Bapa NAJWA LATIFF kecewa dengannya ?

by - Rabu, Disember 05, 2012

 

pix_gal0

Waaaaaaa .. Korang baca dah ke ? Kat dalam akhbar Berita Harian hari ni .. Perghh .. Macam tak percaya lak apa yang aku baca ni .. Tapi tak mustahil selagi mana kita ni bernama manusia kan ?

Tapi takkan seorang ayah sanggup buka aib anak anaknya dengan melaporkan ke dalam akhbar ? Hurmmm .. Pelik bin ajaib pun ada .. Wartawan tu lak cuma mendengarnya melalui telefon dan bukannya bertemu muka .. Hurmm .. Dan dia sendiri pun ragu ragu pada mulanya ..

Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian. “.

Itulah antara kata-katanya sebelum di akhir artikal tu ada tulis begini ..

“Berita lanjut dalam akhbar BH dan BH Digital hari ini “

Ahaaa .. Tak reti reti nak beli sendiri ? Hehehe .. Kalau nak tau kisah selanjutnya , belilah Berita Harian hari ni yer .. Hehehe ..

Buat Najwa, apa pun tindakan kita .. pastikan kita dapatkan keberkatan orang tua kita .. Walaupun aku tak tau hujung pangkal tapi sebagai anak , fikir-fikirkan kembali segala kenangan saat kita sebesar tapak tangan hinggalah kita pandai pegang gitar ..  Semoga berjaya  ..

Pandang Qhaliff .. “ Tamo garang ngan daddy yer sayang ..”

You May Also Like

25 comments

  1. buat baik selagi ayah masih ade.. tu yg penting.. sejahat jahat mereka, tetap bergelar ayah yang wajib ditaati...

    rindu kat arwah ayah saya.. Al Fatihah

    BalasPadam
  2. Moga semuanya akan kembali pulih. Penceraian kadang merosakkan fikiran anak2.

    BalasPadam
  3. Kalau die derhaka, die lupa ayah die, xkan die gune nama latiff tu :) ayah die xptot bwk perkara smpai mcm ni skali. Bgtau pihak media. Nk jatuhkan die?

    BalasPadam
  4. hehe qhaliff tak mo garang dengan papa yer hahaha .... comel X D

    BalasPadam
  5. Kite xtau ape sebenarnya yang berlaku,tapi apa yabg diharapkan semoga semuanya dipermudahkan dengan jalan yang betul.insyallah

    BalasPadam
  6. dengar tu Qhaliff.... sayangi daddy anda... saya sayang abah...!

    BalasPadam
  7. kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa, kasih anak kadangkala ke neraka... nauzubillah! semoga kita semua tidak menjadi si tanggang moden... amin.

    BalasPadam
  8. Kena tau cerita sebenar dari dua pihak....

    BalasPadam
  9. Kena tau cerita sebenar dari dua pihak....

    BalasPadam
  10. buat najwa.berbaiklah dgn ayah selagi dia masih ada..

    BalasPadam
  11. Hurmm..tak tahu nak kate ape, tp tak baik la kite terus percaya..sebab kita pon tak tahu kesahihannya. Entah2 ade yg nak memburukkan Najwa. Walau apa pun keadaannya memang tak patut seorang anak derhaka kepada ibu bapanya. wallahualam :)

    BalasPadam
  12. ohh dah bercerai ke yah ngn mak die... patut la... dlm cite najwa latif asyik ada mak die je ayh die x de lnsung... em by the way kita x tahu hujung pgkal cerita sebenar diorang... just tunggu je la jawapn dari najwa

    BalasPadam
  13. entah ye ke tidak.....berbual dlm telefon....orang boleh menyamar!!!!. bersangka baik sudahlah!!!!!

    BalasPadam
  14. kes macam ni kena ambil kira dua belah pihak. tapi apa pun, seteruk mana pun ibu bapa kita, kena la sayang n hormat... ;)

    BalasPadam
  15. qhaliff kena belajar hormat ...ehehehe

    BalasPadam
  16. selagi masih ada orang tua (ibu bapa), berbuat baik la pada mereka.. jangan menyesal dikemudian hari

    BalasPadam
  17. harap kes ni selesai dengan baik... tak elok jugak bermasam muka dengan ayah sendiri

    BalasPadam
  18. ini sebabnya sikap ego terhadap ibu bapa....kita semua tahu mak ayah kita ni garang, walaucamna keadaan pun mereka tetap mak ayah kita....

    Jangan ego berdosa besar....jangan amik hati apa mak ayah cakap kat kita....

    BalasPadam
  19. Sebagai manusia biasa , kita mungkin akan cpt2 nak mengata itu dan ini kan walau pun hakikatnya kita tk tahu hujung pangkal.Tetapi...sebaik2nya, walaupun kita ini manusia biasa, seharusnya kita tidak cpt menjatuhkan hukuman kepada seseorang krn kita tidak mengetahui apa yg sebenar2nya berlaku. Silap hari bulan, kita akan share dosa drp orang yg bawa cerita tu.

    BalasPadam
  20. sejahat mana pn ayh kta jgk..xda dia xda kta;-)

    BalasPadam
  21. mcm2 dugaan yang timpa pabila jd artis ni..sume msti dihebohkn kat surtkhabr atau mn2..

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Abang Benashaari
    salam perkenalan

    tak patut en Latif menjatuhkan anaknya sendiri. menghebohkan kepada wartawan bukan boleh menyelesaikan masalah. lagi menambah masalah ader le. setiap masalah boleh diselesaikan secara baik.

    BalasPadam