Pastikan korang simpan kit perlindungan diri ini dalam beg sekolah anak !

by - Februari 21, 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia dah kasi tarikh 'kembali ke sekolah'. Anak anak , ada yang dah lengkap segalanya. Ada yang belum.  Qhaliff , dah ready. Zahra , masih ada yang kurang. Beg , kasut belum dibeli. Saja tak beli awal awal untuk Zahra. Qhaliff je dah ready awal sebab 'ada rezeki' untuk dia. 

Sejujurnya , aku masih risau nak antar anak anak ke sekolah dengan situasi sekarang. Kes masih tinggi di tempat aku ni , Selangor. Tapi di Sepang , kes tak tinggi. Kes pekerja asing je banyak. Alhamdulillah , namun aku perlu berhati hati juga.. terutama anak anak ! 

Pengalaman aku sewaktu awal Covid 19 , menghantar mengambil Qhaliff  di sekolah dapati aku perlu sediakan stok pelitup muka atau face mask dalam begnya. Begitu juga dengan sanitzer dan juga sabun. Maklumlah , ke tandas tu dah pasti. Dan waktu makan tu pun nak kena basuh tangan dan mulut. Sabun kena ada. Takkan nak bawak sabun buku ke sekolah lak kan ? Pihak sekolah pun , jika sediakan sabun, pastinya jenis picit picit tu.. 

Atas sebab tu , aku lengkapkan anak anak dengan kit perlindungan diri ni yang dibuat sendiri atas inisiatif rakan aku dan menjualnya di Lazada dan Shopee. Sangat berguna dan bagusnya siap ada tali yang ikat face mask. Ini untuk elakkan face mask tu diletakkan merata rata.. dan tersangkut di leher jer ! Bagus la kan ? Haa.. 


Boleh dapatkan di SINI..

You May Also Like

0 comments