Bonus lumayan atau naik gaji sektor awam ?

by - Khamis, September 22, 2011

 

Jeng jeng jeng ... PM Malaysia , Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13 ..

 

Wah.. satu berita baik untuk kakitangan awam sejumlah 1.02 juta orang.. Pergh.. Bagus tu ... Tapi nak tau gak , tu untuk yang tetap kan ? Yang kontrak camana yer ?

 

Baru-baru ni , kakitangan kontrak (PKS) tak dapat bonus pon sedangkan ..  Sian depa .. Mengeluh jer ..  Tak pe la kan .. Takde rezeki .. Siap ada yang dah bagi dan diminta pulangkan semula .. Best tak ? Hehehe ...

 

Harap-harap , dalam bajet 2012 ada berita baik untuk kakitangan kontrak .. Jangan lupa , kakitangan kontrak juga memainkan peranan penting dalam bahagian/unit  mereka .. Jangan ingat sekadar bagi gaji dah memadai .. Bos bila marah , kontrak tak kontrak , kena tetap kena .. Tapi bila bab kebajikan , dimanakah kakitangan kontrak ?

 

Mereka yang pegang jawatan kontrak ( PKS , CFS ) , juga akan mengundi tidak lama lagi.. Dan jumlah mereka bukan kecil ..Alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke bahu.. 

 

Sumber rujukan - Yahoo.

You May Also Like

16 comments

  1. kontrak serap ke tetap ikut kelayakan masing masing...

    *lebih baik naik gaji pokok dapat 'rasa' nikmatnya tiap2 bukan dari bonus dapat 'rasa' hanya seketika...

    BalasPadam
  2. betul, yang PKS memang ramai..tapi orang tak berapa tahu sangat..


    <--bekas PKS kat Putrajaya..^^,

    BalasPadam
  3. kerajaan je ke??swasta??sedangkan swasta pun byk gak menyumbang dalam pembanggunan negara...pertimbangkan la orang... T_T

    BalasPadam
  4. kita tunggu dan lihat je la. macam2 janji dah saya dengar. dapat Alhamdulillah. Tak dapat, buat camne kan? Hehehe.

    Saya tag abang ben untuk giveaway itik kuning k? Hehehe.

    http://mohdnaser.blogspot.com/2011/09/giveaway-blog-itik-kuning.html

    BalasPadam
  5. pekerja kontrak selalu di anak tirikan, bagi swasta pulak kalau staff kontrak gajinya lebih mahal dari staff tetap...

    bagi kak aina sekarang pulak...kerajaan naik gaji ke bagi bonus ke tak timbul isu lagi dah coz my Pak Tuan akan mula bercuti pencen bulan depan...:)

    BalasPadam
  6. bagi Mas biarlah bagi kenaikan gaji, lagi bagus!

    BalasPadam
  7. tipu la nie..last2 yg jawatan besar naik gaji...

    naikkan gaji minima baru betul..tolong rakyat

    Filem Sambungan Titanic

    BalasPadam
  8. stuju...jangan dilupekn kami yg kontrak (contract for service) dan pekerja sambilan harian (PSH)..kami pn kerja mcm kakitangan awam tetap yg lain jgk..kdg2 buat kerja lbh teruk dr org tetap..

    BalasPadam
  9. hmm.. kenaikan gaji la lbih pnting.. btul gk tu, msa stadi dlu bnyak kakitangan kontrak,dorg xdpt hape pn..hrp mereka jga turut dipertimbangkan

    BalasPadam
  10. hmm.. kenaikan gaji la lbih pnting.. btul gk tu, msa stadi dlu bnyak kakitangan kontrak,dorg xdpt hape pn..hrp mereka jga turut dipertimbangkan

    BalasPadam
  11. moga berita ini benar sempena pilihan raya kan..... drpd bonur, baik naik gaji... kekal tiap2 bulan..

    ameen

    BalasPadam
  12. aslkm,

    lebih baik naik gaji dari dapat bonus, ye la gaji untuk jangka masa panjang dapat bonus kang xsampai 5 ari dh licin...

    BalasPadam
  13. saya nak dua2...huhuh tamakkan..taknak terlalu mengharap..coz..nanti bila tak dapat sakit jiwa dibuatnya....:)

    BalasPadam
  14. kalau dapat naik gaji pun, syukur alhamdulillah...

    BalasPadam
  15. setuju serapkan pekerja contract! saye dah contract for service 6 thn dah, duk camtu gak!! huhuu....

    BalasPadam