Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 9 September 2011

LELAKI berbeza sebelum dan selepas berkahwin ?

 

image

LELAKI sebelum kahwin dikatakan romantik dan begitu penyayang serta lemah lembut ibarat pijak semut pon tak mati..  Sebenarnya hakikat ni , sama je tak kira lelaki ke perempuan ..

Ambil contoh paling mudah je la kan .. Kalau g rumah bakal mertua , apa yang akan kita ( lelaki atau perempuan ) buat ? Berapa peratuskah kita akan menjadi diri kita ? Pastinya kita akan berlakon sedikit kan ?

Sama je bila nak mengorat .. Takkan nak tunjuk taring memula atau nak tunjuk kuku walaupun itulah sepatutnya .. Tapi bila tunjuk sapa diri kita sebenar , apa pasangan kita akan menerimanya sedangkan itulah proses penyesuaian terhadap sesuatu perhubungan ..

Lelaki akan cuba belajar mengenali pasangannya ( perempuan yer ! ) , dan cuba menjadi yang terbaik bagi memastikan mereka bahagia dan menjadi pasangannya ..

image

LELAKI selepas berkahwin dikatakan amat berubah sekali berbanding sebelum kahwin ( nikah dulu ) .. Kenapa ini berlaku ? Sebelum nak kata lelaki berubah , apakah perempuan tidak berubah ?

Ambil contoh paling mudah la yer .. Bab order makanan .. Sebelum kawin , paling tidak pon , makan bihun dan air sirap .. Selepas kawin camana pulak ?

Bab shopping pula , lelaki sebelum kawin akan mengekor ke mana saja pasangannya pergi.. Kenapa ini berlaku ? Ini adalah proses pembelajaran.. Nak tau apakah citarasa bakal isterinya .. Kalau jenis material , maka ada kesempatan untuk cabut lari .. Kalau mampu tanggung , tak pe la kan ? Kalau tak ? Ada gak pinjam along .. pas kawin , mula gaduh sebab sarat dengan hutang gara gara nak tackle pasangannya itu ..

Lelaki berbeza selepas kawin adalah seperti evolusi jugak .. Cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran.. Kenapa lelaki jadi penyayang ? Sebab isterinya .. Kenapa lelaki jadi garang ? Tu kena tanya diri sendiri..

Curang ?? Ini bukan topiknya .. hehehe.. Sekadar pendapat peribadi ..

20 komen :

y u y u Z u l a i k h a berkata... [Reply to comment]

takut nya nak kawen.. T_T

aimaniman berkata... [Reply to comment]

betul dan sokong... lepas kawen, laki dok kolam mancing p mancing, janji 2-3 jam amek kat kompleks pkns!!!haru...

Niena Pengembara Ilahi berkata... [Reply to comment]

kebanyakan laki sblum kawin kemain lagi sggup teman shopping... tpi bla dh kawin, siap belasah lagi kalau isteri shopping lelama.. erm.. pokok pangkalnya.... asasnya adalah iman kte... tu je... :)

Niena Pengembara Ilahi berkata... [Reply to comment]

kebanyakan laki sblum kawin kemain lagi sggup teman shopping... tpi bla dh kawin, siap belasah lagi kalau isteri shopping lelama.. erm.. pokok pangkalnya.... asasnya adalah iman kte... tu je... :)

Niena Pengembara Ilahi berkata... [Reply to comment]

kebanyakan laki sblum kawin kemain lagi sggup teman shopping... tpi bla dh kawin, siap belasah lagi kalau isteri shopping lelama.. erm.. pokok pangkalnya.... asasnya adalah iman kte... tu je... :)

Mizfantagiro berkata... [Reply to comment]

kalau bab romantik abg ben??huhuhu..yer la slalu dgr lelaki sebelum kawen kemain romantik..dalam kete pun pegang tangan..tapi lepas kawen..nk pegang tgn kata rimas :p tu kes mcm mana?hehehehe..errrrr..tapi asenye pompuan pun sama jgk kot..

MamaFaMi berkata... [Reply to comment]

Perubahan itu perlu, tetapi biarlah perubahan ke arah kebaikan agar ikatan perkahwinan menjadi lebih berwarna warni.

Happy 2nd birthday to your blog! Keep up the good work!

Adylia Qarissa berkata... [Reply to comment]

betul tu abg ben..makin lama makin mengenali..proses untuk menerima pasangan masing masing...
satu hari nanti cakap 'awak tak macam dulu'...sebab diri sendiri pon tak macam dulu...
kenapa dia berubah? sebab diri kita pon berubah :)

efa nur berkata... [Reply to comment]

hohoho....takutnyaa...
ini lah perbezaan sebelum dan selepas..realiti...hukhuk

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid berkata... [Reply to comment]

betul.time bcinta dia lain dgn time bkahwin.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata... [Reply to comment]

hahaha..ada btolnya..mmg lelaki dan pompuan sama jerk..tp lelaki nmpk sgt perubahannya tu sblm n slps kawin..

cik Ida berkata... [Reply to comment]

hurrmm.. setuju ngan Adylia. dia berubah kerana kita berubah..

Tentang Kita berkata... [Reply to comment]

sgt setuju dgn Abg Ben....berdasarkan pada pengalaman sya..mmg byk perbezaan sikap seseorg seblm n selepas berkahwin....

YanaMIB berkata... [Reply to comment]

sbnrnya bkn laki tu yg berubah...tp bak kata ustazah ms kursus kawen dulu, tu namanya proses perkenalan antara somi isteri..bila dh duk sebumbung tu mcm2 rahsia peribadi/sikap terbongkar..

5 thn pertama perkahwinan sbnrnya ialah tempoh terkejut..asek sentap je tgk perangai psgn..hihi 5 thn seterusnya br tempoh perkenalan..ingt senang ke nk kenal hati budi/perangai manusia ni..amek masa tahu?? =)

O'gosh berkata... [Reply to comment]

mmg berkahwin x sama ngan masa bercinta..tapi bukanlah hanya cerita yang buruk2 belaka...kalau pandai handle, ok je kan abg ben...

anismelon berkata... [Reply to comment]

bukan kate kawin..kapel lame sikit pon nampak dah berubah nye..cene lak..huuuuu..

lezaaleza site berkata... [Reply to comment]

Usihhh...ni yg seriauuu nk kawiinnnn

khairul akmal bin azman berkata... [Reply to comment]

pewitt..fakta yg kuat disitu..
terbaik brader ben.
klw leyh biala..happy ending..

Atiqah Wadiah berkata... [Reply to comment]

stujuuuu..b4 usha,hamboiiii...kemain baek..after dh dpt,dh tunjuk sifat sbnr

Are-Gya berkata... [Reply to comment]

ade la cikit berubah..tapi tak ketara..means suami sye tak pernh berlakon..huhuhu..hope terus mcm ni..ngeeee

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI