Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 Mei 2012

Sudahkah anda mengundi BENASHAARI.COM hari ini ?

Jika belum mengundi , sila klik SINI untuk mengetahui cara cara nak mengundi blog BENASHAARI.COM di DIGI WWWOW – BLOGGER OF THE YEAR ..

Jika dah tau cara untuk mengundi , boleh terus mengundi dengan klik SINI ..

image

Terima kasih atas sokongan anda ! Jangan lupa kembali esok untuk teruskan memberi sokongan pada blog ini ..

Gambar Zarina Anjoulie dicium lelaki .. pulak !

 

image

Gambar dan cerita dari Yahoo ..

Pelik gak .. Kalau dia mesra ngan sapa sapa sekali pon , perlu ke nak upload ke internet ? Ni sendiri amik gambar , sendiri upload pastu tunggu kontroversi !

Serius , aku tak kenal pon minah ni.. Dia ni berlakon iklan pampers mana ni  sampai terdesak sangat nak dapatkan iklan ubat gigi lak !! Tolonglah jaga maruah skit ! Setakat status selebriti tu , tak yah la.. tak tahap selebriti lagi.. Selebetibi ada la ..

Maaf la yer Zarina Anjunglie .. Bukan mencipta kontroversi tapi tambahkan lagi je kontroversi yang sengaja dicipta untuk mencari isu murahan !

Weekkkkk !

 

Artikal berita : Yahoo

Pelakon Zarina Anjoulie menjelaskan mengenai isu dia dicium seorang lelaki yang tersebar di laman Twitter miliknya, merupakan abang tiri berlainan ibu namun berkongsi bapa yang sama.

Figura yang penuh dengan kontroversi ini menjelaskan bahawa dia sememangnya rapat dengan abang tirinya itu dan seringkali menunjukkan kemesraan mereka sebagai adik beradik dengan berpeluk dan bercium.

"Tidak salah bukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita dengan adik beradik sendiri dengan mencium dan memeluk mereka. Bukan sesiapa pun, abang saya juga."

"Sebab itu kalau ada yang pernah terserempak saya begitu mesra dengan dia, orang akan salah anggap seperti pasangan kekasih. Namun saya pasti, jika mereka melihat muka abang saya pasti dapat cam kami mempunyai iras muka yang sama."

"Kalau betul lelaki yang saya ada dalam gambar tu kekasih saya, saya tidak akan bertindak bodoh dengan memuat naik gambar tersebut untuk dilihat umum. Sudah-sudahlah dengan gambar yang lepas. Saya tidak mahu ulang lagi kesilapan dulu dengan memuat naik gambar yang boleh mencetuskan kontroversi."

Zarina turut memberitahu bahawa dia agak kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang terus membuat jangkaan tanpa bertanya perihal gambar tersebut.

"Saya agak kesal dengan segelintir masyarakat yang gemar membuat kesimpulan selepas melihat gambar-gambar seperti itu, namun saya tidak tertekan dan anggap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik," ujar Zarina.

KUALA LUMPUR bila hujan …

 

Dulu kan , orang kata laa .. Kalau masuk musim tengkujuh atau hujung tahun , Kelantan mesti banjir .. Hehehe .. Ok la tu kan .. Tapi sekarang ni kan .. ibu kota negara Malaysia yang tercinta dan tersusun lagi berteknologi tinggi serta canggih manggih ni , asal hujan je mesti banjir ! Camana tu ? Pembangunan pesat yang tidak tersusun ke atau , ada yang tak kena ni ? Buat keje tak betul betul ke ?? Ahaaa .. mau kena check semula ni .. hahaha ..

Alasan terbaik .. KUALA LUMPUR SEMAKIN PADAT DAN MEMBANGUN !

image

BANJIR KILAT...Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat di Pekan Salak Selatan lama di sini, Rabu. Tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang. -Foto BERNAMA

image

SEBUAH kereta terperangkap dalam banjir kilat berdekatan Jalan Kuching di ibu negara petang tadi. Hujan lebat sejak tengah hari tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan Kajang ditenggelami air. - Foto NSTP

Lain lain gambar ..

 

image

image

image

image

image

Boleh baca kat blog INI

 

Jom .. tunjukkan sokongan anda pada rakan anda ini .. .. Klik http://bit.ly/Kqjt1u

160 channel percuma tak guna kalau dok ulang tayang !

 

image

Memula tengok , mmg la teruja .. Lepas 2-3 hari , apa kes dok ulang cerita sama jeee .. Ni kasi percuma atau nak promosi lagi ??

Caitt .. tak berubah gak perangai walaupun dah banyak duit ..

Telur bengkak tu bukan angin pasang ..

