Terjebak beli Korea Itali Towel akhirnya !

by - Khamis, Februari 11, 2021


Viral di Twitter baru baru ni... Bila baca mengenai Korea Itali Towel ni, ada beberapa komen mengatakan bagus untuk hilangkan daki dan kulit mati pada badan. Langsung aku mesej wife. Minta dia belikan di Shopee !  Lazada , takda stok dah weh ! Hahahaha.. Dan stok ni terus dari Korea. 

Aku memerlukan Korea Itali Towel ni sebab aku ada masalah kehitaman pada bahagian siku dan leher tu. Payah tul la nak sental. Tu nak cuba. Kot kot berbaloi gitu. Harga pun , boleh tahan gak. Yang wife aku beli ni , jenis kecil. Ala ala size sapu tangan. Ada pelbagai size. Kena cari sendiri la. Korang boleh je search Korea Itali Towel.

Sebelum ni pernah cuba beberapa jenis produk. Memang ok tapi msalahnya ialah nak restock tu ha ! Nak tunggu satu hal lagi. Tu pasal nak cuba yang ni lak. Mana la tau kot kot berkesan.. tak banyak pun, skit jadilah.. kan kan ?


Ok.. dah sampai setelah lama menunggu dek kerana kehabisan stok. Dan terus aku guna. Cuba pakai kat leher , sikut , belakang leher dan juga ketiak. Hahahaha.. Ha , kat kepala lutut dan juga buku lali. Tapi yang pasti la... kulit terasa lebih licin berbanding jika tak gunakannya. Ni kalau beli tuala mandi dia ni, mesti syok ! 

Cuma kena hati hati la skit... sebab kasar cam scrub tu la... kena sental lembut lembut. Kulit aku ni lain skit.. cap badak punya ! Hahaha. Kena kuat skit.. tapi tang muka tu , kena perlahan lahan la sental.. heee..

 

You May Also Like

1 comments

  1. Huyooo kuruslah abg ben skrg, nampok muda... Btw duk usha juga kain ni kat tiktok..rasa nak grab satu la...

    BalasPadam