Best giler citer Space Sweepers !

by - Ahad, Februari 07, 2021

 

Macam Guardian of The Galaxy lak citer ni tapi tak sama la. Hehehe.. Cerita ni mesej dia , simple jer ! Dunia akan hancur dek kerana alam sekitar tak dijaga dan mereka yang berkuasa, berpangkat , berharta.. boleh pindah duduk kat angkasa ! Boleh duduk kat Marikh lak ! Tu dia.. senang betul diorang buat kerja eh ? Kasi hancur bumi.. pastu kasi semak angkasa lepas yer ?

Jalan cerita menarik.. ala ala Star Wars gitu. Dengan animasi yang cukup lancar dan realistik.. tak terasa pun kau sedang tengok cerita Korea ! Dan pelakon Korea dalam ni pun tak perlu susah susah nak cakap English pun ! Diorang cakap bahasa diorang jer. Dan yang dengar tu pun jawab je dalam English. Takda masalah pun . Hahaha..Tak tinggal bahasa diorang.

Mengerunkan bila tengok apa jadi pada bumi jika tiada lagi 'kehijauan'. Manusia makin tamak dan lupa diri. Teknologi memudahkan tapi pada masa yang sama menghancurkan. Hurm...Space Sweepers ni , mengundang rasa sesalan pada diri jika kita terus membiarkan alam sekitar musnah  !

Berapa bintang aku kasi ? Aku kasi... hurm..4/5 bintang. Aku harap ada drama dia la nanti. Hahahaha.. Cam biasa la kan ? Layan tetap layan.. 

You May Also Like

2 comments

  1. India's Best CBSE, ICSE, State Boards School Syllabus mapped E Learning App for K-12 Students. This Learning App covers learning courses from Kindergarten to Class 12th which makes Concept Learning Effective and Easy Learning Experience. Download The APP Now.
    Studynlearn

    BalasPadam
  2. Students can learn schools courses (class 8th onward) and other entrance exams like JEE,NEET,etc at free of cost.
    NEET previous year solved paper
    JEE previous year solved paper
    JEE

    BalasPadam