"Maafkan abah .. Abah dulu manusia yang rosak .. "

by - Rabu, September 21, 2011

 

" Ahhhh.. ayah tuu.. semua tak boleh.. Ini tak boleh.. itu tak boleh !! Saya dah besar ! Dah matang ! Tau berfikir mana baik dan mana buruk !! "

 

" Senang cerita .. Beginilah nak .. Inilah keburukan yang ayah lakukan sewaktu ayah muda dulu sebelum ayah insaf .."

 

  1. Mencuri sewaktu kecil ..
  2. Bergaduh ..
  3. Hisap rokok ..
  4. Mengendap
  5. Hidu gam ..

 

" Yang tu sewaktu ayah umur 10-15 tahun .. Lepas pada tu , ayah buat lagi keje keje sampingan gitu seperti .. "

 

  1. maksiat / zina  ...
  2. Meragut ..
  3. Merompak ..
  4. Pembunuh upahan sambilan macam dalam filem Kongsi tu..
  5. Merempit

 

" Pastu , bila ayah dah dapat keje... "

  1. amik rasuah ..
  2. ponteng keje ..
  3. tackle anak dara ..
  4. tipu bos
  5. buat claim palsu

 

" Tapi bila ayah tersedar akan segala perbuatan ayah itu terlalu menyimpang jauh dari agama dan kemanusian , ayah insaf .. ayah bertaubat..

Ayah fikir masa tu , ayah tau apa yang ayah buat .. Ayah berkawan dengan salah orang .. Ayah tersilap jalan ..  Alhamdulillah , panjang umur ayah untuk ayah bertaubat ...

 

Mungkin ini yang nak kamu dengar sangat bukan ? Ayah sembunyikan kerana itu adalah kisah lampau .. Biarlah kamu nampak yang elok elok tentang ayah.. Yang buruk itu , biarlah ayah hadapi dengan Allah .. Itu pon ayah amat takut sangat akan hukuman dariNya. Hanya doa dari kamu akan menyelamatkan ayah .. "

 

.........

 

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup bagus untuk menidakkan orang lain padahal kita sebenarnya tidak tau apa apa langsung !

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11

You May Also Like

14 comments

  1. sbnrnye tiada sape yg ingin membuka aib kisah lampaunya..kecuali jln terakhir agar seseorang itu kembali ke jln yg benar..agr ia mnjadi cth ..

    BalasPadam
  2. nice~smoga kita sedar dgn kesilapan lampau yg penah kita buat dulu dan x ulangi nya lagi..

    BalasPadam
  3. tetapi Allah itu maha pengampun. betul cakap ayahnya. ayah adalah contoh anak2 sebaik mungkin ayah akan hanya menojolkan yg positif tentangnya...perkara lalu biarlah rahsia. lebih baik begitu...

    semoga tidak menjadi bapa borek anak rintik!

    BalasPadam
  4. insaf....tiada y sempurna di dunia nie...

    BalasPadam
  5. insaf edy baca entri abg ben kali ni. =(

    BalasPadam
  6. Suka buang sampah merata-rata pon dikira manusia rosak jugak. ;-)


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Here In My Home

    [U] Ah Long perosak harta awam!

    [13PG] Taik hidung yang degil

    BalasPadam
  7. itu dah jadi perkara utama sebagai seorang bapa untuk menunjukkan contoh yang baik pada anaknya dan melarang anak nya daripada berbuat dosa.. yang lalu kita jadikan pengajaran..

    BalasPadam
  8. hurm... terima kasih abg ben untuk peringatan nih... kadang2 memang x nak buka pekung di dada... sebab x baik.. tapi kadang2 bila simpan lama2 diri sendiri pula x tahan menyimpan sorang2... hurm... Semoga Allah memberi kekuatan...

    BalasPadam
  9. selagi masih bernyawa, selagi tu la pintu taubat masih terbuka

    BalasPadam
  10. remaja sekarang ni bila parent suh buat benda baik diorang akan ungkit kesalahan lama ayahnya... parent pun terkedu nak buat apa....



    Tapi ada juga parent yang tak kisah, dia suka agaknya anak dia ulang apa salah dia buat lama-lama dulu..

    "anak tak pakai tudung"
    ah biarlah, mak muda muda dulu tak pakai jugak tudung, pakai skirt lagi tau...


    "Anak merokok"
    Biarlah, ayah dulu pun hisap rokok, nanti dah tua pandailah dia berenti...

    Saya tak sokong cara pendidikan macamni... cukuplah dosa lama kita, takkan dosa ank kita nak tanggung jugak...

    BalasPadam
  11. sebab manusia ni tak sempurna . ada saja kurangnya .

    BalasPadam