Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 3 Mac 2014

SPRITZER minuman pilihan aku !

 

Sabtu lepas , satu rombongan blogger dari Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Taiping , Perak.

Antara sebab aku terima pelawaan ini adalah untuk melihat sendiri bagaimana pemprosesan pembotolan air mineral yang terkenal di Malaysia ni dan juga untuk mencungkil sendiri isu panas yang tersebar di laman sosial .. Haaa ..

DSC00572

Gambar di atas ni , antara blogger yg turut serta lawatan ke kilang Spritzer. Manakala gambar di bawah ni , anugerah yang telah diterima oleh Spritzer. Bukan sebarangan anugerah yer ..

Antaranya Reader Digest Trusted Brand Platinum Award selama 12 tahun berturut turut  dan beberapa award lagi ..

DSC00557

Ok .. aku tak nak cerita pukul berapa kitorang bertolak .. sampai pukul berapa.. singgah mana.. shopping apa .. Ada jual apa.. makan apa.. Tamo tamo tamoooo ..

Aku terus ke isi penting ! Haaaa .. Tertanya dari dulu lagi dari mana sumber air mineral Spritzer ni ? Jeng jeng jeng .. Kakitangan Spritzer tanpa segan silu menjawab segala persoalan kami .. Tanyalah apa saja , mereka jawab..

Ok .. sumber air mereka terletak nun di atas bukit bersebelahan dengan loji milik Lembaga Air Perak.. Boleh nampak empangan tu sebalik pepohonan ni ..

DSC00523

Keluasan keseluruhan kilang Spritzer ini ialah 330 ekar.. persamaan dengan 330 kali padag bola sepak !

DSC00521

Gambar atas ni . menunjukkan rakan blogger diberi penerangan secara terperinci oleh kakitangan Spritzer bagaimana sumber air dikenalpasti dan disalurkan ke kilang.

Ok , dari kilang nak ke tempat saluran utama air mineral memakan masa hampir 15 minit. Kalau jalan kaki , mmg lenguh gak la sbb kena naik bukit haa.. Jadi , kitorang dibawa dengan menggunakan pacuan 4 roda ..

DSC00519DSC00494

DSC00525

Ok .. Bangunan kecil tu adalah ‘water pump’ yang mana telah dimasukkan batang paip sehingga kedalaman ialah 420 kaki ke dalam tanah .. Ke dalam tanah yer .. Bukan menyilang ke mana mana kawasan seperti yang digembar gemburkan.. Terus ke dalam tanah ..

DSC00543

Replika paip yang terdapat dalam bangunan ‘water pump’ . Pengunjung tak dibenarkan masuk kerana mereka menjaga kualiti dan standard piawaian kawasan air . Hanya mereka yang tertentu saja boleh masuk. Tempat ni juga dilengkapi dgn cctv.

DSC00545Bagaimana air ditarik keluar  dari dalam tanah dengan mengunakan ‘ water pump’ dan gambar bawah ni , lapisan tanah yang terdiri di kawasan air mineral tersebut ..

Ok.. setelah lihat beberapa lokasi ‘ water pump’ , kami di bawa pulang ke kilang dan membuat lawatan di bahagian pemprosesan pembotolan air pula yang mana ianya dikendalikan oleh mesin yang beroperasi secara automatik sepenuhnya .. Pekerja manusia cuma melihat dan mengawalnya saja..

DSC00550

Satu informasi  yang berguna aku dapat dari sini ialah botol pon mereka buat sendiri dan ianya tidak mengandungi bahan kimia ! Kiranya kalau terdedah pada cahaya matahari sekali pon , kandungan air di dalamnya tidak tercemar .. Itulah yang diberitahu pada kami oleh kakitangan mereka .

DSC00502

Sebelum ni , aku was was dengan air Spritzer setelah membaca ‘kisah dongeng’ mengenainya tetapi kini , aku semakin yakin dengan air mineral Spritzer ini apatah lagi ianya mengandungi garam mineral seperti OSA yang diperlukan dalam badan kita ..

DSC00503

Buat pengetahuan korang , kami juga diberitahu bahawa air mineral Spritzer telah disahkan oleh Jakim , Sirim , Haccp dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia ..

Ok .. di mana kubur yang diceritakan dalam ‘kisah dongeng popular tu ‘ ?

Sewaktu dalam perjalanan ke kilang ni , aku dah perasan kawasan kubur ni.. Tapi dari kawsan ni nak ke kilang , bukan la seminit dua .. Lama gak wooooo .. Berbelas minit jugak laa …

Pastu , tang mana ianya berkaitan dengan sumber air mineral Spritzer ? Apakah hanya kerana berdekatan dengan kubur maka kita tak leh minum air ni ? Heeee ..

Tak sangka aku jugak boleh terpengaruh ! Aparaaa .. Gambar bawah ni adalah kawasan perkuburan yang diperkatakan .. Lain ‘kubur’ mmg takde dah kat kawasan berhampiran ..

DSC00574

Selepas menyaksikan sendiri segalanya .. maka aku dengan rasminya air Spritzer selepas ini adalah air minuman rasmi harian aku terutama bila gi gym.. dan juga untuk ahli keluarga aku di rumah !

Rakan rakan blogger yang lain pon yakin dengan air keluaran Spritzer ni .. Siap ‘tapau’ bawak balik rumah lagi ! Hehehehehe..

DSC00556

Was-was lagi ? Terpulang pada anda untuk menilainya ..

15 komen :

Mama Darwiish berkata... [Reply to comment]

Best nye...teringin sangat nak join event2 blogger..tapi tiada invitation..maklumlah...blog cikai..uwaa sedih rasa.

Tu la pasal lokasi kubur tu pernah hot...skrang dah x was2 lg...tq abg ben penerangan yg baik.

ubai ismail berkata... [Reply to comment]

hehe.. kira kubur tu jauh laa dari kilang..=.="

ada yg kata lalu bawah kubur bagai...eeee

Wafi Remli berkata... [Reply to comment]

Menarik juga lawatan sambil belajar ni ye...(bukan untuk pelajar sekolah je...)

chenta_arfa berkata... [Reply to comment]

salam..

mohon nak share kisah ini sebab ada member dalam fb saya taksub sangat ttg kisah dongeng spritzer ni..

Haslinda Hassan Ali berkata... [Reply to comment]

terima kasih atas perkongsian
selama nie was-was jugak...

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Zumal yakin dengan Spritzer daripada jenama lain :)

tarmizi berkata... [Reply to comment]

Spritzer buat air mineral je ke air lain xde...

Ujang9897 berkata... [Reply to comment]

bukti lagi detail

http://azfar9897.blogspot.com/2014/03/air-mineral-spritzer-haram-sumber-air_3.html

Farah Noorlin berkata... [Reply to comment]

always spritzer..

nur farahain berkata... [Reply to comment]

memang dari dulu lagi percaya pada produk spritzer nie..

**teringin nye nk dpt jemputan bloger2 ke event2 mcm gini..
abang ben x mo list kan kite sekali for the next next time? hehhehehhe ;)

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

terima kasih atas info yg sangat berguna bagi menghilangkan keraguan terhadap produk ini selama ini...

Nur Misnan berkata... [Reply to comment]

Bestkan pergi. Rugi plak x ikut..

Anyways cerita pasai kubur china tu semua x betui..

Masya berkata... [Reply to comment]

Terima kasih abg ben kongsikan info ni membantu sgt tanpa was2 blh minum... Seronok jgk spritzer buat even mcm ni blogger blh kongsikan info

wan afiq berkata... [Reply to comment]

Tq for the very good sharing Ben.

laloqk berkata... [Reply to comment]

saya pernah kerja selama 2 tahun dalam lab. processing area.. dari dulu masa kerja sampai sekarang dok minum air dari kilang ni..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI