Buatlah seolah-olah ianya milik kita ..

by - Khamis, Julai 05, 2012

 

Pusingan .. rutin .. Setiap hari sama , cabaran yang sama .. Perlukah mengeluh ? Bukankah aku pernah mendoakannya pada satu hari dulu ? Allah menunaikan dalam bentuk yang berbeza.. Aku doakan kebahagiaan .. Dan Allah memberi nikmatNya . Aku cuma tak sedar sbb kita pohon dlm bentuk lain tapi Allah Maha Mengetahui.

Qhaliff jaga dah .. Dia tidur jap jer sewaktu mak dia ada .. Bila mak dia keluar je dari pintu , tingggg … mata dia terbukak .. Dan aku perlu tidurkan dia .. Kalau tak ? Hehehe … Faham faham je laa ..

Inilah tugas aku . Aku perlu buat setiap hari .. Jangan mengeluh .. Ini yang terbaik untuk aku sekarang ni sbb aku ada masa untuk keluarga dan juga ‘kerjaya’ aku .. Sekurangnya aku tak perlu nak pening dengan ‘curi tulang’ .. Aku hanya perlu ‘curi masa’ ..

Janganlah kita tunggu satu satu perkerjaan yang kita minat tu , berada dalam tangan kita dan baru kita nak buat bersungguh-sungguh. Andai tak minat sekali pon tapi ianya memberi manfaat serta kebaikkkan pada orang lain , lakukanlah dengan bersungguh-sungguh .. Lakukanlah kerana Allah ..

Semoga Allah berkati usaha kita hari ini ..

You May Also Like

7 comments

  1. dah besar jadi anak bapak ni, hehe

    BalasPadam
  2. Betultu, sbb tu ustaz Azhar cakap surirumah adalah kerja yang paling banyak pahala.. sebab plg banyak cabaran dan paling penting takda istilah curi tulang.. hiduppun BERKAT

    BalasPadam
  3. moga2 diberkati olehNya...jgn mengeluh bila menjaga amanah Allah...

    BalasPadam
  4. Amin.. semoga Allah merahmati setiap kerja yang kita lakukan.. :)
    Qhaliff semoga menjadi anak yang soleh buat keluarga.. :)

    BalasPadam