Kerana ayat Kursi ..

by - Sabtu, Julai 14, 2012

Pagi tadi , aku mintak wife contact kontraktor yg akan buat renovation kat rumah baru aku tu untuk membuat penambahan keselamatan pada pintu rumah ..

Perbualan kitorang tu didengari oleh mak mertua aku. Dia kata amalkan ayat Kursi terutama bila nak kunci pintu rumah atau keluar rumah.InsyaAllah , selamat. Yakin pada Allah ..

Dia cerita kat kitorang tadi satu kes dulu yang mana waktu tu dia dan ahli keluarga yg lain nak ke KL dan tinggalkan rumah tanpa penjaga ..  Dan rumah dimasuki pencuri !!

Pencuri berjaya masuk melalui pintu atas rumah namun gagal turun ke tingkat bawah kerana pintu pagar yg memisahkan tingkat atas dan bawah terkunci dengan rapat !

Menariknya ...pintu tu sebenarnya tak berkunci langsung !!! Mak mertua aku kata dia terlupa kunci !! Si pencuri cuba habisan untuk  membuka kunci ' yang tak berkunci' hinggakan rosak lubang kunci tu !!

SubhanAllah... Kagum dalam diam aku .. Kesan darah terdpt kt pintu grill tu .. tiada apa yg hilang .. Nmpknya dia keluar hampa .

Published with Blogger-droid v2.0.6

You May Also Like

22 comments

  1. subhanllah..insyallah akan dipratikkan..

    BalasPadam
  2. MasyaAllah...saya memang amalkan setiap kali keluar rumah..baru2 ni saya balik rumah perasan pintu rumah tak tertutup rapat..berdebar gila ingatkan ada org masuk rumah..check semua barang Alhamdulillah takde apa hilang..saya yang cuai..

    BalasPadam
  3. setiap adab yg diajar oleh Rasulullah SAW memang terbukti keberkesanannya.

    tapi tiada guna doa n tawakkal tanpa disertai usaha. ;)

    BalasPadam
  4. betul Ben..suami sll pesan kat sy ala2 ceramah la..hanya minta pada ALLAH TAALA insyALLAH..contoh la..cuba kaji balik nape rumah yg ada cctv la..pakai pakgad la masuk pencuri gak? sume tu atas kuasa DIA kan..so berdoa dan bertawakal..

    suami juga sll pesan..masuk je kereta cuba baca ayat Qursi, selawat atas nabi 3x sambil2 kite tunggu panaskan injin kereta tu kan..

    Alhamdulillah..klo moto pulak dia amalkan sambil sapu2 moto die..dlu masa guna jenis tzm terlupa nk amik kunci kat moto. masa tu die singgah kat bangunan kedai..dah sedar tawakkal pada ALLAH minta dijaohkan perkara yg diingini..ALHAMDULILLAH sampai je kt moto kunci masih tergantung kat suiz huhu..

    masa dalam jem pun mcm tuh..amalkan selawat dan minta ALLAH permudahkan urusan kita..insyALLAH kite xkan stress masa tu..

    sekiranya semua amalan kita dah buat dan berlaku juga..anggap la tu UJIAN darinya..sesungguhnya setiap ujian tu kita akan brtambah2 lagi kuat iman didada...setiap yg berlaku kan ada HIKMAH kan..amalkan lah..insyALLAH...amiiiin

    BalasPadam
  5. tapi jangan lah kite berdoa mcm2 kemudian keluar rumah dengan xberkunci nye pintu...terbuka nya gate huhuhu......

    BalasPadam
  6. betul tu abg ben..amalkan selalu insyaAllah..

    BalasPadam
  7. Sesuatu yang kita pandang remeh untuk diamalkan selama ini. Info yang amat berguna.

    BalasPadam
  8. Sesuatu yang kita pandang remeh untuk diamalkan selama ini. Peringatan yang berguna.

    BalasPadam
  9. Salam, Ini memang petua yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW... kalau kita baca kitab2 doa dan sebagainya ada memberitahu petua ini.
    Untuk pengetahuan adik-adik dan anak-anak yang baharu membeli rumah... masa kali pertama masuk rumah, panggillah kawan-kawan dan sedara mara membaca Surah Al-Baqarah. Memang Surah Al-Baqarah tu surah yang paling panjang dalam Al-Quran, sebab tu panggil kawan dan sedara mara ramai, jadi sorang baca sorang sedikit ..habis lah satu surah. Disertai dengan membaca Ayat Kursi di setiap penjuru rumah kita, ibarat kita "memagar" rumah kita dengan pagar invisible....
    kalau yang dah pindah pun boleh juga buat...
    Akak juga amalkan membaca Ayat Kursi ini bukan sahaja setiap penjuru rumah, tetapi juga sehingga ke penjuru pagar depan dan belakang (ini kalau yang duduk rumah teres lah kan..)
    InsyaALlah, lepas tu kena yakin dan tawakkal kepada Allah SWT..

    Ini nak cerita dari pengalaman akak sendiri lah kan ... kita kena usaha dan yakin ini semua dengan pertolongan Allah jua...
    Suaut masa dulu selalu berlaku kejadian kecurian di kawasan rumah akak... jiran depan rumah sampai 3 KALI kena masuk dan pecah tingkap ... jiran belakang pun kena juga, satu kali jiran sebelah rumah betul, siang-siang hari pun kena curi basikal yang di kunci, siap diikat kat tiang dalam pagar yang berkunci ..! Padahal kat rumah akak ni pagar tak berkunci pun, basikal pun ada banyak bersepah tak berkunci ... tapi pencuri tu macam tak nampak, terus aje masuk rumah sebelah ... Alhamdulillah Syukur... mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi kita dari perkara2 yg tidak diingini.

    BalasPadam
  10. Nurul hari hari amalkan ayat kursi nih... Selalu baca sebelum nak bawak kereta.. Ma yg sug nurul amalkan..

    Lepas ni nak amalkan macam abg ben ckplh.. :-)

    BalasPadam
  11. Subhanallah!Sesungguhnya DOA itu adalah senjata kita yang paling ampuh!

    BalasPadam
  12. wahhhh~ siann pencuri tu.. kais pagi makan paginya nya xberhasil ! =P

    BalasPadam
  13. Betul . memang tak dinafikan lagi abang ben dengan keberkesanan ayat kursi ni :)

    BalasPadam
  14. Insya-Allah. . . .
    Semuanya berlaku dengan izin Allah, . .
    :)

    BalasPadam
  15. subhanallah.....lepas ni nak amalkan lah... ;)

    BalasPadam
  16. Sesungghnya kalau kita percaya pada Allah, maka Allah akan membantu kita tidak kira macam mana pun =). All He need from us is faith, and He will do eveything for us. =)

    BalasPadam
  17. Subhanallah.. sesungguhnya jika kita percaya pada Allah, maka Allah akan membantu kita..

    BalasPadam