 

image

Petang yang mendamaikan buat Qhaliff .. Setelah Dr.Roslina ( pegawai perubatan Klinik Kesihatan Kok Lanas ) memberi pendapat mengenai kesihatan Qhaliff dan aku update ke dalam blog , tetiba ada satu komen ..

image

Dr.Roslina..owh cousin ku :)

Ni sama kes mcm Shaqiff ms baby dulu.. Alhamdulillah skrg umurnye 10bln, da ok da.. Yg penting jgn 'demoh' n usik pun kat bhgian tu..”

sya_ira

 

Tak sangka lak ada kaitan .. hahaha .. Nasib baik la tak kutuk atau kritik tapi takde apa nak dikatakan pada Klinik Kesihatan Kok Lanas ni .. Semua kakitangan mmg baik .. Takde nak sombong punya .. Terima kasih .. 4/6/2012 ni , kena g lagi .. pastu baru leh balik Putrajaya ..

Mengenai telur bengkak tu , bukan pasal sebab angin pasang .. Kalau angin pasang , baby ‘bagi signal’ dengan cara lain . Tapi Qhaliff cool jer ..

Dan terima kasih la sbb ada rakan bagi satu info untuk aku baca mengenai telur baby bengkak ni .. Doktor kata , baby lelaki ni kena periksa betul betul .. Hydrocele namanya ..

Undi BENASHAARI.COM setiap hari di DIGI WWWOW 2012

 

Caranya , mudah saja .. Klik SINI , pastu akan keluarlah muka mamat berbaju merah ni ..

image

Nampak butang VOTE NOW tu ? Korang mmg comey laa kalau nampak butang tu .. Cer klik situ sekali .. Tapi kena ulang buat untuk hari hari berikutnya yer .. hehe ..

Pastu akan keluar page berbentuk gini ..

image

Okeh .. Pastu klik Connect with Facebook atau guna TWITTER  pon boleh.. Guna dua dua lagiiii comel ! Dapat dua undi untuk aku … Haaa… terima kasih laaaa yer ..

Pastu baru boleh VOTE.. Tu jee .. Tak susah pon kann .. Haa ..

Terima kasih sangat sangat buat korang yang sudi mengundi atau tidak .. Sokongan dari koranglah membuat aku semakin gembira berblog setiap hari !

Hanya Allah saja mampu balas kebaikkan yang telah korang lakukan ..

Tambah 1 je Qhaliff ??

Baru pas timbang dan ukur .. 5.1kg dan 57cm .. Kena suntik gak tadi . Teriak 2x .. Huwaaa dan huwaaa .. pastu tidur semula ..huhu ..


Check telur Qhaliff .. ada bengkak skit .. doktor kata Hydroelle .. lebih kurang gitu la bunyi .. Kena tgk lagi sebulan dua. Doktor Roslina (bagus orgnya) kata laa ..Kalau tak surut , lepas umur 2 tahun bru operate .. Bukan angin pasang ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

The Engineering Technology Carnival 2012

 

Program: The Engineering Technology Carnival 2012
Date : 14th-16th May 2012
Venue : Pusanika UKM
FB page : http://facebook.com/engtec
Blog : http://engtec2012.blogspot.com


Kami memerlukan sesiapa yang berminat untuk mendaftar segera. Di bawah adalah detail untuk #techtalk siries kami:

These are the final confirmation for The Engineering Technology Carnival 2012 #techtalk series on 16th May 2012 at UKM:

9:30-11:00 AM - Imagining The Future of Universities by Dato' Saifuddin Abdullah, Deputy Minister of Higher Education Malaysia.

11:30-1.00 PM - Leadership Journey: My Experience by Datuk Dr Zainal Abidin Hj Kasim, Vice Chancellor of Universiti Teknologi PETRONAS.

2:30-4.00 PM - Mutual Shaping of Technology Development & Democracy Practice: Does Society Progress? by Tunku Zain Al'Abidin ibn Tuanku Mukhriz, Founding President of Institute of Democracy & Economic Affairs (IDEAS) Malaysia.

All the #techtalk series are open to all and for engineers register under BEM and engineering student register under IEM, you will awarded Continuing Professional Development (CPD) points by Board of Engineers Malaysia (BEM). To register, please email your details to EngTEC Secretary, Miss Rosilina Mohamed Saleem (rosilina@eng.ukm.my).

Simpan Emas Di Royal Safe Deposit Boxes ...

 

clip_image001

Assalammualaikum ... Apa khabar anda pada hari ini ...

Saya menerima pertanyaan daripada rakan-rakan berhubung dengan cara mana untuk menyimpan logam emas tulen fizikal dengan cara selamat ... Salah satu cara nya ialah dengan menyimpan di "Royal Safe Deposit Boxes" ...

