika berada di dalam kenderaan persendirian
  2. Ketika berada di dalam rumah
  3. Ketika melakukan aktiviti fizikal
  4. Bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah

Nasihat..pakai je la. Walaupun terdapat double standard , apa nak buat. Kita ni.. nothing melainkan masa nak PRU nanti ! Tunggu je la... Masa tu, kita ingat muka muka yang 'buat hal' tu.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Kalau ahli politik boleh je org nak kawin pun kau nak halang ke.

    BalasPadam
  2. ITU lah mcm x logik pula dpn umh dia je pun ... Tak patut

    BalasPadam
  3. Nice info, thanks for share, oh ya saya mau berbagi, baru saja saya menemukan Video Viral tentang Hobby jadi Bisnis trus minum Kopi Terbaik sambil simak Media Kalteng baca tentang Paid Promote / Jasa Endorse untuk Jual Akik Gambar buat beli Printer laser white toner Lebihnya buat cari jasa desain grafis

    BalasPadam