Jika aku amalkan prinsip 'Mind Your Own Business'

by - Februari 13, 2021

Mind Your Own Business atau Jaga Hal Kau Sendiri Jer ! Aduh... berat betul ni. Nak amik tau susah.. tak amik tau pun susah. Bimbang jika terjadi pada diri sendiri atau ahli keluarga , sapa nak membantu kita ? Inilah yang sering aku fikirkan. 

Ada beberapa isu yang lalu depan mata aku. Terfikir aku.. perlukah aku campur tangan atau buat bodoh jer? Isu ni sebenarnya besar juga dan masalah pada negara jika tidak ditangani dengan segera. Takut nanti , menjadi kebiasaan dan anak anak kita menjadi mangsa mereka yang tidak berintegriti ni ! Dasar mangkuk punya orang. 

Tapi kalau amik tau ? Kita pun tau negara kita ni bermasalah dengan salah guna kuasa.  Kena kat geng diorang.. lepas gitu jer. Kalau kena kata orang biasa biasa ni.. siap la kau ! Dah tu camana nak bantu negara terutamanya kerajaan ? Hurm.. Entah la.. 

Nak tak nak... 


 Jika semua rakyat berpegang pada prinsip MYOB ni... negara akan hancur ! Semua buat hal sendiri. Semua prepper je untuk diri sendiri. Apa jadi pada jiran tetangga , masyarakat .. pandai pandai la nak hidup sendiri. Tolong salah , tak tolong pun salah. Yang ada kuasa lak... untunglah mereka. Atas dunia ni. Akhirat , menjawablah di sana. Tu pun kalau percaya adanya akhirat ! Nak kata bengap agama , aku rasa ramai je pandai baca Al-Quran. 

Hurm.. entah la.. Amanah tu , berat ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Karang takamik tau kene cakap, dh amik tau pun kene cakap..huhu

    BalasPadam