Segalanya untuk si kecil ...

by - Selasa, September 13, 2011

 

Aku dah mula menyimpan .. Begitu juga dengan wife .. Tapi aku lagi banyak simpan berbanding wife .. Hahaha.. tak kisah la.. Sama sama punya harta ..

Simpanan untuk keluarga.. Masa depan .. Betul kata ayah aku .. Bila dah berkeluarga maka segalanya adalah untuk keluarga. Dulu aku nafikan kata-kata ini tapi sekarang aku memahaminya.

Sejak wife mengandung , rezeki mencurah-curah. Syukur kepada Allah.. Maka apa yang aku dapat itu adalah miliknya nanti. InsyaAllah..

Kalau ikut gila aku , mahu saja aku beli netbook yang baru sbb yang lama ni dah slow tapi masih boleh pakai.. Atau aku nak sambar satu macro lens .. Atau nak sambar satu alat gym .. Tak pun nak je tukar spek baru .. Atau kawin baru .. Hahaha.. Tang kawin baru ni , aku guwau je la.. Wife dok memanjang mimpi aku kawin baru.. Hahahaha..

Namun aku ketepikan kehendak hati .. Simpan semuanya .. Hanya guna untuk keperluan penting saja .. Tak kisah pon.. Aku dah dapat apa yang aku nak .. Kalau ada rezeki terpijak , baru aku beli apa yang aku nak.. Tu pon bergantung pada keperluan masa tu ..

Buat mereka yang akan bernikah dalam masa terdekat ni , berjimat cermatlah .. Walau banyak mana sekali pon duit , simpan jika tidak memerlukan .. Dan paling penting , ada lebih tu , bersedekah .. :)

You May Also Like

9 comments

  1. teruja seorang ayah...teringat dulu2 masa ngandung sulung...
    Haaa...Ben..pastikan bini x makan nasik semalam(nasik sejuk),biasanya ibu2 mengandung mmg giler tak hengat ngan nasik ni....huhuhu...
    nanti baby besar,susah nak kluar...ahaks...

    BalasPadam
  2. betul la bro..simpan jangan tak simpan..

    BalasPadam
  3. betul tu. setuju sangat. Beringat masa ada. Semoga rezeki ben terus datang mencurah2.

    BalasPadam
  4. moga rezeki daddy beben bertambah utk masa depan beben the junior..hehe

    BalasPadam
  5. nanti dah dapat baby rezeki tu lagi bertambah...heheheee

    BalasPadam
  6. rezeki anak tak terhingga kdgkala sampai kita tak menyedarinya..anak tu kan amanah ibubapa;)

    BalasPadam
  7. betul tu. Kita hanya menumpang rezeki anak. Semuanya kurniaan Allah

    BalasPadam
  8. itulah penangan nak jadi mak bapa...
    sanggup tak makan demi anak..semua untuk anak...segala2nya...untuk diri kendian takpe..
    HAKIKAT KEHIDUPAN...

    seronokkkk Ben nak jd bapa...nikmati saat2 ini...
    kami sahabat semuapun tak sabar nak tengok ben jr...

    BalasPadam