Pembacaan seterusnya (sila klik di sini)

30 hari sudah Muhammad Qhaliff Iman

 

image

Nampak tenang yer ? Perghh … tenang .. tenang ada makna tu .. hehee.. Alhamdulillah ..

Ni nak g klinik untuk dapatkan suntikan pertama dan ada masalah skit .. Semoga takde apa apa masalah ..

Tidur nak dipeluk jee dia neh ..

Jangan lupa undi BENASHAARI.COM .. Klik http://bit.ly/JiGSp6 dan VOTE .. TERIMA KASIH

Gambar aksi ghairah , seks modal politik !

 

image

PRU makin dekat .. Macam macam isu peribadi ahli politik mula ‘terkentut’ dari bontot pelbagai pihak yg ‘diupah’ untuk mengaibkan antara satu sama lain !

MEMALUKAN !! Bukan memalukan mereka , keluarga malah negara sendiri  turut malu ! Ini ke senjata utama untuk menang PRU ? Cehhh .. sungguh tak gentlemen ..

Baik tumpukan pada pembangunan serta kebajikan rakyat pada saat saat akhir ini . Bab-bab peribadi ni , toksah la beria dibukak. Aku pasti setiap dari mereka ni , punya aib tersendiri .. Biarlah part tu , ALLAH yang tentukan .

Memalukan je .. Caitttt..

Jangan lupa undi BENASHAARI.COM .. Klik  http://bit.ly/JiGSp6 dan VOTE .. TERIMA KASIH

Erk .. akukah yang bersalah ?

 

image

Baru lepas layan GRIMM .. Salah satu drama bersiri yang aku minat walaupun mengarut .. hehe ..

Dengan gunakan HTC ONE X ni , aku seolah layan kat panggung wayang yang sangat sedap sekali sound system Beats Audio™ ni  .. Hehehe .. Cool weh ..

Gunakan earphone di telinga , aku on movie .. Kualiti gambar yang menarik membuatkan aku teruja . Tapi macam ada yang tak kena .. Tak kisah laa.. teruskan layan je ..

5 minit aku layan .. Kenapa lain je bunyi dia ? Biasa macam letak speaker kat sebelah telinga tapi kali ni agak jauh walaupun kuat .. Earphone dah di telinga.. Apa lagi ..

Oh , aku tak plug in kat handphone rupanya .. Patut laaa … Aiyooo …

Blog hanya untuk artis saja ! Jangan bajet retis yer !

 

Hehehe .. Tersenyum aku bila membaca entri sorang kawan blogger ni .. Biasalah gitu .. Bila kita mula mula buat blog , ramai je nak jatuhkan .. Gelak dan tepuk tangan .. Bila ada dah berjaya , baru nak mengaku tu kawan sepermainan longkang dulu .. Huhu ..Ianya satu realiti .. Kawan menjadi lawan .. Lawan boleh menjadi kawan .. Segalanya tidak mustahil ..

Blog hanya untuk mereka yang punya nama saja . Kenapa ? Sebab mereka yang punya nama saja boleh ada pembaca. Yang takde nama ni , jangan berangan la yer .. Simpan je la hasrat orang nak singgah baca blog awak tu selagi awak bukan artis atau nak bajet retis !

Boleh ke gitu ? Bagi aku , mereka yang berfikirkan begitu sememangnya hidup mereka hanya menjerit kat bawah pentas atau layak berada di satu kumpulan sokongan menjerit  dlm satu satu persembahan cam di ABPBH hari tu .. Maaf cakap la yer .. Tulah realitinya ..

Tak kira artis hiburan mahupun artis seni ( termasuk blog ), masing masing punya peminat tersendiri . Sama je dua dua .. Ada yang syok sendiri dan ada yang kerana minat .

Yang penting , ke mana mereka membawa peminat mereka pergi .. Syurga atau neraka ? Dunia atau akhirat ? Dosa atau pahala. Part ni , LU PK LA SENDIRI ..

Artis pon ada MYKAD okeh !

 

Jangan lupa undi untuk hari baru .. http://bit.ly/JiGSp6 .. lKlik link dan vote .. Tqq ..

Bila Qhaliff diam ..

 

image

Ssyyyy .. diam .. diamm .. diamm .. ssyyy … Qhaliff angkat bontot dia ..  Rilekss jee dia lepaskan angin .. Perghhh , bauuuu … pengsaan sehh .. Wat muka tak bersalah langsung ! huhu ..

Pastuu .. pastuuuu .. Huwaaaaaaaaaaaa … dia start nangis .. Masa untuk tukar pampers .. Huhuh ..

 

Jangan lupa undi untuk hari baru .. http://bit.ly/JiGSp6 ..  Klik link dan vote .. Tqq ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI