Kenapa LELAKI kurang hormat WANITA di zaman ni ?

by - Rabu, Julai 18, 2012

 

“ Perghhh .. ketat baju awek tuuu .. Huih , alhamdulillah .. masuk ke surau dia .. Syukur .. Bertudung dh .. sayangnya baju ketat serta seluarnya pon ketat .. Aku tak tau la camana dia nak buang air besar.. Sempat ke tak eh ?  Teringat zaman rock abang aku dulu .. Skang , perempuan lak pakai .. huhuh.. “

Tu yang aku nampak tadi sewaktu di RNR Ayer Keroh ..  Dan banyak lagi situasi begini yang pastinya lelaki nampak merata rata pelusuk tempat di Malaysia ni .. Tak yah cita dunia la yer ..

Sebenarnya , banyak kali dah aku dok up entri begini . Tapi aku tetap nak up sbb aku rasa ramai lelaki semakin sakit jiwa melihat keadaan keadaan begini .. Makin teruk pulak aku tengok ..

Aku tau ramai lelaki berusaha melawan mata mereka dari melihat free show  ni tapi apakan daya , iman tak setebal kulit bawang pon .. Menjeling la jugak .. Tu belum tertelan air liur lagi .. Tau tau , isteri mengandung lagi .. Haa .. Tu nasib baik dah kawin .. Yang belum kawin ? Cer citer tengokkk ..

Aku sendiri la kan , kalau berdepan dengan perempuan yang sempurna tutup auratnya , aku jadi segan nak berbicara dengannya . Rasa hormat terlalu tinggi .. Tapi kalau mereka sendiri pon tak hormat tubuh badan mereka , camana lelaki tak cuci mata bila berborak dengan perempuan gini ? Habaq mai sat ??

Tak kira la kat mana pon , mesti ada spesis ketupat pulut ni .. Ni kira lelaki mampu tengok je laa .. Kalau yang tak mampu tahan nafsu , tu yang jadi kes kes mengarut tu .. Tak kesian ke ? kalau tak kesian kat lelaki , kesian kat tubuh badan tu sendiri . Al maklumlah , janji Allah di akhirat kelak ..

Aku tak sebaik mana pon . Sama gak isteri aku mahupun keluarga aku . Kita sama sama pengajaran .. Ok ? Semoga Ramadhan akan datang nanti , bukanlah satu adat semata ..

You May Also Like

12 comments

  1. memang tak tertahan sampai kekadang naik menyampah tengok.. yg ramai macam ni bangsa dan orang kita.. tu yang malas tu

    BalasPadam
  2. nak wat cmne dah mereka sendiri yang nak cam tu.. ;)
    selamat berpuasa..hehe

    BalasPadam
  3. kena bagi ceramah kat depa tu abg ben.. org perempuan sekrang ni memang tak sayang diri.. sabar je la.. terasa nak bagi jubah free kat depa.. huhuhu

    BalasPadam
  4. Cik mama kdg duk nmpak, mak ayah alim berkopiah, berjubah tudung labuh, bila tang anak plak, pkai sendat kemain, free hair trus.. aduhh mna silapnya tu kann..

    BalasPadam
  5. Betul tu abg ben.. tapi susah nak tegur golongan macam ni..bagus jugak ada artikel macam ni,budak2 muda suka baca blog,secara tak langsung kita dapat menegur secara umum macam ni.Doa2 moga mereka dapat hidayah.. :)

    BalasPadam
  6. btul btul sakit jiwa bila tengok
    pompuan memakai seluar ketat macam sarung nangka huhu

    sharing is caring
    jom vote!!
    http://funnyzoneads.blogspot.com/2012/07/vote-for-up-trafic-n-win-rm300woaa-o.html

    BalasPadam
  7. Tu lum tgk amoi yg gebu putih melepak pakai baju t-shirt sendat .... Tertelan ayaq lior... Bro...tuu yg jenis extrem& tak bole control...berpakat 2, 3 org pakat culik & etc tuuuu........minta dijauhi..boh...

    BalasPadam
  8. saya pun tak lah sebaik dan tak lah tinggi ilmu didada.saya pun seperti wanita2 lain yang mana dulu memang kalau boleh tak malu nak tayang rambut sana sini.. namun Allah telah membuka mata hati saya utk menutup aurat dan hiasan saya adalah utk suami saja.. Sekarang ni bila ada wanita yang mendedahkan sana sini, rasa saya pulak yang malu.. saya pandang mata lelaki yang lalu memang takkan lepas pandang punya.. mesti ada jelingan dan lirikan mata yang nakal. buat apa nak marah pada lelaki tu kan kalau diri sendiri yang membuatkn mata lelaki tu tertumpu pada hiasan mereka..

    BalasPadam
  9. pernah nampak kat hentian serdang... paki tudung.. lengan baju macam tak berapa nak ada... skirt jeans paras betis belah hingga lutut.. ibu mertua suruh saya tengok... sebab mula2 saya tak perasan... dia kata.. macam macam fesyen skang ni kan... jangan ikut macam tu tau...(pesan dia kepada saya) insyaAllah tak mak...

    BalasPadam
  10. Spesis ketupat pulut ya..
    kihihihihi merata-rataaaa sekarang ni, cuma tak boleh jamah je, kalau jamah kang, kena penjara plak!!

    Tapi si ketupat pulut tu semakin tak sedar dari hari ke hari, orang memandang bukan kerana sulaman ketupatnya cantik rapat-rapat, tetapi sebab corak gaya persembahan tatarias yang agak menjengkelkan. Di manakah peribadi yang perlu disorokkan? Takde dah kot...

    BalasPadam
  11. Dunia dah akhir zaman...doa-doa mereka diberikan hidayah utk berhijrah ke arah yg lbh baik..amin..

    BalasPadam
  12. mereka ini menyusahkan teruna-teruna seperti kami, . . . kadang tu larikan mata ke kiri ade jugak, lari pusing ke belakang pun ade jugak, ke kanan pulak eh mak aih lagi ketat uii, bergegar jantung nih, . . yg pandai tengok ke lantai je, tak pun ke atas, kalau lagi pandai, kejam mata navigate jalan pakai sistem sonar atau radar, huhu, . . .

    wahai awek2 yg begini, mengapa korang tak henti-henti menyeksa jiwa lelaki ?

    BalasPadam