Berpuasa jangan malas bersenam !

by - Selasa, Februari 23, 2021

Wife ajak aku teman dia berpuasa. Aku ok jer. Lagi pun aku dah tukar plan workout di gym. Buat masa ni , aku ke gym seminggu sekali jer yakni hari Ahad. Nak fokus untuk hilangkan lemak di bahagian perut dengan banyakkan kardio. Hehehe.. 

Maka yang terbaik untuk aku ialah , berpuasa dan berjalan kaki naik turun bukit setiap hari. Alhamdulillah, aku yang spesis hanya berpuasa pada bulan Ramadan ni , dah seronok berpuasa pada hari biasa. Kalau ikutkan , amik je hari sunat berpuasa iaitu Isnin dan Khamis tapi rasanya aku nak buat sehingga Jumaat. Terasa ringan badan. Ketika berbuka pun, aku dah pesan kat wife supaya makanan ala kadar jer. Ada satu jenis kuih dan satu lauk. 

Boleh je sebenarnya kalau nak berpuasa dan bersenam pada hari yang sama. Bersenam tu , amik satu setengah jam sebelum berbuka. Jangan lak gi buat awal pagi. Menangis nak tunggu berbuka ! Hahaha.. Dan masa berbuka tu pun nanti akan terasa lebih dahaga dari lapar ! Maka minum air legakan tekak dulu disusuli dengann air protein. Ha, air protein ni lebih pada nak recover kehilangan protein dalam badan terutama bila dah berumur lebih 30 tahun. Kalau korang perasan , otot korang tu makin mengecil. Bukan sebab kurus yer.. ini juga dinamakan Sarkopenia ! Korang boleh baca mengenainya yer. Perlu tahu tau ! Kesan pada tubuh badan kita.





Naik turun bukit ni bakar banyak sangat kalori. Tak perlu berlari pun. Memadai berjalan kaki jer. Buatlah beberapa pusingan. Kemudian baru ke jalan mendatar sebagai penutup. Lakukan setiap hari. Selepas seminggu , akan terasa badan tu fit lain macam.  Masa tu, cuba berlari di jalan mendatar. Mesti syok jer.. Hehehe.. Naik turun bukit lebih mencabar dari jalan biasa. 

Oh ya.. kenapa aku tak berlari ? Satu.. permukaan jalan raya. Penuh dengan pasir dan berbatu. Kasut yang tak sesuai akan mencederakan lutut. Kita nak jaga kesihatan tubuh badan. Kena juga pastikan otot otot juga 'selamat'. Kalau nak berlari, cari trek atau berlari di taman reakrasi yang ada trek. Lutut selamat di situ. Melainkan korang ada  kasut yang bagus untuk berlari , maka teruskan niat tu.

Kesimpulan.. berpuasa dan bersenam tu lebih ok dari sibuk berdiet tanpa bersenam. Badan kurus tapi tak fit serta otot otot yang lembik bikin nampak badan tak begitu mantap sekali. Gabungan berpuasa dan bersenam , terbaik buat mereka yang ingin turunkan berat badan secara sihat. 

 

You May Also Like

2 comments

  1. Gabungkan kedua-duanya. InshaAllah ok. Bantu usus berehat dan tubuh menjadi lebih sihat.

    BalasPadam
  2. Bagusnya. saya pun puasa jugak, tapi bila puasa tak berani pulak bersenam, sebab takut 'ter-buka' puasa pulak. hihi

    BalasPadam