Kena tonton Kdrama Live Up To Your Name 'ni sebab..

by - Khamis, Februari 11, 2021


Mengisahkan Heo Im adalah doktor legenda perubatan akupuntur . Dia bekerja di sebuah klinik yang mana membantu orang-orang miskin. Dan pada masa yang sama  memperolehi keuntungan dengan membuat lawatan rahsia ke rumah bangsawan dan pegawai kerajaan pada waktu malam. 

Satu hari dia dipanggil oleh Raja untuk membantunya mengatasi penyakit migrainnya. Sebelum dia pergi , dia didatangi oleh seorang lelaki bersama anak kecilnya. Kanak kanak tu lak dalam keadaan nazak. Serabut dok pikir mana satu yang hendak dia dahulukan.. akhirnya dia memilih untuk ke istana. Sebelum pergi , dia membisikkan sesuatu pada kanak kanak tu.. 

Di istana, berlaku satu insiden di luar jangkaannya dan dia dituduh melakukan pengkhianatan. Dia ditangkap  dan diperintahkan dipenjara. Akhirnya dia berjaya melepaskan diri. Dia akhirnya terkepung di sebuah jambatan dan tiba tiba dipanah oleh seseorang yang tidak dikenali dan dia jatuh ke dalam sungai. 


Nah... di sini segalanya bermula !  Baru syok part ni.. Hahahaha.. Dia sedar sedar je.. dia di zaman Moden. Dan berada di Seoul ! Dok bingung dengan apa yang terjadi pada dia, berlaku satu insiden yang membawanya berjumpa dengan seorang doktor perempuan yang cun. Ok la.. cun la gak bagi aku. Hahaha.. Kira masing masing nak guna kepakaran masing masing la. Mana yang terbaik ??? 

Haaa.. 16 episod seperti biasa. Pelbagai kejadian lucu dan sedih. Syoknya ialah mereka kembara ke dua zaman. Termasuklah ketika perang Jepun - Korea ! Haaa.. Apakah yang terjadi ? Hahahaha.. Bercinta tu , mestilah.. tapi nak pikat tu bukan mudah.. Seperti biasa la kan.. 

Jalan cerita menarik disebabkan karektor Dr. Heo Im yang senantiasa blur tu.. Dengan poyonya lagi ha.. Membuatkan aku hilang mood nak berworkout selama 2 hari ! Hahaha.. 

Akan ada season 2 katanya.. Mungkin 2022 nanti ?

You May Also Like

0 comments